Tuesday, August 25, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (Rabbani)

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim
(penyanyi utama kumpulan Rabbani dan Nada Murni)

.........................................................................................................

Saya dan isteri mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan pada semua saudara seIslam yang berada dimana jua di pelusuk alam semesta ini. Saya dan isteri berharap agar dimaafkan segala silap dan salah dan bergembira dalam menjalankan ibadah puasa yang kita cintai ini.

Thursday, August 20, 2009

Mesyuarat Agung Persatuan

Mesyuarat Agung Persatuan

Lokasi : Hotel Grand Riverview Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 25 Julai 2009
Tujuan : Mesyuarat Agung Persatuan (Pagi) dan Majlis Makan Malam (Malam)

Antara Kontijen Dari Negeri Pulau Pinang yang hadir
.
Aku bersama kawan kawan dari Kontijen Pulau Pinang
.
Antara kontijen yang turut serta
.
Kami bergambar sewaktu Majlis Makan Malam
.
Antara gambar yang sempat dirakamkan bersebelahan dengan pelakon hebat(Safar)
.
Aku bergambar bersama isteri tercinta di meja makan sebelum makan dihidangkan
.
Aku bergambarbersama kawan baik aku, Radzi

Wednesday, August 12, 2009

Ucapan Selamat Hari Jadi

Ucapan Selamat Hari Jadi

Catatan : 11 Ogos 2009
Lokasi : Kuarters Kerajaan Jalan Chan Ewe Pin
Jam : 6.30 pagi selepas solat subuh
Aku : Ketika itu aku tengah kesejukan di dalam bilik tidur, tidur keseorangan sambil memeluk bantal yang menjadi teman setia dari hari Isnin sehingga hari Khamis.

Telefon, telefon berbunyi (macam wonder pets pulak)

"Assalamulaikum abang, selamat hari jadi semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga perkahwinan kita kekal bahagia selamanya", kata isteri tercinta.

Aku tiba tiba jadi gembira yang teramat sangat dan terus ceria, aku terharu kerana ayat tersebut diucapkan oleh insan yang cukup aku cintai.

Memang setiap kali isteri aku telefon dia akan mengucapkan ayat ayat cinta tersebut tapi hari ini aku menjadi cukup terharu kerana ayat tersebut diucapkan di waktu hari jadi aku.

"Terima Kasih sayang" kata aku

"Ayang tengah bersiap ni nak ke tempat kerja" kata isteri aku

"Ok, jaga diri, hati hati dan I Love You" kata aku

" I Love You Too" kata isteri aku

"Bye, Asalamualaikum.

.....................................................

Terima kasih sayang, dikala abang sedih dan kecewa
Sayanglah penawarnya

Terima Kasih sayang, di waktu abang dalam kekusutan
Sayanglah yang menghuraikan

Terima Kasih sayang, diwaktu abang tiada semangat
Sayanglah pembakar semangat abang.

Terima Kasih sayang kerana terus menyintai abang siang dan malam dan terus memberikan sepenuh kasih sayang pada abang.

Terima Kasih sayang kerana sabar dan sanggup melayan kerenah abang yang sukar difahami ini.

Terima Kasih sayang atas segalanya.................................................................................

I LOVE YOU SO MUCH