Tuesday, May 31, 2011

Azril Azlina @ Taman Botanikal Melaka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
.
Azril Azlina @ Taman Botanikal Melaka

Catatan 03/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan isteri tercinta di negeri Melaka dan lawatan sekitar ke tempat menarik yang ada disana. Setelah isteri Azril tamat berkursus lalu kami terus bersiap untuk balik. Kami pun mendaftar keluar dari hotel Emperor dan sempat juga kami bergambar dihadapan hotel tersebut. Disebabkan Azril dan Puan Azlina bercuti pada keesokkan harinya maka kami pun bercadang untuk melawat beberapa tempat yang menarik sekitar Melaka. Apa yang penting kami harus sampai ke Kuantan sebelum tengah malam ataupun sebelum esok pagi disebabkan esok malam Azril akan menaiki bas balik ke Bukit Mertajam.

Setelah setengah jam perjalanan kami pun berhenti makan disebuah kedai yang menyajikan nasi beriani, apakan daya Azril terlupa nama kedai tersebut tetapi nasi beriani yang disajikan memang sedap setaraf nasi beriani Bukit Mertajam. Setelah 20 minit kami pun bergerak satu tempat yang kami teringin sangat hendak pergi iaitu Taman Botanikal Melaka. 

Setelah sampai disana kami pun menyewa sebuah kenderaan elektrik yang dinamakan buggy yang terdapat disana. Setelah kami diterangkan tentang kegunaan kenderaan tersebut maka Azril dan Puan Azlina terus menaiki kenderaan tersebut dan berpusing pusing sekitar Taman Botanikal Melaka. Apa yang menariknya kami diberi peringatan agar tidak melebihi masa jika kami melebihi masa kami harus membayar jumlah masa yang kami lewatkan. Selain dari itu Azril dan Puan Azlina juga diterangkan bahawa kenderaan tersebut anya boleh bergerak 20km/j sahaja.

Azril duduk dihapan sebagai penunggang kenderaan tersebut manakala isteri tercinta duduk dibelakang Azril sebagai pembonceng. Maka pengembaraan kami pun bermula dengan keadaan yang sungguh meriangkan dimana kami dapat melihat keindahan flora ciptaan Allah SWT yang terdapat disana

Azril diatas kenderaan elektrik yang dinamakan buggy
.
Senyuman dari seorang suami berlatarbelangkan alam yang sungguh menenangkan
.
Giliran isteri tercinta menaiki kenderaan elektrik tersebut
.
Seorang jejaka kacak sedang memikirkan sesuatu
.
Terdapat gangguan perjalanan :)
.
Puan Azlina bergambar disebelah pokok bunga jarum yang indah
.
Kelihatan bunga Azril yang jelita bergambar berlatarbelakangkan bunga orkid yang cantik
.
Kita rehat dulu........
.
Antara tumbuhan yang terdapat di Taman Botanikal Melaka
.
Azril dihadapan papan tanda yang menerangkan sejarah Taman Botanikal Melaka
.
Antara bunga bungaan yang indah yang terdapat di Taman Botanikal Melaka
,
Setelah kami memulangkan kenderaan "buggy" tersebut kami pun meronda sekitar Taman Botanikal dengan berjalan kaki. Memang cantik tempat tersebut, tiada langsung sampah yang ditemui yang ada hanyalah daun daun kering sahaja. Setelah 2 jam kami disana kami pun bercadang untuk ke tempat menarik yang lain pula. Kalau diikutkan hati memang kami berat hati untuk meninggalkan Taman Botanikal tersebut disebabkan ketenangan yang ada disana, tapi apakan daya kami peruntukan masa kami tidak mencukupi. Selepas kami keluar dari Taman Botanikal Melaka kami pun bercadang untuk ke tempat yang lain pula di negeri Melaka dan menghayati keindahan alam yang terdapat disana.

Wednesday, May 25, 2011

Azril Azlina @ Zoo Melaka

Azril Azlina @ Zoo Melaka

Catatan 02/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan isteri tercinta di negeri Melaka. Setelah Puan Azlina berkursus di sebelah siangnya dan waktu malam kami dihiasi dengan lawatan ke tempat menarik yang ada di negeri Melaka, antara tempat yang sempat kami lawati adalah Zoo Melaka. Kami tertarik untuk berkunjung diwaktu malam adalah disebabkan kami ingin menikmati keadaan zoo tersebut dan fauna yang ada disana ketika malam menjelma.

Perjalanan kami bermula pada jam 7.40 malam dari Hotel Emperor terus ke Ayer Keroh Melaka. Destinasi pertama kami adalah di medan selera yang terdapat disana, seperti biasa kami akan memilih makanan yang kami jarang makan dan yang tidak terdapat di tempat kami. Setelah makan kami terus bertolak ke Zoo Melaka. Kami sampai disana agak awal disebabkan tempat letak kereta masih lagi kosong. Setelah kami membeli tiket kami pun masuk ke dalam zoo tersebut dan alangkah terkejutnya kami pabila mendapati begitu ramai pengunjung yang sampai disana.

Rupa rupanya mereka semua berkumpul disitu adalah untuk menunggu kenderaan khas untuk membawa penumpang mengilingi zoo tersebut. Azril dan Puan Azlina turut serta dengan ratusan pengunjung yang lain untuk menaiki kenderaan tersebut. Setelah 5 kali kenderaan tersebut berulang alik barulah sampai giliran azril dan isteri tercinta. Apa yang menarik ketika berada diatas kenderaan tersebut Azril dan isteri tercinta diceritakan tentang haiwan haiwan setiap kali kami melintasi kandang haiwan tersbut. Selain itu pemandu kenderaan tersebut akan menyuluh lampu kearah kandang haiwan tersebut.

Tiba tiba pemandu memberhentikan kenderaan tersebut dan kami pun disuruh turun bagi melihat harimau dan singa yang terdapat disana, pemandu tersebut memaklumkan pada kami agar naik semula ke kenderaan tersebut setelah 10 minit. Azril dan isteri tercinta pun mengambil peluang untuk mengambil gambar tetapi apakan daya gambar yang kami ambil semuanya gelap gelap sahaja. Cuba bayangkan Azril yang berkulit gelap bergambar diwaktu malam, terus tak nampak.

Azril dan isteri tercinta berjalan jalan dan membaca penerangan tentang haiwan yang ada  disana dengan tiba tiba kami disapa oleh petugas zoo tersebut yang memaklumkan pada kami tentang haiwan tersebut dan dia terus menerangkan pada kami tentang jenis dan habitat asal haiwan tersebut. Ikhlas Azril cakap memang baik perkerja tersebut dan Azril terlupa namanya, jika tidak tentu Azril akan letak namanya disini. Setelah itu kami pun menaiki kenderaan khas yang disediakan dan kami pun sampai di tempat dimana kami beratur tadi. Sebelum kami turun pemandu memberitahui kami bahawa terdapat pameran haiwan yang diawet di bangunan zoologi. Kami pun terus kesana setelah 15 minit kami pun pulang semual ke hotel.

 Puan Azlina ketika dihadapan pintu masuk Zoo Melaka
.
 Nampak sedap tak ikan tu kalau bakar tentu lagi sedap
.
Comelnya isteri tercinta ketika memakai topi tersebut :)

Thursday, May 19, 2011

Cuti Cuti Malaysia Melaka Bandaraya Bersejarah Kali ke 3

Cuti Cuti Malaysia Melaka Bandaraya Bersejarah Kali ke 3

Catatan 01/04/2011

Perjalanan kali ini merupakan percutian Azril dan Puan Azlina ke Melaka untuk kali ke tiga. Sebenarnya ini bukanlah percutian yang dimana Azril dan isteri tercinta akan meluangkan masa kemana mana melawat tempat bersejarah disana. Apa yang pasti percutian ini merupakan percutian sambil berkursus dimana insan yang terlibat dengan kursus tersebut adalah Puan Azlina dan kehadiran Azril disana adalah untuk menemani isteri tercinta berkursus.

Azril dan isteri tercinta memulakan perjalanan dari Kuantan pada awal pagi dan kami singgah di beberapa hentian rehat di Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara Selatan untuk berhenti rehat dan makan. Akhirnya setelah 5 jam kami pun sampai setelah menempuh perjalanan sejauh 380km. Apa yang menarik sepanjang perjalanan tersebut kami asyik bercerita antara satu sama lain dan tanpa disedari kami telah pun sampai di Bandaraya Melaka.

Setelah kami sampai kami pun terus mendaftar hotel di Hotel Emperor Melaka Azril dan isteri tercinta bernasib baik disebabkan dewan hotel yang kami tinggal merupakan tempat berkursus dan ini memudahkan isteri Azril untuk berkursus. Apa yang menarikya tempat penginapan kami adalah di tingkat 21 hotel Emperor dan kami dapat menikmati pemandangan indah dari sekitar Bandaraya Melaka melalui tingkap. Pada petangnya kami pun terus mencari kedai makan berdekatan, setelah kami makan kami sempat juga melawat beberapa tempat yang bersejarah dan menarik.


Azril dari ketinggian tingkat 21 dan menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka
.
Isteri tercinta sempat merakam gambar sebelum turun ke tempat kursusnya
.
Pasangan kekasih dunia dan akhirat
.

Thursday, May 05, 2011

Azril Demam, Batuk, Sakit kerongkong, Selsema dan Sakit Sendi

Azril Demam, Batuk, Sakit kerongkong, Selsema dan Sakit Sendi
.
Beginilah keadaan diri Azril sejak dari hari Ahad yang lalu. Sepatutnya Azril berada di Bukit Mertajam meneruskan kerja seharian tetapi disebabkan demam, batuk, sakit kerongkong, selsema dan sakit sendi meyebabkan Azril bercuti sakit dan dijaga oleh isteri tercinta di Kuantan.
.
Isnin yang lalu Azril dan Puan Azlina ke Klinik Jaya Gading Pahang dan kami tiba disana pada jam 8 pagi, pesakit telah pun ramai datang dan Azril pun terus mengambil nombor. Alangkah terkejutnya Azril pabila mendapati bahawa giliran Azril adalah di nombor 73. Azril terus sabar menunggu dan syukur Alhamdulilah setelah sejam menunggu sampailah giliran Azril.
.
Setelah Azril diperiksa oleh Pegawai Kesihatan tersebut dan dia mendapati bahawa demam Azril agak teruk dan Azril perlu membuat pemeriksaan darah bagi penyakit denggi dan selsema babi H1N1. Syukur Alhamdulilah setelah 20 minit azril terus diberikan keputusan dan Azril tidak menghidap penyakit berbahaya tersebut.
.
Setelah berjumpa dengan Pegawai Kesihatan tersebut Azril pun disuruh mengambil ubat antibiotik dan diberikan cuti sakit. Setelah sampai di rumah Azril terus merehatkan diri bagi melegakan sakit sendi, sakit kepala, sakit tekak dan lenguh lenguh tulang.

 Dah Tak boleh nak senyum. :(
.
 Hasil pemeriksaan dan slip pemeriksaan darah
.
Sijil Cuti Sakit
.