Thursday, May 01, 2014

29 Ramadhan 1434 Hijrah di Taman Permata

29 Ramadhan 1434 Hijrah di Taman Permata

Seawal 6.15 pagi Azril terus keluar dari kuarters menuju ke pasar Bukit Mertajam, tujuan Azril ke sana adalah untuk membeli daging untuk dibuat rendang. Tak dapat Azril bayangkan apabila Azril sampai di pasar, orang telah pun ramai dan kami terpaksa berhimpit himpit untuk membeli barangan yang terdapat disana. Setengah jam kemudian urusan Azril telah pun selesai dan Azril bergegas ke rumah ayahanda dan bonda yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam.

Setelah meletakkan daging di dalam peti sejuk, Azril terus ke tempat kerja. Sesampainya Azril di tempat kerja keadaan agak awal dan sunyi. Tiba tiba Azril terpandang sehelai kertas yang dilekatkan di atas mesin perakam waktu yang menunjukkan bahawa kebanyakkan kawan kawan Azril telah pun bercuti cuma hanya tinggal beberapa orang sahaja. Tanpa membuang masa Azril terus ke meja Azril dan memulakan kerja sehingga sehingga Azril mendengar perkhabaran yang hari ini kami hanya berkerja setengah hari sahaja.

Setelah Azril membereskan kesemua kerja, Azril pun terus pulang ke rumah pada jam 1 petang. Sesampainya Azril di kuarters, Azril terus mengajak isteri Azril ke rumah mak dan ayah di Taman Permata. Setelah sampai disana, kami terus memulakan tugasan kami yang pertama.

Tugasan kami yang pertama adalah membalut ketupat daun palas pada tahun ini keadaan agak meriah kerana ia disertai oleh ramai orang. Antara yang membalut ketupat daun palas pada tahun ini adalah Puan Hajah Roselina, Puan Azlina, Puan Farah Zalina, Puan Shazwani, Cik Nur Hannah, Cik Fatimah, Azril dan Encik Adli Akbar. Setelah 2 jam kemudian, ketupat tersebut berjaya berjaya dibalaut dengan pelbagai bentuk. Apa yang penting ketupat daun palas telah berjaya kami balut dengan gembira.

Setelah kami berbuka puasa, sambil diiringi oleh laungan takbir di radio kami pun terus memasak rendang ayam dan daging. 2 jam kemudian proses masak memasak termasuk merebus dan mengukus ketupat pun selesai dan kami berehat sambil bersembang antara satu sama lain. Setelah jam menunjukkan pukul 11 malam Azril dan Puan Azlina pulang ke kuarters.


Selesaikan kerja dahulu sebelum bercuti raya

Ketupat daun palas dalam pelbagai bentuk. Tak kisah janji sedap

Rendang ayam masih dalam proses memasak
Rendang daging yang masih dalam proses memasak
Azril tolong kacau saja. Ramuan Puan Hajah Roselina dan Puan Azlina yang buat