Wednesday, August 10, 2011

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 2

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 2
.
Minggu lepas semasa Azril balik ke rumah isteri Azril di Kuantan sebelum berbuka puasa isteri tercinta telah membakar biskut yang bernama biskut puteri hijau. Biskut ini bukanlah biskut raya, biskut ini sengaja dibuat oleh Puan Azlina setelah mendapat resepi dari rakan sekerjanya. Apa yang menariknya keharuman biskut tersebut sewaktu ia diadun membuatkan Azril tidak senang duduk. Ini adalah disebabkan aroma yang terhasil dari proses campuran antara minyak sapi dan mentega sewaktu proses adunan. 

Keharuman biskut tersebut makin terserlah apabila proses pembakaran didalam oven dijalankan. Memang tidak dapat dinafikan air liur Azril hampir mengalir turun akibat aroma yang dihasilkan tersebut yang membuatkan Azril terus tidak sabar sabar menunggu untuk berbuka puasa. Setelah azan maghrib berkumandang memecah kesunyian senja Azril pun terus mengambil buah kurma dan biskut tersebut untuk dimakan. Memang sedap biskut tersebut dan Azril merasakan dalam tempoh 2 minggu ini akan habis biskut  tersebut dimakan oleh Azril. 

 Biskut Puteri Hijau yang siap dibakar
 Rasa rasa tahan berapa lama biskut ni

Azril Azlina @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway

Azril Azlina @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway
Catatan 27 - 29 Mei 2011
Pengembaraan kali ini diteruskan dengan Azril dan Isteri tercinta ke bandar Sunway pula. Tujuan kami ke sana adalah menghadiri kursus. Yang berkursusnya adalah Puan Azlina dan Azril adalah peneman di ketika disana. Setelah menempuh perjalanan yang gembira kami pun sampai setelah mendaftar hotel kami pun keluar berjalan jalan disekitar. Tetapi pada hari ini 27/05/2011 keseronokan perjalanan kami terbantut disebabkan 2 perkara iatu perkerja hotel yang kurang mesra, cuba bayangkan kalau pelancong asing datang mereka akan layan dengan layanan yang baik tetapi jika pelancong tempatan yang datang mereka akan layan dengan layanan yang kurang mesra tambahan peserta kursus yang dibayar penginapan oleh jabatan. Perkara yang kedua adalah kesesakan yang teramat sangat pabila waktu tengahari dan petang ketika disana.

Dipendekkan cerita setelah Puan Azlina habis berkursus kami pun terus ke kompleks membeli belah Sunway Pyramid. Inilah buat pertama kalinya Azril ke sana, dan azril pun terus meronda ronda disana apa yang membuatkan Azril tertarik adalah terdapat lapangan berais disana. Lapangan salji tersebut digunakan bagi mereka  yang bermain sukan luncur ais dan sekitar kawasan tersebut memang sejuk. Selain itu terdapat kompleks membeli belah yang menarik, memang menarik sehingga semua semua barang hendak dibeli oleh kami.

Selepas kami meronda ronda sekitar kami pun pergi mencari makanan di restoran makana segera yang terdapat disana, apa yang penting logo halal dari JAKIM perlu ada. Seperti biasa setelah makan azril akan memesan satu lagi ais kisar dan setelah kami keluar dari restoran tersebut azril terus membawa bekas minuman yang mengandungi ais kisar tersebut dan melepak sambil memerhatikan peluncur ais yang meluncur ais ketika disana. Sebenarnya Azril memang teringin sangat hendak main permainan luncur ais tersebut tetapi apakan daya     Azril masih lagi demam, oleh sebab tersebut Azril terpaksa memendam hasrat tersebut. Apa pun tidak mengapa asalkan dapat minum ais kisar selain dapat merahatkan minda dapat juga melihat orang meluncur ais.

Setelah kami penat meronda ronda kami pun pulang semula ke hotel dan pada pendapat Azril memang menarik keadaan kawasan membeli belah tersebut dengan susunannya yang menarik. Apa yang tidak menariknya adalah kenapa dan kenapa ( 8juta kali 8 juta kuasa 12juta ). Kenapa buat piramid? Kenapa buat singa yang seolah olah penjaga pada piramid tersebut? kenapa ada ukiran mesir purba dalam bangunan tersebut? kenapa ada muka firaun berbadan singa seperti sphinx yang menggambarkan firaun khuffu? kenapa perlu ada hieroglif? Kenapa pula ada patung firaun? kenapa perlu ada patung pengawal firaun? kenapa ada simbol mata yang memerhatikan segalanya? Kenapa perlu ukiran manusia yang dilaknat Allah SWT ini dibina semula? Baiklah noktah.............................

Pada 29 Mei 2011, setelah tamatnya kursus Puan Azlina kami pun terus balik Kuantan dan semasa perjalanan balik, kami pun terus singgah sebentar di Shah Alam. Lokasi kami adalah di butik Jakel, ini adalah disebabkan kami tidak pernah kesana dan tujuna kami kesana adalah untuk membeli kain. Memeng besar butik tersebut ditambah pula dengan perkerja yang peramah yang ada disana membuatkan kami berasa selesa disana.Cuba bayangkan terdapat pelbagai kain yang terdapat disana dari murah hinggalah yang mahal. Setelah sejam kami disana kami pun terus keluar dan kami pun meneruskan perjalanan kami dan kami pun sampai di Kuantan.


 Kenapa kerap sangat Azril demam sejak kebelakangan ni
.
 Seronoknya depa, kalau Azril tak demam tentu Azril dah luncur sekali
.
Senyuman gembira dari wanita yang Azril cukup cintai setelah mendapat kain yang didamkannya
.