Friday, October 30, 2009

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah
.
Pada 25/08/2009 yang lalu satu majlis diadakan di rumah orang tua aku di Taman Permata iatu Majlis Pertunangan adik aku Cik Farah Zalina Binti Hamzah. Untuk Majlis kali ini isteri aku pun turut serta dan pada pukul 8.00 pagi kami keluar dari kuartes dan seterusnya kami ke Taman Permata
.
Setibanya di Taman Permata kami pun terus tolong buat apa yang patut. Hahahaha. Antara yang ada waktu itu adalah sepupu dan mak saudara serta jiran terdekat.
.
Pada jam 10.00 pagi rombongan dari Johor pun sampai.
.

Kami menyambut ketibaan rombongan dan perbincangan dimulakan
.

Cik Farah dan Puan Eri didalam bilik ketika proses menyolek dijalankan
.

Tok Mah duduk ketika gambarnya dirakamkan
.

Hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki
.

Perbincangan masih dijalankan
.



Akhirnya Hajah menyarungkan cincin pertunangan di jari Farah
.

Cincin disarungkan dan disaksikan oleh semua.
.

Adik aku pun bergambar dengan rombongan keluarga sebelah lelaki
.

Proses menyuap gula. Tak apa darah dah manis. Hahahaha
.

Semangkuk gula yang hendak disuapkan pada Farah
.


Pasangan cinta sejati yang membara tengah bergambar
.

Dari kiri Cik Farah, Mak Cik Roseminah, Bonda Tercinta Puan Roselina, Mak Yang dengan cucunya dan Tok Mah
.

Ayahanda Tercinta Tuan Hamzah berbincang sesuatu dengan adindanya Pak Cik Yahaya
.

Akhirnya kek bertunang pun dipotong
.

Selepas majlis tersebut maka tetamu yang datang pun balik, 2 jam kemudian aku dan isteri aku pun balik ke kuarters. Pada malamnya kami pun pergi semula ke Taman Permata untuk makan malam dan pulang semula ke kuarters selepas itu.

Thursday, October 29, 2009

Majlis Merisik Farah Zalina

Pada 24/03/2009 yang lalu, bersamaan dengan hari Rabu satu majlis diadakan di rumah orang tua aku di Taman Permata iatu Majlis Menyambut Rombongan Merisik yang datang dari Selatan tanahair iatu Johor. Mereka datang adalah untuk merisik adik aku yang ke4 Cik Farah Zalina Binti Hamzah.

Sewaktu itu aku baru saja pulang dari tempat kerja terus aku ke Taman Permata dan disana Mak Yang (Mak saudara) aku dan ramai lagi jiran jiran datang menolong untuk masak dan lain lain lagi. Isteri aku tak datang sebab pada hari tersebut dia oncall.

Pada jam 6.00 petang, majlis pun bermula. Rombongan dari terdiri dari Mohd Zuhri dan ahli keluarganya dan mereka datang dengan 2 buah kereta.


Antara rombongan keluarga Zuhri yang datang
.

Adik ketika didalam bilik
.

Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.

Rombongan dar Johor dan kana sekali adalah Tuan Haji Sharif iatu bapa kepada Encik Zuhri
.



Perbincangan ditambah bunga bunga pantun
.


Akhirnya Farah dipanggil ke ruang tamu kerana ibu bapa pihak lelaki ingin mengenali Farah dengan lebih dekat
.

Akhirnya cincin merisik disarungkan kejari Cik farah
.

Dari kiri Puan Eri, Encik Azim dan Cik Izah
.


Akhirnya rombongan pun dijamu dengan pulut kuning istimewa Pulau Pinang
.

Farah mendukung anak saudara pupunya
.

Farah dan Zuhri
.


Dari kiri Ayahanda tercinta Tuan Hamzah, Bonda tercinta Puan Roselina, Mak Yang Puan Roseliah(kakak mak), Cik Farah dan Puan Eri
.

Dari kiri Pak Cik Yahaya (adik ayah) dan Mak Roseminah.
.

Fatimah yang ceria sepanjang masa cuma sekali sekala emosinya terbabas
.



Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra

Monday, October 26, 2009

Bas Pilihan Ramai


Bas Pilihan Ramai

Aku suka naik bas sebab bas mendekatkan yang jauh dan aku tak suka naik bas sebab bas menjauhkan yang dekat. Ok lah jangan pening. Aku mulakan catatan aku yang keseorangan di kuarters ni.

Aku suka naik bas sebab pada hari Jumaat sebab aku dapat jumpa isteri aku dan aku tak suka naik bas pada hari Ahad sebab aku terpaksa balik ke kuarters keseorangan selama seminggu.

Kalau semua nak tahu hari ini hari Isnin, setiap hari Isnin aku akan pergi makan malam di rumah orang tua aku yang terletak di Taman Permata yang jaraknya baru 15km je. Tapi cuma hari Isnin saja. Hari lain aku makan keseorangan di kuarters.

Berbalik pada cerita bas tadi bukan nak promosi tapi terpulang apa kawan kawan nak kata. Aku suka naik bas Mara Liner sebab :

Mara Liner menggunakan bas ekspres prestasi tinggi bagi perjalanan jarak jauh. Dengan 27 tempat duduk (2+1)

Enjin berkeupayaan tinggi (13000cc) @ 310 hp
Sesuai untuk perjalanan jauh & berbukit
Sistem suspensi berudara (air bellows)
Muatan barang yg lebih (chasis – raised center frame)
Halaju enjin boleh dikawal (speed limiter)
Enjin mesra alam (Euro 2)
Brake retarder untuk sistem keselamatan tambahan

Sebahagian besar bas ekspres Mara Liner menggunakan kerusi yang istimewa bagi memberikan keselesaan kepada penummpang. Sebut tentang kerusi ada satu bas tu namanya agak gah di persada dunia bas ekspress tetapi apabila aku yang tinggi 185cm duduk aku kena angkat lutut sebab sangkut lutut aku dan aku kena duduk secara menegak sepanjang perjalanan. Sebab tu aku memilih bas ekspres Mara Liner sebab aku yang tinggi ni pun boleh menlunjurkan kaki tanpa diganggu oleh kerusi orang di hadapan.

Selain itu enjin yang bagus berkeupayaan 13000 cc sangat mudah untuk mendaki bukit terutama sebelum terowong di Ipoh dan sebelum tol Jelapang. Kalau bas lain jenuh nak naik bukit bukan saja bas yang bergoyang malah penumpang juga bergoyang goyang seperti naik kereta lembu.

Inilah sebab sebab aku suka naik Mara Liner. Haaa lupa nak cakap kalau tiket kita pukul 11.59 malam, pabila tepat pukul 11.59 malam bas tersebut akan berjalan terus tanpa menunggu bas penuh.

Ok semua selamat menaiki bas ke destinasi impian ada

Friday, October 23, 2009

Ulang Tahun Kelahiran Saya yang ke 29

Ulang Tahun Kelahiran Saya yang ke 29

Catatan 14 Ogos 2009

Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku cepat cepat mengetik kad (Punch Card) lalu aku terus pulang. Setibanya aku di kuarters aku terus mandi dan bersiap barang barang dan beg. Pada pukul 5.25 petang aku terus keluar dari rumah menuju ke Terminal Penang Sentral di Butterworth dengan menaiki motor.

Pada pukul 6.00 aku pun terus sampai di terminal Penang Sentral dan menunggu bas Mara Liner dan pada pukul 6.05 petang bas pun sampai lalu aku pun terus menaiki bas tersebut dan duduk di tempat yang ditempah iatu 3A kerana bangku tersebut merupakan bangku untuk seorang (single seat). Pada tepat pukul 6.15 petang, bas pun terus memulakan perjalanan dengan pemandu bas membacakan doa naik kenderaan dan kami semua mengaminkan doa tersebut.

Pada pukul 7.20 bas pun berhenti di Hentian Sebelah Bukit Gantang yang lebih dikenali sebagai Perkampungan Buah kerana terdapat pelbagai jenis buah yang dijual di sana. Kami semua makan dan bersembahyang disana dan pada pukul 8.00 malam kami pun terus menyambung perjalanan.

Pada pukul 11.00 malam bas pun sampai di Hentian Puduraya. Setbanya di Puduraya aku pun duduk di bangku yang disediakan dan menunggu pula bas Mara Liner untuk ke Kuantan pada pukul 11.59 malam. Pada jam 11.45 bas tersebut pun sampai dan aku pun terus menaiki bas tersebut dan pada tepat pukul 12.00 tengah malam bas tersebut pun terus memulakan perjalanan. Sepanjamg perjalanan aku terus tidur tidak sedarkan diri. Hahaha

Pada jam 3.00 pagi bas pun keluar tol Gambang dan aku pun meminta pemandu memberhentikan aku di Tunas Mart lalu isteri aku pun menyambuat aku disana. Apabila sampai rumah kami pun terus tidur sehingga jam 5.45 pagi. Begitulah rutin harian aku setiap minggu.

Catatan 15 Ogos 2009

Selepas Subuh kami pun tidur semula dan pada pukul 9.00 pagi kami pun bangun untuk bersarapan dan selepas sarapan isteri aku memaklumkan pada aku bahawa dia nak "surprise" aku lalu isteri aku mengeluarkan kek dari peti sejuk lalu kami pun terus memotong kek tersebut.


Inilah kek yang dibeli oleh Puan Azlina
.
 Dengan pelbagai gaya aku pun terus memotong kek tersebut
.
 Aku dan isteri tercinta memotong kek dalam keadaan ceria
.
 Aku terus disuapkan kek oleh insan yang aku cukup cintai
.
Baru sepotong kek habis. Kalau nak tahu kek ni sedap betul. Satu kek pun boleh habis kalau aku seorang je makan. Aku kan suka makan kek. Hahahaha
.

Selepas kami makan kek lalu kami pun pergi bandar membeli barang keperluan harian dan pada malamnya kami pun sampai dirumah. Pada 16 Ogos 2009 pukul 8.20 malam aku dan isteri aku pun ke Terminal Makmur dan pada pukul 8.50 kami pun sampai di sana dan aku pun menaiki bas Utama Ekspress. Pada jam 6.10 pagi aku pun sampai di Butterworth dan aku pun terus bersiap ke tempat kerja.

Begitulah rutin harian aku setiap minggu. Isteri di Kuantan, aku pula ada di Bukit Mertajam. Kesusahan dan kesedihan hanya Allah saja yang tahu. Apa pun dugaan dan ujian dalam kehidupan menjadikan aku lebih tabah dan bersyukur.

Thursday, October 22, 2009

Balik Dari Grand Riverview

Catatan 26 Julai 2009
Lokasi : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan

Pagi pagi lagi kami dah bangun awal, selepas subuh kami terus bersiap untuk makan di Dewan Makan atau lebih dikenali sebagai Coffe House di Hotel tersebut. Hari ini merupakan hari yang terakhir kami disana disebabkan kami akan balik ke Kuantan. Mesyuarat dah habis semalam.

Apabila kami turun di dewan makan, kami dapati setengah dewan makan telah pun penuh dengan perwakilan dan keluarga lalu kami pun meyertai mereka. Selepas makan kami pun terus bersiap dan pabila pukul 9.30 pagi aku pun turun sekejap berjumpa kawan aku yang akan balik ke Bukit Mertajam dengan bas.
.
Untuk pergi mesyuarat tersebut kami diberikan pilihan samada menaiki kenderaan sendiri atau menaiki bas yang disediakan, aku memilih untuk naik kenderaan sendiri disebabkan aku ke Kuantan dulu barulah aku ke Kota Bharu dengan menaiki kereta. Selepas itu aku pun naik semula ke bilik untuk bersiap untuk balik ke Kuantan.

Balik ke Kuantan?....... Hahaha. nanti dulu kita ronda ronda dulu.


Setelah bersiap kami pun mengambil gambar
.

Dengan senyuman dan masih lagi mengantuk gambar Puan Azlina dirakamkan
.
Selesa juga duduk atas bangku ni. Hahahaha
.

Senyuman menawan dari isteri tercinta untuk suaminya yang dicintai seluruh jiwa raganya. Hahahaha
.
Rasa macam nak baring je lagi dalam 2 atau 3 jam lagi. Hahahahaha
.
Tak larat nak duduk atas katil, kita duduk atas lantai sekejap.
.
Kami bergambar berlatarbelakangkan bilik dalam dalam hotel tersebut.
.
Selepas kami bergambar kami pun turun daftar keluar dan kami ke Pasar Siti Khadijah dan kami pun terus ke pasar pasar berdekatan. Kami berhenti apabila sampai di Kuala Terengganu dan terus lepak sekejap di tembok di tepi pantai berdekatan Bandaraya Kuala Terengganu selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal untuk bersembahyang dan kai rehat sekejap. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti makan disebelah kedai membuat roti dan pada malamnya kami pun sampai di Kuantan. Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuantan

.

Pemandangan indah Masjid Kristal dari tempat letak kereta
.

Kami pun bergambar dihadapan Masjid Kristal