Monday, July 12, 2010

Akhirnya Penjajah Kalah Jua

Akhirnya Penjajah Kalah Jua

Aku terasa gembira sangat apabila pasukan anjing penjajah semuanya kalah dan dimalukan. Akhirnya dalam pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 menyaksikan pasukan negara yang dahulunya gagah menjajah tahairku telah kalah dan dimalukan.

Bermula dengan kekalahan pasukan penjajah Jepun ditangan pasukan Paraguay 3-5. Ombak kekalahan pasukan anjing penjajah diteruskan dengan kekalahan Penajajah Portugis di tangan Sepanyol 0-1. Nampaknya gelombang kekalahan pasukan anjing penjajah diteruskan lagi apabila anjing penjajah British telah kalah ditangan Jerman 1-4. Gelombang ombak pelabuhan yang besar melanda pasukan penjajah ketika di perlawanan akhir yang berakhir 5.00 pagi tadi apabila kalahnya pasukan Anjing penjajah Belanda ditangan Sepanyol 0-1.

Aku seronok sangat apabila mengetahui kesemua pasukan anjing penjajah telah kalah didalam Piala Dunia 2010.

Walaupun Sepanyol menang tetapi hatiku benci sangat disebabkan keturunan rakyat Sepanyol telah menghapuskan kerajaan Islam Bani Umaiyah yang diasakan oleh Amir Abdul Rahman Al Dakhil di Sepanyol. Datuk nenek rakyat Sepanyol juga telah menghitamkan masjid Mezquita Del Cristo De La Luz, masjid Mezquita de las Tornerías, istana al Hambra, Masjid Cordoba. Semasa penyerahan Granada pada 1492 terdapat ratusan masjid di Cordova tetapi semua telah dimusnahkan dan dibakar serta dijadikan gereja

Ingat tak 02 Januari 1492, dengan airmata Granada deserahkan pada Ferdinand dan Isabela dan sehingga bonda Sultan Abu Abdullah XII berkata kata "menagislah seperti perempuan anakku kerana engkau tidak dapat mempertahankan empayarmu seperti lelaki". Majlis granada merayakan perayaan ini setiap tahun. Empayar Islam di Sepanyol yang bermula pada 711 hingga 1492 telah tamat secara rasminya.

Ingat tak Perjanjian Granada 1491(Treaty of Granada) yang dibuat oleh anjing Ferdinand dan anjing Isabela antara Sultan Abu Abdullah XII dimana antara perjanjian tersebut adalah :-

(Orang Islam dibenarkan bersembahyang di dalam masjid dan muazin dibenarkan melaungkan azan setiap waktu) tetapi kenyataannya adalah umat Islam disuruh menukar agama dan masjid dijadikan gereja.

(Tawanan perang semasa pengepungan Granada hendaklah dibebaskan) tetapi kenyataannya tawanan Islam habis dibunuh oleh mereka.

(Orang Kristian tidak dibenarkan mengeledah dan memasuki rumah orang Islam) tetapi kenyataan nya adalah pada 1 April 1492 tentera Kristian telah mengeledah dan memasuki rumah semua umat Islam di Granada dan membunuh mereka semua. Sebelum itu mereka telah berkata bahawa ada kapal menunggu untuk orang Islam keluar dari Cordoa tetapi pada April 1492 mereka memungkiri jajnji mereka dan mereka merayakan hari tipu daya sehingga kini yang dinamakan April Fool.

Untuk maklumat berkenaan Perjanjian Granada 1491(Treaty of Granada) sila cari dalam enjin carian google.

Setelah kunci kota Granaga diserahkan pada mereka mereka pun membatalkan Perjanjian Granada 1491(Treaty of Granada) dan mereka membunuh sewenang wenangnya penduduk Islam sehingga di tepi pantai airnya telah menjadi hitam akibat darah yang banyak. Mereka memasuki masjid dan membuat pengistiharan bahawa mereka mahukan semua penduduk Islam agar memeluk Kristian jika tidak mereka akan membunuh.

Gejala murtad menjadi jadi di waktu itu tetapi ada yang masih memelihara akidahnya bersembunyi didalam rumah dan tentera Kristian datang dan membunuh yang lelaki dan perempuan terus dicabul. Jalan jalan sekitar masjid menjadi merah kehitaman akibat darah penduduk Islam. Jeritan, rapatan tangisan dan takbir memecah kesunyian. Akhirnya hampir pupus pendudk Islam akibat kekejaman tentera Kristian

Kebiadapan Ferdinand dan Isabela makin terselah dan akhirnya mereka telah menculik puteri Sultan yang bernama Aishah dan terus dibaptiskan dan setrusnya dijadikan gundik raja.

Sehingga kini di Sepanyol mereka telah memudarkan Islam disana sehingga di masjid Cordova dan Istana Al Hambra terus diajdikan gereja dan diukir ukiran Kristian. Memang biadap.........

Baru baru ini tersebar cerita yang mengatakan bahawa umat Islam meminta agar mereka boleh bersembahyang di bekas masjid Cordova dan cadangan tersebut ditentang keras oleh paderi Juan Jose Asenjo.

...............................................
...........................
.........
.
Amat malang sekarang ini masyarakat kita lupa tentang sejarah. Kita harus tahu belajar sejarah bukan untuk maki hamun orang lain tetapi untuk mengetahui apa yang tidak diketahui dan mengapa ia terjadi dan kita nehdaklah belajar daripada sejarah agar sejarah tidak lagi berulang
.
Aku suka sangat pejalaran sejarah waktu kat sekolah dulu
.