Monday, November 21, 2011

Azril Azlina Lawatan Di Dunia Hidupan Air Langkawi

Azril Azlina Lawatan Di Dunia Hidupan Air Langkawi
Catatan 02 Oktober 2011

Catatan ini merupkan kesinambungan lawatan kami di Pulau Langkawi dan pulau sekitarnya. Setelah tamatnya kursus Puan Azlina untuk hari tersebut, kami pun terus keluar dari hotel menuju ke satu tempat yang bagi kami memang menarik. Tempat yang dimaksudkan itu adalah Dunia Hidupan Air Langkawi atau secara tepatnya Underwater World Langkawi.

Azril dihadapan akuarium besar
.
Isteri tercinta dihadapan akuarium penguin
.
Ini bukanlah di luar negara tapi ini adalah di Pulau Langkawi
.
Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengaan pengui besar :)
.
Cabtiknya penguin penguin tu rasa macam nak bela saja
.
Udang ni panjangnya tak sampai satu inci kalau goreng tentu rapuh dan sedap
.
Jangan sentuh bahaya ni
.
Antara hidupan laut yang terdapat di sana
.

Udang ni pun sedap kalau makan ni
.
Ikan ni paling sedap kalau  goreng
.
Antara spesis ikan yang menarik yang terdapat disana
.
Batu karang yang cantik. Rasa macam nak bela kat rumah saja
,
Jangan sentuh nanti nahas......
.
Ikan Sungai Amazon ni kalau makan tentu kenyang sampai esok

Thursday, November 10, 2011

Azril Azlina mengembara di pulau pulau sekitar Langkawi

Azril Azlina mengembara di pulau pulau sekitar Langkawi
Catatan 1 Oktober 2011

Kisah kali ini merupakan kesinambungan pengembaraan kami di Pulau Langkawi, setelah kami mengambil kereta sewa kami pun terus ke stesen minyak yang berdekatan. Setelah minyak diisi kami pun terus ke jeti bot penumpang yang akan membawa kami ke pulau. Setelah sampai kami pun membayar tambang dan kami pun terus ke tempat menunggu. Sepuluh minit kemudian pekerja kaunter memaklumkan pada kami agar masuk kedalam bot. Apa yang menariknya Azril dan Isteri tercinta sahaja yang berpakaian biasa manakala orang lain yang juga penumpang bot memakai pakaian seperti hendak berkelah.

Enjin bot pun dihidupkan dan pemandu bot pun memberitahu kami semua bahawa keselamatan kami perlu dijaga dimana sahaja dan kami disuruh mengetatkan jaket keselamatan, dalam masa 5 minit bot pun meninggalkan jeti. Azril memang tak pasti berapalah kelajuan bot tersebut dan apa yang Azril pasti bot berkenaan bergerak dengan laju, sehingga kami terhuyung hayang pabila bertembung dengan ombak besar. Apa yang menariknya kami pun turut sama tersimbah dengan air ketika bot melanggar ombak besar dan apa yang penting kami memang seronok dan terhibur dengan fenomena alam. Inilah juga pengalaman pucat Azril dan Puan Azlina buat kali kedua setelah turun dari pesawat tadi.

Setelah 15 minit melawan ombak tiba tiba pemandu bot memberhentikan botnya dan kami diberitahu bahawa destinasi kami yang pertama adalah Pulau Dayang Bunting dan pemandu bot juga menunjukkan pada kami keadaan bukit yang terdapat disana seperti wanita yang sedang mengandung. 5 minit kemudian kami pun sampai disana dan kami diberi peruntukkan masa serta kami perlu kembali ke bot berkenaan setelah sejam. Setelah turun dari bot kami pun terus melalui jejantas simen dan perjalanan kami terganggu disebabkan beberapa ekor monyet menyerang pelancong yang datang disebabkan monyet tersebut mendengar bunyi plastik. Setelah keadaan menjadi reda kami pun meneruskan perjalanan.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting pengunjung perlu mendaki bukit dan kami pun bersama sama pengunjung yang lain mendaki bukit yang agak tinggi. Setelah sampai di puncak bukit Azril pun terpandang Tasik Dayang Bunting dan tiba tiba hati Azril menjadi sedikit sayu, Azril pun tidak tahu kenapa Azril berperasaan demikian. Sesampainya kami di puncak bukit, kami perlu turun semula ke bawah tetapi kali ini perjalanan perlu berhati hati disebabkan tangga simen agak curam.

Kami pun terus ke pelantar yang disediakan dan kami juga melihat puluhan pengunjung lain sedang bersukaria bermandi-manda disana ada yang memakai jaket keselamatan dan ada yang tidak. Azril dan Puan Azlina pun menghampiri gigi air dari atas pelantar kami pun bermain air dengan mengocakkan kaki ke dalam air tasik tersebut. Keadaan tasik tersebut agak tenang disebabkan keadaannya yaang dikelilingi oleh bukit dan airnya berwarna hijau dan Azril merasakan bahawa tasik tersebut memang dalam. 

Percubaan pertama Azril dengan merasa air tersebut dan Azril memang terkejut pabila air tersebut terasa tawar dan ini menunjukkan bahawa air masin dan air tawar tidak bercampur didalam tasik tersebut. Percubaan kedua Azril adalah membasuh muka dengan air tasik tersebut dan Azril merasakan air tersebut  agak halus, ini adalah kerana pabila muka Azril dibasuh terasa seperti minyak minyak yang ada terus hilang. Ini menunjukkan molekul air yang terdapat disana memang halus. (bukti saintifik diperlukan)

Setelah agak lama Azril dan isteri tercinta di tasik kami pun mendaki bukit semula untuk naik keatas dan turun semula untuk ke jeti. Semasa perjalanan kami melintasi jejantas untuk ke jeti perjalanan kami terhenti disebabkan jeritan pengunjung pabila sekumpulan monyet mengacah untuk menerkam mereka. Setelah kedaan menjadi reda kami pun terus ke jeti. Semasa menunggu di jeti Azril pun terjumpa dengan sepupu Azril iatu Arham yang turut sama bercuti di Langkawi bersama rakan sekerjanya. Pabila bot kami sampai kami pun terus naik ke bot tersebut. 

Pengembaraan kami diteruskan pula ke sebuah lagi pulau yang terkenal di Langkawi, pulau tersebut dinamakan Pulau Singa Besar. Dari jauh kami melihat puluhan burung helang terbang diudara dan setelah kami berada agak dekat dengan lokasi burung helang tersebut pemandu bot memberhentikan botnya. Beliau memaklumkan pada kami bahawa burung helang tersebut akan menyambar perut ayam yang baling ke udara, selain itu beliau juga menerangkan pada kami bahawa sekarang ini pengunjung tidak dibenarkan mendarat di Pulau Singa Besar disebabkan jeti telah rosak. Kami pun mengambil keputusan untuk mengambil gambar burung helang yang terbang diudara. Setelah agak lama kami berada didalam bot memerhatikan burung helang diudara, pemandu bot pun terus meluncurkan botnya ke satu lagi destinasi pulau. 

Pengembaraan kami kali ini ke Pulau Beras Basah dimana kami diberi masa selama sejam untuk berada di pulau tersebut. Pulau Beras Basah merupakan pulau yang tenang dimana pasirnya agak memutih dan keadaan  bayu bertiup sepoi bahasa cukup menyamankan dan mentenramkan sesiapa saja yang berada disana. Sambil melayan bayu yang bertiup kami juga sempat juga melihat telatah monyet liar yang berada disana dimana mereka menyambar apa sahaja barangan plastik. Keadaan ombaknya yang kurang deras dan keadaan pantainya yang cantik menyebabkan sesiapa sahaja yang berkunjung kesana akan berasa seperti hendak mandi di sana, tetapi apakan daya kami tidak membawa pakaian tambahan.

Sejam kemudian kami pun menaiki bot semula dan kami terus meluncur membelah ombak sehinggalah kami sampai di pantai Pulau Langkawi. Setelah sampai kami terkejut melihat pinggan yang dihiasi dengan gambar Azril san isteri tercinta dijual disana. Rupa rupanya pekerja jeti telah mengambil gambar kami sewaktu kami berjalan menuju ke bot awal pagi tadi. Setelah bayaran dibuat kami pun bergegas menuju ke kereta yang kami sewa tadi dan kami pun bercadang untuk kedai makan yang berdekatan. Setelah selesai kami makan, kami pun terus balik ke hotel tempat penginapan kami di Pekan Kuah Pulau Langkawi............


 Senyuman masih lagi boleh diukir diwajah masing masing dikala bot masih jeti 
(tapi lepaih tu masing masing ketaq)
.
 Pulau Dayang Bunting
.
 Isteri tercinta dihadapan papan penerangan Tasik Dayang Bunting
.
Senyumanmu penawar segala-galanya bagiku.  
.
 Punya sakan pi main ayaq tasik sampai baju pun basah
.
 Isteri tercinta ketika di jeti Pulau Dayang Bunting
.
 Puluhan burung Helang yang terbang bebas diudara
.
Dah lapaq dah ni, enjin qeta pun dah idup, jom kita makan dulu

Wednesday, November 02, 2011

Azril Azlina Mengembara di Pulau Langkawi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

Azril Azlina Mengembara di Pulau Langkawi
Catatan 1-3 Oktober 2011

Pengembaraan Azril dan isteri tercinta kali ini diteruskan di Pualu Langkawi pula dan pulau pulau yang berdekatan demi mencari kebenaran sejarah. Oh ya ka? Tidak, tujuan utama kami kesana adalah kerana isteri tercinta Puan Azlina berkursus disana pada 1 hingga 3 Oktober 2011. Perjalanan kami dimulakan pada jam 6.30 pagi dari kuarters Bukit Mertajam dan perjalanan yang riang gembira terhenti sebentar di kedai makanan segera dan perjalanan diteruskan semula dan nasib menyebelahi kami pada waktu tersebut keadaan trafik diatas Jambatan Pualu Pinang bergerak lancar.

Pada jam 7.00 pagi kami pun sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan kami pun menukar tiket penerbangan dari kertas A4 yang dicetak kepada tiket disebabkan kami membeli secara dalam talian. Tidak lama kemudian paparan tv di lapangan terbang pun menunujukkan bahawa bahawa penumpang pesawat Firefly dibenarkan masuk ke balai perlepasan, tanpa berlengah kami pun terus masuk ke tempat pemeriksaan keselamatan dan menuju ke balai berlepas. Setelah Azril dan isteri tercinta masuk ke balai perlepasan kami pun duduk dibangku yang disediakan dan kami pun mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar diantara sama sama lain. Akhirnya satu pengumuman telah berkumandang yang menyuruh agar penumpang pesawat Firefly beratur dan kami pun terus masuk ke dalam pesawat dan tepat pukul 8 pagi pesawat pun memulakan penerbangannya 

Perasaan gembira, gemuruh dan teruja menguasai diri Azril pada waktu itu. Gemurunya Azril adalah disebabkan Azril memang gayat dengan ketinggian walaupun Azril pernah menaiki kapal terbang manakala perasaan gembira dan teruja pula adalah disebabkan inilah kali pertama Azril dan Puan Azlina menaiki kapal terbang bersama sama. Setelah lama kami diudara kami pun mendengar peramugari bertugas memaklumkan pada kami bahawa lampu tali pinggang keselmatan telah dipadamkan dan peramugari bertugas pun menghidangkan pada pada kami jus buah buahan. 

Tidak lama kemudia kami pun diberitahu oleh juruterbang melalui pembesar suara bahawa kami berada ribuan kilometer dari aras laut dan pesawat meluncur diudara dengan kelajuan ratusan kilometer sejam. Sedang Azril dan Puan Azlina asyik memerhatikan pemandangan dari udara, tiba tiba bunyi amaran tali pinngang dibunyikan yang mengkehendaki agar semua penumpang pesawat memakai tali pinggang. Pada waktu itu juga peramugari bertugas juga menceritakan tentang langkawi yang sekarang ini dikenali sebagai "Langkawi Geopark", ia juga mengandungi 99 pulau yang mengelinginya dan menjadikan Pualu Langkawi sebagai tempat tumpuan dunia dalam pelbagai acara. 

Sedang kami asyik mendengar penerangan yang diberikan kami pun memandang kerah tingkap dan memerhatikan kearah bawah dan "Subhanallah" adalah ayat yang keluar dari mulut kami pabila melihat puluhan pulau yang berada sekitar Pulau Langkawi, sungguh indah alam ciptaan Allah. Tidak berapa lama kemudian pesawat pun mula merendahkan penerbangannya dan 5 minit kemudian dengan lembut sekali pesawat mendarat di bumi Langkawi pada jam 8.45 pagi. 

Setelah turun dari pesawat kami pun terus masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Langkawi dan kami ke kaunter kereta sewa untuk menyewa kereta. Setelah berfikir dan berbincang kami pun mengambil keputusan untuk menyewa pacuan empat roda. Pemilihan tersebut adalah kerana kami ingin meronda ronda sekitar Pulau Langkawi dan meredah setiap mukabumi yang ada disana. Setelah bayaran dibuat pegawai di kaunter tersebut memaklumkan pada kami bahawa kenderaan yang akan kami sewa terdapat di luar lapangan terbang iatu di tempat letak kereta.

Tiba tiba pegawai di kaunter pun memaklumkan pada kami sesuatu..........

Pegawai : Adik tau tak satgi pukui 9.30 pagi nanti ada bot nak pi kat 3 pulau yang paling terkenai kat Langkawi ni, kalau adik nak pi satgi akak habaq kat depa suruh tunggu adik.

Azril  : Pulau?......... oklah akak kami nak pi, nak tunggu kat mana?

Pegawai : Adik kena pi kat hujung ambik papan tanda hotel ''''(lupa nama dia) lepaih tu nanti adik kena pi tunggu kat depa punya kaunter, kaunter depa kat betui betui tepi jeti. Takpa satgi akak bagi nombor telefon adik kat depa satgi depa talipon. Tapi sebelum nak jalan qeta yang adik sewa tu kena isi minyak dulu kat depan ni ada kedai minyak

Azril : Terima Kasih akak.

Selepas itu Azril pun mendapatkan kereta yang kami sewa dan pergi ke stesen minyak dan kami pun terus bergerak untuk ke jeti bot yang akan membawa kami ke PULAU...............

 Kami ketika di Balai Berlepas
.
Kami ketika di udara masih lagi gayat.
.
 Pemandangan dari udara
.
 Gumpalan awan yang cantik
.
Kecantikan alam ciptaan Allah SWT
 Masih lagi gayat sampai tak boleh nak senyum
.
 Ketika sampai di Lapanagan terbang Antarabangsa Langkawi.
.
 Isteri tercinta ketika di ruang legar lapangan terbang
.
 Azril ketika dihadapan deretan kedai bebas cukai yang terdapat di Lapangan Terbang
.
 Dibawah bumbung oren dihadapan lapangan terbang
.
Puan Azlina dihadapan kenderaan yang kami sewa