Monday, December 13, 2010

Hari Selasa Azril Azlina @ Dataran Pahlawan dan Gerai Ikan Bakar Umbai Melaka

 Hari Selasa Azril Azlina @ Dataran Pahlawan dan Gerai Ikan Bakar Umbai Melaka

Pada Hari Selasa yang lalu bersamaan dengan 07/12/2010 Azril dan Isteri Tercinta Puan Azlina ke Melaka. Ini bukanlah percutian yang dirancang bagi merehatkan minda atau cuti berbulan madu tetapi ini adalah kerana isteri Azril berkursus disana. Setibanya di Melaka kami pun terus mendaftar hotel dan kami berdua pun merancang untuk keluar sekejap ini adalah kerana isteri Azril mencari bahan bahan tambahan bagi mempersiapkan kerja untuk persembahan di kursus nanti.

Destinasi pertama kami pabila sampai adalah di Dataran Pahlawan yang menempatkan Melaka Megamall. Setelah kami menjumpai barang yang dicari kami pun bercadang untuk makan di Kedai Ikan Bakar Umbai Melaka. Sebelum kami meninggalkan Dataran Pahlawan kami sempat juga bergambar disana. Sebelum pergi Umbai Azril pun menelefon adik Azril iatu Encik Azil Fikri yang berada di Kem Tentera di Melaka. Tujuan Azril menelefon adik Azril adalah kerana Azril dan Isteri tercinta hendak melawat dia disana.

Banyak kali juga Azril menelefon Encik Azril Fikri setelah panggilan yang ketiga barulah dijawap dan Azril menerima perkhabaran yang agak sedih juga iatu Encik Fikri tengah sakit sekarang dan pagi tadi dia tidak dapat pergi ke tempat kerjanya disebabkan dia tidak boleh bangun. Dengan suara yang agak lemah juga Encik Fikri juga memberitahu Azril bahawa dia sekarang berada dalam kedaan stabil dan memberitahu Azril bahawa jangan risaukan dia disebabkan dia baru sahaja menjalani rawatan. Sebelum meletakkan telefon Encik Fikri memberitahu Azril bahawa dia mahu Azril membelikan nasi goreng kampung sebab dia tidak berdaya untuk keluar membeli makanan. Sebenarnya nak menitik juga air mata Azril pabila mendengar apa yang dikatakan oleh Encik Fikri tadi sebab Azril tidak pernah mendengar suaranya selemah itu.

Lalu Azril dan isteri tercinta pun terus ke Kedai Ikan Bakar Umbai yang terletak di Umbai Melaka. Sebenarnya Azril dan Puan Azlina memang tidak tahu jalannya tetapi disebabkan kami telah melihat peta tadi melalui laman google maka kami dengan hati yang tidak berapa kering ini pun terus pergi kesana. Akhirnya kami pun sampai disana dan kami pun terus memesan makanan dan sejam kemudia makanan yang kami pesan pun sampai. Sejam ?? Memang selepas sejam baru makanan kami sampai. Sebenarnya Azril terus melupai peristiwa tersebut dan Azril tidak mahu membebel lebih lebih tentang perkara tersebut.

Setelah kami makan lalu kami pun terus menuju ke kem yang menempatkan adik dan pabila sampai disana kami pun terus bersembang antara satu sama lain. Banyak perkara yang dibincangkan tertamanya berkenaan dengan majlis perkahwinan Encik Fikri. Setelah sejam kami disana dan Azril dan isteri tercinta pun terus balik ke hotel tempat penginapan dan menninggalkan Fikri di Kemnya.


Puan Azlina ketika di Dataran Pahlawan
.

Azril ketika di atas padang di Dataran Pahlawan
.

Kami masih ditempat yang sama
.

Keadaan ketika kami di Gerai Ikan bakar Umbai
.

Azril dan Isteri Tercinta ketika di Umbai dan masih tersnyum walaupun sejam menunggu makanan
,.