Thursday, September 02, 2010

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Hadiah Harijadi Aku Dari Cik Farah

Tadi, aku pi rumah mak dan ayah aku di Taman Permata untuk bukak posa. Lepaih makan aku pun solat dan lepaih solat aku pun sembang dengan mak aku Puan Hajah Siti Roselina dan mak aku pun bagi kat aku satu beg plastik.

Aku : Benda apa ni mak

Mak Aku : Tak pa azril tengoklah Farah bagi kat azril sebab harijadi Azril

Aku : Haaaaaaaaaaaa
.
Yangnilah benda tu
.
Comel tak.
.
Apa pun aku terkejutlah jugak, mungkin adik aku Cik farah Zalina ni tak tau kot kata abang dia dah umoq 30. Walau apa pun terima kasih banyak banyak sebab bagi kat abang. Tak pa satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi. Hahahahaha
.

.
Terima Kasih sebab bagi kat abang benda ni Hahahaha. Satgi abang dakap benda tu masa masa abang tidoq satgi.

Comelnya..............

Comelnya..............

Catatan 31/08/2010

Aku berada dihadapan tv menonton sambil berbaring terasa macam nak tidur saja. Isteri aku pula tengah mengambil baju dalam mesin basuh dan memasukkan kedalam bakul untuk disidai. Tiba tiba dialog pun bermula..............

Isteri Aku : Ya Allah abang! Tentu abang suka tengok ni
.
Aku : Sat sat abang sampai

Aku berjalan ke dapur dan seterusnya ke pintu belakang rumah tempat isteri aku menyidaikan baju kami.

Isteri Aku : Tengok tu.......

Aku : Waaaa, comelnya anak kucin ni

Isteri Aku : Abang kalau kita pegang anak dia dia marah tak?

Aku pun memegang ibu kucing tersebut dan terus memagang anaknya

Aku : Sayang pi ambik kamera sat, kita tangkap gambaq kucin ni


Ibu kucing memerhatikan kami
.

Comel tak?
.

Sempat lagi mengeliat sambil mengeluarkan kukunya
.

Adik beradik kucing tersebut takut dan menyrok disebalik kayu
.

Comelnya rasa macam nak lambung lambung ja......
.

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah
.
Pada pagi 21 Ramadhan 1431 yang lepas pada jam 10 aku dan isteri tercinta ke pasar pagi yang terletak di Jaya Gading dan kami pun membeli barangan keperluan untuk dimasak diwaktu berbuka puasa nanti. Pada pukul 6 petang isteri aku pun memulakan kerja masakannya.

Kali ini lauk kami ringkas sahaja disebabkan aku lebih suka lauk yang ringkas. Bukannya apapun tetapi hakikatnya setelah makan nanti aku akan naik bas jika aku terlampau kenyang nanti takut aku rasa kurang selesa nanti atas bas nanti.)

Selepas kami berbuka puasa kami pun terus solat dan bersiap untuk ke Terminal Makmur Kuantan. Pada jam 9.00 malam bas pun bergerak meninggalkan terminal bas dan aku pun terus tidur dan pada jam 6.00 pagi aku pun sampai di Butterworth.


Inilah juadah berbuka kami - juadah yang ringkas dan sangat sedap
.

Inilah dia lauk yang aku paling suka makan dan aku teringin sangat nak makan di bulan Ramadhan ini - Ikan temenung (kembong) masak wap
.

Salah satu dari masakan kegemaran aku - jantung lembu masak pedas
.

Cucoq yang paling aku suka makan cucoq kodok
.