Wednesday, December 22, 2010

Azril Azlina @ Galeri Proton di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Azril Azlina @ Galeri Proton di Kuala Lumpur International Motor Show 2010
.
Catatan ini merupakan salah satu dari kesinambungan pengalaman Azril dan isteri tercinta di Bandaraya Melaka 3 minggu lepas. Setelah isteri Azril habis berkursus di Hotel Mahkota Melaka dan kami pun mendaftar keluar pada jam 12.00 tengahari lalu kami pun terus merancang untuk keluar berjalan jalan lagi tetapi bukanlah disekitar Melaka tetapi di Kuala Lumpur pula.

Setelah solat kami pun berhenti makan di Hentian Jejantas Ayer Keroh Melaka, setelah makan kami pun meruskan perjalanan kami. Perjalanan yang riang gembira tersebut terhenti ketika kami sampai di Plaza Tol Sungai Besi. Kami pun terus mencari jalan untuk ke PWTC tujuan kami kesana adalah untuk melawat Pameran Kereta Antarabangsa 2010 (KLIMS 2010).

Setelah sampai disana, jalan yang kami lalui cukup sesak ini adalah kerana ramai orang berpusu pusu hendak ke pameran tersebut. Untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli tiket, isteri tercinta turun terlebih dahulu beratur membeli tiket dan Azril pula mencari tempat letak kereta yang sesuai. Setelah itu Azril terus mendapatkan isteri Azril yang beratur untuk membeli tiket. Setelah tiket dibeli kami semua terus mengisi borang cabutan bertuah dan kami pun masuk ke dalam dewan utama.

Dewan utama di KLIMS 2010 adalah Dewan yang menempatkan jereta keluaran Proton. Sebenarnya kami pun tidak sabar sabar untuk melihat kereta keluaran Proton yang terbaru. Apa yang membuatkan kami kagum pabila melihat kereta konsep Proton yang menggunakan nama Pahlawan Melayu Melaka seperti Proton Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu dan Lekir.

Tapi sebuah kereta yang membuatkan Azril terpaku adalah kereta Proton Tuah, memang cantik sangat kereta tersebut. Azril dan Puan Azlina tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kereta tersebut. Pada pendapat Azril, alangkah indahnya jika Proton Tuah dijelmakan di alam realiti dan bukannya menjadi kereta konsep sahaja dan biarlah juga kereta Proton Tuah menggunakan enjin Campro atau Campro Cps dan bukannya enjin lain, memang cantik dan menarik kereta Proton Tuah tersebut.

Selain dari kereta konsep turut sama diperkenalkan adalah kereta hibrid iatu Proton Emas yang akan menjadi kereta hibrid pertama keluaran Proton dan banyak lagi. Kereta lain yang di pamerkan adalah Proton Satria Neo R3 yang memenangi kejuaraan Rali Asia Pasifik baru baru ini. Sebagai rakyat Malaysia Azril bangga dengan kejuaraan ini. .

Memang ramai orang disana terutamanya di galeri Proton yang melihat kereta keluaran Proton samada yang baru dan lama. Selain dari kereta Proton, turut sama di pamerkan adalah kereta Lotus yang merupakan anak syarikat kepada Proton. Setelah hampir sejam kami disana kami pun terus melawat kereta keluaran syarikat lain pula.


Azril dihadapan kereta konsep Proton Jebat yang menggunakan nama salah seorang pahlawan melayu yang azril cukup kagumi
.

Puan Azlina dihadapan kereta konsep Proton Tuah yang menggunakan nama seorang pahlawan melayu yang Azril cukup kagumi. Kedua dua memang cantik, seorang telah Azril miliki yang satu lagi kami akan miliki pabila ia dilancarkan nanti.
.

Azril dihadapan poster penerangan pencapaian Proton selama 25 tahun
.

Isteri tercinta disebelah Proton Inspira yang berwarna putih
.

Azril juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Proton Inspira
.

Kami bergambar dengan Proton Tuah yang sunggguh cantik
.

Azril dihadapan kereta konsep Pahlawan Melayu Proton Kasturi
.

Inilah dia proton Emas yang dikatakan akan menjadi kereta hibrid pertama keluaran proton
.

Azril dihadapan kereta Lotus Evora yang berharga 450 000 keatas
.

Sekali lagi Azril bergambar dihadapan kereta konsep Proton Jebat
.

Azril dihadapan kereta konsep Pahlawan Melayu Proton Lekiu
.

Azril memegang kereta Proton Satria Neo R3 yang memenangi kejuaraan Rali Asia Pasifik baru baru ini. Sebagai rakyat Malaysia Azril bangga dengan kejuaraan ini.
.

Azril duduk dihadapan salah satu kereta konsep Pahlawan Melayu yang cantik dan bergaya Proton Lekir
.

Ramainya orang di galeri Proton
.

Lotus Esprit diatas podium dan dibawah pula Lotus Exige
.
Pada pendapat Azril, alangkah indahnya jika Proton Tuah dijelmakan di alam realiti dan bukannya menjadi kereta konsep sahaja dan biarlah juga kereta Proton Tuah menggunakan enjin Campro atau Campro Cps dan bukannya enjin lain, memang cantik dan menarik kereta Proton Tuah tersebut.