Tuesday, December 18, 2012

Azril Azlina - Kisah Mee Segera Ketam Kuantan

Sebermula tersebutlah cerita,  pada jam 8.00 malam 30 November 2012  Si pengembara yang bernama Muhammad Azril bin Hamzah memulakan perjalanan keluar dari rumahnya dengan menaiki kuda putih yang beroda untuk pergi ke sebuah hentian yang terletak Permatang Kucing atau Bagan. Sesampainya si pengembara disana, dia terus menaiki sebuah kenderaan yang beroda yang mempunyai ratusan kuasa kuda yang berwarna oren keemasan

Arkian, si pengembara pun memberikan sekeping kertas yang dicetak kepada pemandu kenderaan tersebut dan dia pun duduk di tempat yang disediakan. Setepat jam 9.00 malam kenderaan beroda tersebut terus bergerak meninggalkan Terminal Bagan memecah kesunyian malam ke jalan luas yang lurus yang tiada nampak penghujungnya

Adapun si pengembara dalam kedaan keletihan terus beradu dibuai bayu buatan yang sejuk dan dalam kedaan tidak sedar sudah 3 negeri telah ditempohinya. Tiba tiba si pengembara terkejut dan terjaga dari dibuai mimpi indah apabila kenderaan yang dia naiki berhenti dan dia pun melihat tiada terpermanai lagi bilangan kenderaannya yang berhenti dijalan yang sama akibat kemalangan di jalan tersebut. Selang masa berapa lama kemudian si pengembara pun beradu semula dan kembali dubuai mimpi indah

Arkian, pada jam 5.00 pagi si pengembara sampai di bumi Inderapura dan dia meminta pemandu kenderaan tersebut memberhentikan kenderaan untuk dia turun. Pemandu kenderaan tersebut terus meninggalkan si pengembara ditepi jalan, dan kenderaan tersebut terus bergerak gagah membelah kesunyian malam yang hening menuju ke tempat yang dijanjikan

Syahdan, si pengembara pun terus pergi ke kenderaan rasmi Tuan Puteri Azlina yang berwarna putih mutiara yang berada di tepi jalan yang telah menunggu sejak 5 minit yang lepas. Hatta, pintu kenderaan tersebut dibuka dan masuklah pengembara kedalam kenderaan tersebut sambil mengucapkan salam. Salam dijawap dengan penuh senyuman oleh Tuan Puteri Azlina sambil mencium tangan suaminya yang teramat dicintainya 

Maka, berangkatlah pulang pasangan suami isteri tersebut ke istana rasmi mereka dan mereka pun beradu sehingga subuh menjelang

.............................................................................................................
.............................................................
........

Azril Azlina - Kisah Mee Segera Ketam Kuantan

Catatan 1 Disember 2012

Alkisah penceritaanku bermula disini.......................

Azlina :   Abang bangun abang...........

Azril   :   Argh…............ dah pukul berapa ni sayang.......

Azlina :   Dah pukul 10 pagi, ayang dah masak bihun goreng.

Azril   :   Makanan kegemaran abang tu, jom kita makan

Hatta turunlah Azril ke meja makan dan kami pun makan dengan riang dan gembira. Kegembiaraan adalah disebabkan Azril dapat makan makan pagi dengan insan yang Azril cukup cintai dan kegembiraan kedua adalah Azril dapat makan makanan kegermaran Azril. 5 minit kemudian dialog bermula sekali lagi.

Azlina :   Ayang ingat nak bawak abang pi satu tempat pameran nanti. 

Azril   :   Ok jugak tu, lepas kita pi pameran kita pi jalan jalan pulak

Azlina :   Nanti malam nanti ayang nak bawak abang pi makan makanan istimewa.

Azril   :   Wah.... istimewa... makan apa tu? Tak sabaq rasanya nak tau

Azlina :   Hmmm..... mana boleh cakap nanti tak istimewa jadinya....

Azril   :   Hmm... tak sabaq sabaq nak tunggu pi makan satgi malam nanti. Ok sayang dalam pukui 11 pagi satgi kita keluaq dari rumah 

Syahdan, adapun pasangan suami isteri tersebut pun keluar dari istana mereka menuju tempat yang ditujui. Maka, bergelak sakanlah Si Pengembara dan Tuan Puteri Azlina menceritakan kisah seminggu mereka dan hilai tawa mereka berdua terhenti apabila mereka telah pun sampai di tempat yang ditujui

Dialog pun bermula sekali lagi.......

Azlina :   Aduh dah penat kita jalan jalan ni. Lengoh dah kaki ayang

Azril   :   Tu lah abang pun rasa macam tu jugak, apa kata kita kita duduk kejap.

Azlina :   Sebelum kita pergi makan malam, kita nak pergi mana?

Azril   :   Kita duduk sat,  lepaih maghrib nanti kita pi makan........

10 minit kemudian.............

Azril   :   Sayang apa kata pi sekarang?

Azlina :   Ok jugak tu, kalau abang nak tau lokasi kedai makan dekat Tanjung Lumpur

Azril   :   Tentu sedap kan makanan kat sana.

Arkian, kami pun bergerak menuju ke Tanjung Lumpur dan 5 minit kemudian kami pun sampai di Restoran Makanan Laut WWR. Kami pun turun dari kereta dan duduk di tempat yang disediakan, hatta datanglah  pelayan restoran tersebut mengambil pesanan dan dia juga memaklumkan pada kami menu yang istimewa adalah Mee Segera Ketam. Tanpa berlengah lagi kami pun memesan mee segera ketam tersebut dan 15 minit kemudian pesanan yang kami pesan pun sampai. 

Azril   :   Besaqnya ketam ni, tentu sedap kan?

Azlina :   Tu lah kan abang, jom kita makan

Azril   :   Jom tak sabaq sabaq nak makan ni......

20 minit kemudian setelah habis kami makan, kami pun pulang ke rumah dan meninggalkan kenangan yang indah makan di restoran makanan laut tersebut. Apa yang penting, kami akan pergi makan lagi disana..................................

 Isteri tercinta disebelah kereta kesayangangannya ketika dirumah kami di Kuantan
.
Puan Azlina tersenyum ketika berjalan jalan di bilik pameran
.
 Tengok dah dapat makan dah ketam ni, sedap betoi
.
Punya besaq ketam sampai nak keluaq dari mangkuk tanah tu