Thursday, August 16, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah
.
Ramadhan yang kita cintai akan berlalu akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi. Dalam masa beberapa ha lagi kita akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan Hari Raya Aidilfitri ini Azril ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk :--

Mak dan Ayah - Tuan Haji Hamzah Bin Ismail dan Puan Hajah Siti Roselina Indrayati binti Mohd Sulaiman.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mak Ayah. Azril Mintak Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki azril pohonkan atas segala kesalahan yang telah azril lakukan dari azril kecil hingga azril besar. Terima kasih kerana siang dan malam mendoakan kesejahteraan azril dan terima kasih kerana telah memberikan kasih dan sayang pada azril. Azril sayang Mak dan Ayah. Doakan kesejahteraan Azril dan Azlina semoga kami bahagia di Dunia dan Akhirat.

Mak dan Abah Mertua - Tuan Ahmad Bin Darus dan Puan Halijah Binti Ahmad
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki saya pohonkan atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Doakan saya dan Azlina bahagia di Dunia dan Akhirat.

Isteri Tercinta - Puan Azlina Binti Ahmad
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf terhadap semua kesalahan yang telah abang lakukan pada sayang. Doakan semoga rumahtangga kita kekal bahagia di Dunia dan Akhirat. Terima Kasih sayang atas segalanya.

Adik-adik - Koperal Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Puan Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik Farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang apa yang abang dah lakukan. Abang sayang hangpa semua.

Kak Ipar - Puan Azilawati dan Adik Ipar - Puan Aizaan, Puan Faeza dan Encik Mohd Zuhri serta biras - Encik Nuril Azwa dan Allahyarham Encik Ahamad Sapawi
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat

Allahyarhamah Cik Farhana Zuhaira Binti Hamzah
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf, abang sentiasa ingat akan Farhana walau dimana abang berada. Semoga Farhana ceria dan gembira disana.

Anak Saudara - Nur Irfaan dan Nur Farhana Zuhaira
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat

Mak/Tok/Pak Saudara/sepupu/2 pupu/sepupu jauh dan dekat
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang azril lakukan

Kawan kawan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang Azril dah lakukan dan Azril harap kesalahan Azril jangan simpan dalam hati.

Orang yang mengenali
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Rakan rakan blog
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Ketua di pejabat dan bekas ketua
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Yang DiPertuan Agong dan Sultan Sultan Negeri Melayu
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku

Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Semoga Allah panjangkan usia Tun

Ketua Kerajaan, Ketua Negara dan Ketua Eksekutif Negara
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, terima kasih kerana telah membawa tanahair berdaulat ini ke mercu dunia dan terima kasih kerana menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Umat Islam di Malaysia, seluruh Dunia dan seluruh pelusuk Alam Semesta
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kita semua adalah saudara dan apa yang pasti Islam Pasti Agung Semula

Buat Bangsa Melayu Islam
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Takkan melayu hilang di dunia. Melayu kan Gagah di Nusantara dan Di Dunia. Bangunlah bangsaku kerana Perjuangan kita masih belum selesai..


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh pelusuk alam semesta ini. Maaf Zahir dan Batin. Mintak ampun dan maaf terhadap kesalahan yang saya telah buat. Semoga bergembira di hari yang berbahagia ini.

...............................................................

Lokasi Berbuka Puasa

Lokasi Berbuka Puasa
Kalau ada kawan kawan atau sesiapa sahaja yang bertanya pada Azril dimanakah lokasi berbuka puasa yang menarik, tentu pening juga untuk Azril memikirkannya disebabkan bagi Azril disemua tempat memang terbaik. Terbaik dari segi maksud nilai, makanan yang disajikan memang sedap dan lokasi tersebut memang selesa. 

 Berbuka puasa di hotel pun sedap juga.
.
 Berbuka puasa di restoran pun sedap juga
.
Tapi yang paling sedap adalah berbuka puasa di atas padang