Tuesday, September 07, 2010

Luahan hati azril 28 Ramadhan 1431 Hijrah



 Luahan Hati Azril 28 Ramadhan 1431 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Jam menunjukkan pukul 11.15 malam masih terlalu awal lagi untuk aku tidur. Sejak balik dari solat Tarawih pada pukul 10.15 malam tadi fikiranku berasa tidak menentu. Aku pun tidak tahu kenapa, aku cuba capai kamera dan aku cuba mengambil gambarku dalam keadaan senyum tetapi hatiku masih tidak gembira.

Lalu aku pun mengemas beg aku disebabkan aku akan pulang ke Pahang malam esok dan setelah beg dikemas lalu persoalan tersebut muncul lagi dalam fikiranku ini.

Apa yang pasti usia bulan Ramadhan 1431 Hijrah ini berada di tahap hampir penghujungnya tetapi ............

Aku sebenarnya ingin bertanya pada diriku sendiri apakah aku...........

Aku memang mengaku aku memang kekurangan amal ibadah didalam bulan yang mulia ini........

Adakah Allah SWT menerima segala amal aku yang teramat sedikit ini...........

Apa yang pasti amalan aku yang sedikit ini tidak mampu membasuh segala dosa yang aku lakukan.....

Andai inilah Ramadhan terakhir bagiku adakah dengan amalan yang sekecil ini aku akan mempersembahkan pada Allah nanti....................

Ya Allah  Ampunilah dosa hambaMu ini......... hambaMu ini kerdil hina Ya Allah..........

Ya Allah hambaMu ini tidak terdaya menaggung dosa yang banyak ini Ya Allah......

Ya Allah hambaMu ini malu denganMu Ya Allah disebabkan dosa yang banyak ini.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun ampunkanlah dosa hambaMu ini............ Ya Allah hambaMu ini tak sanggup menempuh azan nerakaMu Ya Allah..........

Ya Allah hambaMu ini tidak memanfaatkan Ramadhan Ya Allah........... hambaMu ini lemah Ya Allah....

Ya Allah hambaMu yang tepu hina bersalut dosa ini merayu padaMu agar dipanjangkan umur hambaMu ini agar dapat hambaMu ini bertemu Ramadhan di tahun depan Ya Allah....................


Papan Tanda Yang Menarik - Bahagian 2



Papan Tanda Yang Menarik - Bahagian 2

Sepanjang perjalanan Azril dengan menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kuantan setiap minggu Azril akan ternampak pelbagai jenis dan betuk papan tanda, setiap hari pelbagai jenis papan tanda didirikan. Aku juga melihat berbagai bagai papan tanda yang memberikan makluman dan kesedaran, ada yang menarik ada yang tidak.

Tapi Azril sukar hendak melupakan papan tanda yang Azril letakkan gambar diatas. Lokasi gambar papan tanda tersebut adalah di Bandar Kuantan. Azril merasakan papan tanda tersebut akan memberikan kesedaran pada yang orang yang membacanya dan sesiapa yang suka memotong barisan. Terima Kasih pada JKR Kuantan yang menyediakan papan tanda tersebut.

.......................................................................
...........................................................
................................
.......
.
Semoga dengan adanya papan tanda tersebut dapat menyedarkan Azril dan sesiapa sahaja yang suka memotong barisan