Monday, October 30, 2006

Cuti-Cuti Malaysia Bahagian 4 - Putrajaya

Cuti-Cuti Malaysia Bahagian 4 - Putrajaya

Assalamualaikum 6 bulan yang lepas aku dan rakan sekerja aku ikut pergi rombongan ke Putrajaya. Apa yang menariknya rakan aku seperti Johari dan Radzi turut serta dalam rombongan tersebut. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Abang Jo kerana membawa kami ke rombongan tersebut.

Putrajaya atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Aku sungguh bangga sebagai rakyat Malaysia apabila melawat Putrajaya, keindahan bangunan dan alam mewarnai lanskap Putrajaya.

Bergambar dihadapan Masjid Putra, Putrajaya

Bergambar dihadapan Tasik Putrajaya

Bergambar di Taman Di Tasik Putrajaya


Bergambar Di Hadapan Masjid Putra, Putrajaya

Bergambar Di Hadapan Bangunan Perdana Putra.

Aku sungguh seronok apabila mengunjungi kesemua tempat di Putrajaya walaupun tak sempat nak ambil semua gambar. Bagi aku Putrajaya merupakan bandaraya Futuristik kebanggaan semua rakyat Malaysia ciptaan anak tempatan tanpa dipengaruhi oleh ciri ciri binaan penjajah. Putrajaya juga telah menaikkan nama Malaysia dan menempatkan Malaysia di peta pelancongan dunia kerana Putrajaya yang mempunyai identiti sendiri.

Sesiapa yang melawat Putrajaya tentu kagum dengan binaan di Putrajaya dan keadaan alam disana.

Selamat Bercuti

Monday, October 23, 2006

Cuti Cuti Malaysia Part 2 (Melaka Bandaraya Bersejarah)

Cuti Cuti Malaysia Part 2 (Melaka Bandaraya Bersejarah)

Asalamualaikum semua disini aku nak menceritakan tentang tempat tempat menarik yang dilawati oleh aku ketika di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.


Antara tempat menarik yang aku dilawati adalah di Rumah Melayu Melaka

Pengembaraan diteruskan sehingga ke perigi Datuk Laksamana Hang Tuah

Bergambar di hadapan arca Perigi Datuk Laksamana Hang Tuah

Bergambar dihadapan Perigi Raja



Bergambar didalam Muzium TLDM - Tentera Laut Di Raja Malaysia

Bergambar di Atas Kapal TLDM

Bergambar bersama meriam TLDM

Bergambar bersama koleksi peluru TLDM.

Memang menarik betul negeri Melaka ni aku betul betul seronok melawat tempat tempat yang menarik dan memang layak dan tepat Melaka digelar sebagai Bandaraya Bersejarah.

Selain dari tempat menarik, kita dapat mengetahui sejarah sejarah dahulu dan kita dapat menghargai sejarah.

Sunday, October 22, 2006

Cuti-cuti Malaysia part 2

Assalamualaikum Tanggal 12 Jun 2006 yang lepas aku dan rakan sekerja aku ikut pergi rombongan ke Melaka. Apa yang menariknya rakan aku seperti Johari dan Radzi turut serta dalam rombongan tersebut. Kami melawat pelbagai tempat yang menarik kebanyakkan tempat yang kami lawati kaya dengan warisan sejarah dan mempunyai cerita di sebalik sesuatu.

Antara tempat menarik yang kami lawati adalah di Rumah Melayu Melaka seperti di dalam gambar. Tapi yang tidak menarik tentang gambar aku adalah disebabkan member aku ambil gambar dengan menggunakan contrast dan effect yang tinggi serta di tambah dengan fungsi-fungsi digital camera yang tidak difahami oleh member aku maka terhasil gambar aku seperti yang dipaparkan. Itu tak penting, bagi aku paling penting adalah kenangan menarik samada di tempat tersebut, pemandangan, suasana, keadaan budaya di sana dan insan di sana.

Bagi aku mana-mana tempat yang aku lawati semuanya menarik walaupun aku bergerak seorang atau berkumpulan. Tak kira tempat tersebut lama atau baru, tetapi yang paling penting adalah kenangan. Dengan melihat tempat menarik dapatlah secara tak lansung menyelesaikan kekusutan otak aku ni. Senang cakap release tension

Kadang kadang aku tertanya pada diri aku kenapa aku cukup tertarik pada sesuatu tempat walaupun tempat tersebut tidak cukup kriteria seperti tak berapa menarik, tak ramai pengunjung, tak berapa ada sangat kemudahan dan beberapa sebab yang member aku tak suka.
Aku selesa dengan pandangan aku hahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Entahlah.......................

Keterangan gambar kat bawah ni

Gambar tersebut diraka ketika aku tengah berada di Taman Buaya Melaka. Adakah patut mak cik mak cik rombongan tu kata kat kami buaya 3 orang (aku, radzi dan jo) nak pi tengok buaya sebab tu tak kawin kawin, hahaha kawin nanti lah aku kawin malaslah nak fikir. Ni aku nak marah ni adakah patut depa panggil aku yang baik ni buaya. Hahahaha.

Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

#############################

Lagu tersebut dipetik dari album Raihan dan dinyanyikan bersama oleh
Raihan, NowseeHeart, Ajai dan Rem

Berkerja di KFC


Berkerja di KFC

Setelah tamatnya persekolahan di Bukit Mertajam High School. Sementara menantikan keputusan SPM aku pun berkerja sementara di KFC Bukit Mertajam. Ceritanya bermula apabila aku tamat saja kertas akhir untuk subjek terakhir SPM aku pun pulang terus ke rumah. Kemudiannya aku pun terus pergi ke KFC. Nasib aku cukup bertuah pada hari tersebut kerana manager KFC masih belum balik lagi sempat juga beliau temuduga aku dan aku diberitahu supaya pergi ke Majlis Perbandaran untuk mengambil ubat.

Apabila aku pergi ke Majlis Perbandaran dan aku disuruh mengambil ubat dan diberi pelalian. Tujuan ubat dan pelalian diberi adalah sebagai pengendali makanan kami perlu diberi pelalian tersebut supaya kami sihat cergas dan aktif. Hahahahahahaha. Lawak je. Jangan marah. Tujuan sebenar ubat itu adalah untuk mengelak penyakit berjangkit seperti T.B dan Taun.

Kemudian, 4 hari kemudian aku pun dibenarkan melapor diri di KFC Kompleks Bukit Mertajam. Maka pada hari itu jugalah pelajaran baru dipelajari oleh aku iaitu tentang dunia perkerjaan. Aku kemudiannya diberi penerangan tentang sejarah KFC dan prosedur sebagai seorang perkerja di KFC oleh Encik Bukhari yang merupakan Pemangku Pengurus Restoran. Kemudian aku diajar pula tentang kebersihan diri oleh Encik Rizal yang juga merupakan Penolong Pengurus Restoran, dimana sebagai seorang perkerja di KFC aku perlu menekankan aspek kebersihan yang begitu tinggi. 1 jam kemudian aku diajar tentang cara membersih peralatan dengan mengunakan antiseptik oleh Cik Linda yang juga merupakan salah seorang dari Penolong Pengurus Restoran. Kemudian aku diperkenalkan kepada kawan kawan di KFC Komplek Bukit Mertajam yang cukup peramah dan baik serta sanggup menegur apa saja kesalahan yang ada demi kebaikan diri aku.

Pada hari aku melapor diri tersebut juga bermulanya satu lembaran baru dalam hidup aku dan dimana episod suka dan duka silih berganti, berganti ganti antara cabaran dan dugaan. Tetapi apa yang penting adalah apa yang aku cari iaitu pengalaman dapat mematangkan diri aku dan membuat aku tidak berasa susahnya hidup walaupun aku berhadapan dengan masalah yang besar sekalipun.


Tuesday, October 17, 2006

Lirik Lagu Gering - Terra Rossa

Lirik Kagu Gering - Terra Rossa

Dari kiasan kata-kata ini
Dapatku bayangkan cinta kita
Sedang dalam kegeringan
Menanti gelincir mentari
Dari kilauan airmata ini
Pernah kau sapukan kasih sayang
Kini tak lagi bererti
Andai perpisahan terjadi
Tetapi aku berusaha
Memujuk hati ini
Kerna cinta yang telah tersergam
Dengan janji yang pernah kugenggam
Saat pun berubah, kecewa
Aku hanya terdaya melihatkan
Langkahmu ingin jadi juara
Dan pasti berjaya
Tumpas cinta setia
Mestikah ku... mengagungkan
Perdaya cinta...
Pada sang bayu
Kuutuskan
Serta doaku dan asmara
Yang tenat dan kegeringan
Menantikan penawar...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Lagu jiwang pulak hahahha
Sekali sekala layan lagu jiwang bagi menglhilangkan tension lepas putus.......

Sunday, October 08, 2006

KENANGAN ZAMAN PESEKOLAHAN


Kenangan Zaman Persekolahan
.
Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan untuk sepanjang hidup aku adalah kenangan di zaman persekolahan. Kemuncak kenagngan yang tak dapat dilupakan berlaku adalah sewaktu tingkatan lima.
.
Gambar ini dirakamkan sewaktu aku di tingkatan lima di Bukit Mertajam High School. Gambar aku adalah di tengah tengah, kalau nak tahu aku lah yang paling tinggi di dalam gambar tersebut.
.
Waktu tersebut biasalah kan 17 tahun. Waktu dimana peringkat dimana proses meningkat dewasa berlaku.
.
Antara pengalaman paling menarik adalah aku merasakan seperti salah satu kenangan terindah dalam hidup aku adalah kenangan sewaktu aku tingkatan 5. Indahnya hidup di waktu tersebut dirasakan terlalu cepat walau pun peristiwa pahit dan manis selang seli berlaku.
.
Setiap saat ketika aku di tingkatan 5 dirasakan masa terlalu cepat sedar tidak sedar sudah pun hujung tahun dan dimana akan berlangsungnya satu peristiwa yang akan merwarnakan diari hidup buat selama-lamanya sama ada keputusannya baik atau buruk ...............................................................

Friday, October 06, 2006

Kebun Bunga Pulau Pinang


Taman Kebun Bunga (Botanical Garden) Pulau Pinang

Gambar ini dirakamkan pada tahun 2005, waktu ini aku pergi kesana bersama kawan kawan aku. Aku selalu juga datang ke Taman Kebun Bunga tapi tak sempat nak merakamkan gambar mungkin terlalu sibuk memerhatikan keadaan sekeliling samada flora, fauna dan manusia atau tidak bawa kamera aku ke sini. Hahahahahahaha

Waktu itu kawan aku Fadli yang perkerjaanya sama dengan aku tetapi dia berkhidmat di Pahang melawat Pulau Pinang. Aku pun bawa dia jumpa member aku Azreil di Bayan Baru. Kami pun pergi membawa Fadli pusing satu Pulau Pinang dan sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk kenangan.

Kami di sana akibat terlalu asyik memerhatikan keindahan alam sekitar samada flora yang menghijau dan fauna yang sungguh ceria bermain sesama mereka membuatkan aku terlupa masa aku. Aku kemudiannya disapa oleh member aku dan dia menyatakan kami di sini sudah pun 3 jam dan banyak tempat lagi untuk pergi dan membawa member aku berjalan jalan pusing Pulau Pinang.

Tentang gambar di atas, dimana gambar tersebut dirakamkan bersebelahan pokok yang terletak di sebuah padang luas yang ditanam satu spesis pokok sahaja iaitu pokok bunga kemboja. Boleh dianggarkan di atas padang tersebut terdapat lebih 20 pohon bunga kemboja
.