Tuesday, June 02, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Kami - Azril dan Azlina

Ulang Tahun Perkahwinan Kami - Azril dan Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Pada tanggal 17 Mei yang lepas kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami pertama. Syukur ke hadrat Allah Tuhan Pencipta langit dan bumi dengan rahmat dan kasih sayangNya kami dapat hidup aman dan tenteram sehingga kini.
.
Memang tak sangka kami dah setahun berkahwin dan masa berlalu begitu pantas ditambah pula kami yang hidup berjauhan ini terasa seperti baru semalam kami akad nikah. Syukur ke hadrat Allah kerana kami berjaya menempuh ujian dan dugaan yang datang.
.
Buat isteri tercinta "Sayang, abang cintakan sayang seluruh jiwa abang , cinta yang tak terbatas bagaikan api yang terus membara walau datang pelbagai ujian dan dugaan dan tak pernah lupakan sayang walau sedikit pun, sayang I love you"
.
Pantai Sepat, Kuantan dijadikan lokasi untuk kami memotong kek disebabkan ia tenang dan tak ramai sangat orang. Setelah sampai kami pun mengalas diri dengan surat khabar lalu kami pun terus memotong kek
.

Inilah kek yang ulang tahun kami. Kalau semua nak tahu, kek blueberry ini dibuat oleh kawan isteri aku yang berkerja sebagai Pegawai Farmasi
.


Dalam senyuman kek diangkat dan dan dipotong oleh Puan Azlina
.
 
 
Giliran aku pula memegang kek dan terus memotong kek tersebut sambil tersenyum
.
 
 
Kami bergambar sambil memgang kek dan tak sabar sabar kami nak makan kek tersebut
.
Cantik tak kereta Puan Azlina
.

Selepas itu aku dan isteri aku pun pulang ke rumah dan pabila sampai kami pun terus beli barang keperluan harian dan pada Ahad malm Isnin aku pun terus balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas Utama Ekspress. Nampaknya kami sekali lagi kena tinggal keseorangan aku tinggal seorang di kuarters Bukit Mertajam manakala isteri aku keseorangan di rumah sewa di Kuantan.
.
"SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA SAYANG, I LOVE YOU"