Thursday, February 23, 2012

Pengembaraan Azril, Azlina, Fatimah, Muhaimin dan Nur

Pengembaraan Azril, Azlina, Fatimah, Muhaimin dan Nur Hannah
Catatan 29 Oktober 2011

Kisah ini merupakan kesinambungan dari kedatangan keluarga mertua Azril dari Pahang ke Bukit Mertajam serta kisah isteri Azril yang menemani Azril selama seminggu di kuarters. Kisah kami berjalan jalan dan mencari kedai makan yang sedap serta penceritaan tentang adik adik Azril yang menemani azril balik ke Kuantan...

Maka penceritaanku bermula disini.........

Setelah jam menunjukkan pukul 4.00 pagi Azril dan isteri tercinta pun terus bersiap dan pada jam 4.30 kami pun keluar dari kuarters menuju ke rumah mak dan ayah di Taman Permata. Setibanya kami disana kani terkejut apabila melihat kesemua adik adik Azril telah pun bersiap dan meluru masuk ke dalam kereta. Setelah Azril dan Puan Azlina bersalaman dengan ayahanda dan bonda tercinta maka kami pun memulakan perjalanan dengan ceria, antara yang paling ceria adalah Encik Muhammad Muhaimin, Cik Fatimah Zahra dan Cik Nur Hannah. Semasa didalam kereta, Azril pun berjenaka dengan adik adik Azril dan seperti biasa dialog pun bermula.

Azril         :   Awai betoi hangpa bangun, bangun pukui berapa?
Fatimah    :   Kami tak tidoq sebab tak sabaq sabaq nak pi Kuantan
Azril         :   Haa.... biaq betoi hangpa ni
Nur          :   Betoi abang kami tak tidoq pun, hahahahaha
Muhaimin :   Sebab tu la ni kami mengantuk kami rasa nak tidoq dalam qeta sebab sejuk
Azril         :   Takpa tidoq pun takpa satgi abang gerak hangpa semua nanti.

Tidak lama kemudian, Azril pun terus masuk terus ke Lebuhraya Utara Selatan dan pemanduan penuh ceria dengan kelajuan yang dibenarkan pun bermula. Keadaan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pada waktu tersebut amatlah lengang dan kami berasa amatlah selesa. Pada jam 5.30 pagi kami pun berhenti Hentian Rehat dan Rawat Sungai untuk Subuh dan makan pagi. Setelah  kami makan pagi kami pun meneruskan pemanduan kami sehingga ke Plaza Tol Jalan Duta.

Setelah keluar dari Plaza Tol Jalan Duta Azril terus memandu kereta menyusur masuk ke Lebuhraya Duke dan keluar dari Lebuhraya Duke menuju ke Plaza Tol Gombak. Dari Plaza Tol Gombak menyusur lebuhraya berbukit ke Plaza Tol Bentong yang merupakan lebuhraya berbukit yang tajam. Dari Lebuhraya Bentong kami menyusur masuk ke Plaza Tol Karak dimana pemanduan yang selesa akan bermula, ini adalah kerana Plaza Tol Karak adalah lebuhraya biasa yang kurang berbukit dimana bermulanya Lebuhraya Pantai Timur. Pada pendapat Azril, kemuncak keseronokan pemanduan bermula di Lebuhraya Pantai Timur. Sehingga ke hari ini Azril berharap agar Lebuhraya Pantai Timur disambung terus sehingga ke Kuala Terengganu. Sejam kemuadian kami pun sampai di Kuantan dan setelah sampai kami pun terus berehat bagi menghilangkan penat.

Pada waktu tengahari, Puan Azlina pun memasak makanan tengahari untuk suaminya dan adik iparnya dan pada sebelah malamnya Azril membawa isteri dan adik adik Azril makan di sebuah kedai makan iaitu Restoran Sinar Indah Kuantan. Selepas kami makan malam kami pun terus ke kompleks membeli belah iaitu 'East Coast Mall'. Tujuan kami kesana selain dari membawa adik adik Azril berjalan jalan, Azril juga ingin mencari kasut disebabkan kasut Azril telah pun koyak. Setelah balik dari kompleks membeli belah tersebut Azril membawa adik adik Azril pergi ke pantai yang terkenal di Kuantan iaitu Pantai Telok Chempedak.

Pada keesokkan harinya iaitu pada 30 Oktober 2011 setelah makan pagi adik adik Azril pun terus menolong Azril membasuh kereta dan selepas proses basuhan kereta kami pun keluar sekejap ke bandar Kuantan. Azril pun meninggalkan adik adik Azril bermain air laut di pantai Telok Chempedak dan setelah habis urusan Azril dan isteri azril di bandar Kuantan kami pun terus ke Pantai Tok Chempedak untuk makan tengahari disana. Selesainya kami makan disana kami pun balik ke rumah dan adik adik Azril pula menolong kak ipar mereka memasak untuk bekalan makanan ketika kami balik nanti.

Setelah jam menunujukkan pukul 5.00 petang Azril pun terus memandu balik ke Bukit Mertajam dan Azril pula meninggalkan isteri azril di Kuantan dengan perasaan sedih. Setelah 2 jam perjalanan Azril dan adik adik Azril pun berhenti di Hentian Sebelah Genting Sempah. Setengah jam kemudian kami pun memulakan semula perjalanan dan kami pun berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Tapah pada jam 9.30 malam untuk makan bekal makanan yang dimasak oleh Puan Azlina. 2 jam kemudian Azril dan adik adik azril pun sampai di Bukit Mertajam. Antara insan yang paling gembira adalah adik adik Azril iaitu Encik Muhammad Muhaimin, Cik Fatimah Zahra dan Cik Nur Hannah, ini adalah kerana pengalaman 2 hari mereka di Kuantan meninggalkan 1001 kenangan tersendiri.

 Encik Muhaimin ceria ketika bergambar selepas kami makan pagi di Hentian Rehat Sungai Perak
.
Cik Nur Hannah tak mengantuk pun. Gambar dirakamkan ketika jam 6.10 pagi
.
 Cik Fatimah Zahra dan Cik Nur Hannah tak tau depa ceria sangat sampai tutup mulut habih
.
Awat Muahimin dok garu tanah tu
.
 
 
Nur Hannah kelihatan ceria dan gembira di Pantai Telok Chempedak
Kita makan dulu
.

Tuesday, February 21, 2012

Kuarters Banjir.....

Kuarters Banjir.....
Catatan 28 Oktober 2011

Hujan agak lebat ketika Azril di pejabat dan ketika Azril balik kerja pada jam 5 petang pula hujan agak renyai renyai dan ketika Azril melalui jalan dihadapan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam atau Bukit Mertajam High School Azril mendapati keadaan agak sesak dengan pelbagai kenderaan yang berhenti di tepi jalan. Azril pun terus berfikir lagi dan soalan yang pertama yang muncul di fikiran Azril adalah "Adakah jalan di hadapan kuarters banjir lagi?". Azril dapati puluhan kereta berpatah balik ketika itu dan Azril terus memandu kereta mara ke hadapan dan memang tepat apa yang Azril fikirkan dan jawapan Azril adalah "Ya" kepada persoalan yang Azril fikirkan lagi.

Rupa-rupanya Jalan Bukit dan jalan dihadapan kuarters banjir lagi. Pelbagai soalan muncuk ketika itu disebabkan isteri Azril ada di rumah. Tanpa berlengah lagi, Azril terus meletak kereta di sebelah taman perumahan yang tidak bernama dan Azril terus meredah banjir dengan pakaian kerja dan Azril bernasib baik kerana kuarters yang di diami oleh Azril tidak banjir. Setelah sampai di rumah, isteri Azril telah bersiap untuk makan laksa di warung di Taman Desa Damai. Maka dialog pun bermula :-

Azril   :   Jom kita pi makan laksa. Bawak payung sekali?
Azlina :   Abang!, kereta mana?
Azril   :   Kereta ada kat sebelah jejantaih tu, abang letak kat depan rumah orang tu.
Azlina :   Kenapa dengan kereta bang?, jadi apa?
Azril   :   Qeta tak jadi apa, cuma abang saja letak kat sana sebab banjir.
Azlina :   Haaaa, banjir, habis tu kita nak buat macam mana ni?
Azril   :   Tak pa kita redah sat saja banjir tu lepaih tu kia sampai kat kereta nanti.
Azlina :   Hmm, nanti basah nanti seluar ayang kena banjir
Azril   :   Takpa sikit saja banjir tu tak sampai lutut pun
Azlina :   Jom kita pi sana makan

Setelah meredah banjir sejauh 150 meter kami pun sampai di kereta dan Azril terus memandu kereta terus ke Taman Desa Damai, sesampainya kami disana kami pun terus makan laksa dengan berselera sekali. Setelah habis makan dialog pun bermula lagi.

Azlina :   Tadi abang kata banjir tu tak jauh, bila dah lalu memang jauh jugak
Azril   :   Memang masa abang lalu tadi ayaq banjir tu tak banyak lepaih tu tiba tiba ayaq dia naik
Azlina :   Dalam jugak banjir tu abang kata takat betis saja tapi takat lutut dah
Azril   :   Tu lah abang rasa takat betih abang saja tapi tak tau kata ayaq banjir kena lutut sayang.
Azlina :   Abang kan tinggi kan sebab tu abang kata air tu tak tinggi
Azril   :   Haahahaha
Azlina :   Nasib baik laksa ni sedap, redah banjir macam mana pun tak apa janji laksa ni sedap
Azril   :   Betoi tu, hahahaha

Selepas makan laksa kami pun balik ke kuarters dan nasib menyebelahi kami apabila air banjir telah surut dan kami pun boleh balik rumah dengan menaiki kereta. Pada sebelah malamnya Azril pun pergi ke rumah ayahanda dan bonda tercinta dan disebabkan kami ingin balik ke Kuantan pada awal pagi esok maka kami pun makan malam di rumah mak dan ayah. Seperti biasa kami pun terus makan dan bersembang antara satu sama lain dengan kedaan riang dan gembira, kegembiraan dapat dilihat apabila isteri Azril dan adik adik Azril berjenaka anatara satu sama lain.

Akhirnya setelah perbincangan dijalankan dan kami akan balik ke Kuantan pada jam 4.30 pagi dan antara yang turut serta dalam keberangkatan pulang Azril dan Puan Azlina balik ke Kuantan adalah adik adik Azril iaitu Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin dan Cik Nur Hannah

 Yang ni kat kat tepi pun dah takat betih
.
Takpa janji dapat makan laksa :)

Monday, February 20, 2012

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Hammer Bay, Bayan Bay Pulau Pinang

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Hammer Bay, Bayan Bay Pulau Pinang
Catatan 27/10/2011

Didalam kegembiraan yang teramat sangat disebabkan isteri Azril menemani Azril Bukit Mertajam selama seminggu menyebabkan kami antara satu sama lain menjadi gembira dan terus ceria sepanjang masa. Cuba bayangkan jikalau di hari biasa Azril akan makan makanan yang biasa sahaja di waktu malam begitu juga dengan isteri Azril disebabkan kami tinggal berjauhan antara satu sama lain, seorang di Kuantan seorang lagi di Bukit Mertajam.

Pada hari ini Azril dan isteri tercinta merancang untuk makan di sebuah kedai yang agak istimewa berlatarbelakangkan laut dan Pualu Jerejak iaitu di Restoran Hammer Bay yang terletak di Bayan Bay Pulau Pinang. Untuk sampai disana kita hendak melalui jalan di hadapan Kompleks Membelibelah Queensbay terus hingga sampai di Kondominium Gold Coast dan lokasi Restoran tersebut adalah di tepi laut disana. Cuba bayangkan ketika kami sampai kedaan agak cemas sedikit dengan pelbagai andaian yang difikirkan disebabkan tempat letak kereta telah penuh dan ketika kami masuk ke dalam restoran tersebut kami dapati bahawa masih banyak tempat kosong

 Dengan keadaan yang tenang kami memilih makanan laut antaranya ikan bakar, ketam siput, udang dan lain lain lagi. Setelah habis kami memilih makanan kami pun terus duduk mengadap laut dan Pulau Jerejak yang tersergam indah sambil menunggu makanan yang kami pesan sampai. Makanan yang kami pesan agak banyak lalu apa sahaja makanan yang sampai kami pun terus makan dengan berselera sekali antaranya udang besar, ketam dan ikan bakar.

Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba iatu saat bayaran, pelbagai andaian dalam kepala kami dan apa yang pasti harga makanan disana memang berbaloi dengan apa yng kami makan dan apa yang penting makananya sedap sedap belaka. 

 Isteri tercinta memotong ikan bakar untuk diletakkan didalam pinggan suaminya yang teramat dicintainya
.
Kita makan dulu
.
Memang tak boleh nak cakap apa sebab sedap sangat
.

Thursday, February 09, 2012

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan perjalanan kami setelah menukar rim kereta pada waktu siang dan perjalanan kami menuju ke sebuah restoran di Kubang Semang.Perjalanan kami bermula selepas maghrib dan kami pun terus ke sana, perjalanan dari kuarters mengambil masa selama sejam disebaban jalan yang sesak teruk pabila kami masuk ke Bandar Bukit Mertajam dan Pekan Penanti. Setelah menempuh perjalanan dengan riang dan gembira kami pun sampai ke Restoran Puncak Mutiara, Kampung Pelet.

Kami meletak kenderaan kami di tempat letak kereta yang disediakan dan apabila kami keluar dari kereta kami sudah dapat menghidu keharuman masakan daging panggang yang membuatkan kami terasa lapar dan kami pun masuk ke restoran tersebut. Didalam restoran tersebut terdapat pilihan tempat samada untuk duduk diatas bangku atau duduk bersila di pondok yang disediakan dan kami pun memilih untuk duduk bersila. Tidak lama kemudian perkerja restoran memberikan menu dan kebanyakkan menu istimewa di restoran tersebut adalah kambing panggang dan burung unta.

Seperti biasa setelah perbincangan telah dijalankan diantara Azril dan Puan Azlina maka kami terus memesan daging batang pinang dalam dan stik campur yang mengandungi daging lembu, kambing dan burung unta. Semasa menunggu makanan yang kami pesan sampai kami pun bersembang antara satu dan lain dan berjenaka sesama sendiri berlatarbelakangkan pemandangan malam dan dihiasi lampu menarik yang tedapat disana. Setelah 20 minit kemudian makanan yang kami pesan sampai dan kami pun makan dengan riang gembira sambil bersila.

 Puan Azlina tersenyum sambil makan daging batang pinang dalam (tenderloin)
.
 Yang ni lagi menarik gabungan daging lembu, kambing, ayam dan burung unta
.
Sedap sangat sampai tak boleh berenti tersenyum
.

Sunday, February 05, 2012

Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................


Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz



Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya HabibAllah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah ( 2X )
................................
................
Dikesempatan ini Azril dan isteri Puan Azlina  mengucapkan selamat menyambut Mulidur Rasul s.a.w.... 

Wednesday, February 01, 2012

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam
Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari catatan yang lepas. Setelah kereta Abah Mertua Azril menyusur masuk ke Plaza Tol Juru, Azril dan isteri tercinta pun ke Berapit. Tujuan kami makan tengahari disana adalah untuk makan tengahari. Selain itu lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan disana terdapat sebuah kedai menjual rim tayar sport dengan harga yang murah. Cuba bayangkan jika di kedai kedai biasa harga rim tayar sport mencecah ribuan ringgit, manakala di kedai tersebut hanyalah ratusan ringgit sahaja.

Setelah sampai disana kami pun terus melihat dan memilih rim tayar sport untuk dipasang di kereta, kami memilih yang murah dan yang cantik. Setelah kombinasi pilihan kami berjaya isteri tercinta pun terus membayar harga rim tayar sport tersebut dan mekanik bertugas pun memasang rim tayar sport tersebut. Semasa menunggu mekanik memasang rim kami pun pergi makan disebuah kedai makan yang terletak berhadapan dengan kedai rim tersebut. Setengah jam kemudian setelah habis makan kami pun terus ke kedai rim tersebut, sesampainya kami disana mekanik bertugas terus memandu uji kereta yang dipasang kemas rim tayar sport.

Setelah mekanik bertugas habis memandu uji kereta kami lalu ia pun menyerahkan kunci pada Azril, dengan rasa gembira Azril pun memandu kereta yang dilengkapi rim baru tersebut. Insan yang paling gembira adalah Puan Azlina, ini adalah disebabkan kereta kelabu tersebut merupakan miliknya manakala kereta oren tersebut menjadi menjadi milik Azril sekarang ini.

Setelah jam menunjukkan pukul 2 petang Azril pun menghantar isteri tercinta pulang ke kuarters dan Azril pula menyambung kerja di pejabat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kuarters antara perbualan yang menerik adalah mengenai makanan. Antara lokasi tempaat makan malam kami adalah di Kubang Semang..........

 Proses pemasangan rim dijalankan
.
Dengan gembira isteri tercinta memerhatikan rim dipasang
.