Tuesday, March 23, 2010

Berita Gempar

Berita Gempar

Minggu lepas aku jumpa adik aku, Koperal Azil Fikri di Port Dickson. 2 minggu lepas

Aku boleh jumpa Fikri sebab aku ke Kuala Lumpur waktu itu.

Aku ke Kuala Lumpur sebab aku menemani isteri aku berkursus di Menara Hap Seng dekat dengan Menara Kuala Lumpur.

Selapas makan aku pun terus hantar isteri aku ke sana dan aku pun terus ke Port Dickson melalui Terowong Smart dan Tol Sungai Besi dan Lebuhraya seremban. Setelah itu aku pun berjumpa dengan Fikri. Fikri pun mengajak aku pergi memancing udang, aku pun ikut bersama Fikri dan ustaz Kagatnya yang merupakan kaki pancing juga.

Destinasi pertama adalah di Pasir Panjang Port Dickson dan setelah sejam kami di sana kami pun mengubah destinasi ke Sungai Timun.

Semasa di Sungai Timun, Fikri pun menceritakan sedikit tentang rancangannya untuk mendirikan rumahtangga.

"Tahun ni Farah nak kawin lepaih Farah kawin nanti orang pulak nak bertunang dan awal tahun depan orang nak kawin", kata Fikri

"Haaaaaa. Baguihlah macam tu.......................", kata aku.

Hahahahaha Inilah berita gempar yang aku nak cerita akhirnya Fikri mengumumkan hasratnya untuk berkahwin, selepas berbuih mulut ayah dan mak menasihati Fikri...................

Hahahahaha tak gempar pun tapi memang gempar, hahahahaha