Saturday, January 12, 2008

Aku Bertunang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.


Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisi-Mu.

Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

..........................................................................................

terima kasih kepada JAKIM atas doa yang diberikan
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Majlis Pertunangan

Pada 22/12/2007 yang lepas bersamaan 12 Zulhijah 1428 Hijrah telah berlangsung majlis pertunangan antara aku dan Cik Azlina Binti Ahmad. Lokasinya adalah di Felda Jenderak Utara, Jalan Kuala Krau, Pahang Darul Makmur.

Rombongan dari keluarga sebelah pihak aku disertai oleh aku(Muhammad Azril Bin Hamzah), adik aku (Koperal Azil Fikri Bin Hamzah), mak aku (Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman), ayah aku (Tuan Hamzah Bin Ismail) dan mak saudara aku (Puan Siti Roseliah Binti Mohd Sulaiman). Kenderaan yang kami naiki adalah Proton Gen 2 aku.

Perjalanan kami dimulakan pada pukul 10 malam, kami berehat di Hentian R&R Tapah dan seterusnya kami pun berehat di Hentian Genting Sempah, seterusnya perjalanan diteruskan sehingga ke Hentian Lancang, Mak Saudara Dan Pak Saudara Azlina (Kaka Ilah dan Abang Sham) menjemput kami sehingga kami singgah di rumah Pak Saudara Azlina (Pak Cik Jala) di Desa Murni Sanggang.

Akhirnya pada paginya kami pun sampai Felda Jenderak Utara.

Jelitanya Awek Aku bergambar sebelum majlis pertunangan dimulakan

Azlina bergambar bersama dengan bondanya Puan Halijah sebelum majlis pertunangan dimulakan

Rombongan kami pun sampai dan yang dihadapan adalah mak saudara aku

Ayah aku memulakan bicara untuk majlis tersebut untuk majlis merisik dan bertunang

Mak aku bersedia untuk menyarungkan cincin ke tangan Azlina, cincin merisik dan bertunang

Akhirnya Azlina telah menjadi tunang aku

Azlina mencium tangan bakal mak mertuanya setelah cincin pertunangan dan cincin merisik disarungkan

Barangan hantaran diletakkan dihadapan tetamu yang hadir

Majlis diteruskan dengan majlis ramah dan mesra didalam bilik antara mak aku dan tunang aku

Sama cantik dan sama kacak..... Hahahaha..... Jangan Marah.......

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Selepas majlis pertunangan kami pun makan makanan yang disediakan iatu bihun sup, sedap juga masakan Pahang. Selepas maghrib aku sekeluarga memulakan perjalanan balik dan pukul 1 pagi kami sampai di Bukit Mertajam

....................................................................................................................................