Tuesday, September 27, 2011

Tambang Kapal Terbang Dari Pulau Pinang ke Kuantan hanya RM 50

Tambang Kapal Terbang Dari Pulau Pinang ke Kuantan hanya RM 50

Dalam kecelaruan fikiran melihat industri penerbangan yang terumbang ambing berada dalam kerugian yang tiada terpermanai angkanya dan penukaran saham yang merugikan serta bijak pandai dalam ekonomi berkata ia adalah tadbir urus korporat yang baik walaupun hakikatnya yang pahit perlu ditelan. Penajaan baju demi penjenamaan yang menghancurkan banyak wang ditambah pula ada anak syarikat penerbangan terpaksa dikorbankan demi kewujudan penerbangan baru disebabkan kedua dua korporat telah bersalaman........ Tolonglah.......... hentikan semua ini. Kenapa teruk sangatkah semua ini sehingga terpaksa meminta pendapat dan pandangan orang lain. Dimana semua orang orang yang berkelayakkan dalam entiti tersebut. Adakah ia adalah jasad yang gah dipandang dan diipuja tetapi tiada roh yang menyelimuti dirinya sehingga.......

Sebelum Azril terus merepek, baik Azril terus ke apa yang Azril hendak ceritakan tentang tajuk diatas.....

6 bulan yang lepas Azril menaiki pesawat Firefly dari Lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Bayan Lepas dan hampir tiga kali juga Azril ke Kuantan dengan menaiki peasawat tersebut. Ini adalah kerana tambangnya adalah RM 50 sahaja tetapi tiket hendaklah ditempah secara dalam talian awal 2 bulan sebelum penerbangan. Apa yang menariknya Azril sempat menaiki penerbangan tersebut sebanyak tiga kali sahaja. Ini adalah disebabkan bukan setiap hari terdapat penerbangan dari Bayan Lepas ke Kuantan, dalam seminggu terdapat tiga hari sahaja iatu hari Selasa, Khamis dan Sabtu dan Azril akan mengambil penerbangan pada hari Sabtu. Apa yang menggembirakan Azril pada waktu tersebut adalah dengan RM 50 sahaja bukan sahaja dapat memendekkan  masa perjalana tetapi dapat juga memilih tempat dan harganya pula kurang dari tambang bas. 

Lima Bintang Untuk penerbangan Firefly walaupun Azril terpaksa membiarkan pos ini terus tergantung disebabkan Azril tidak tahu apa yang terjadi sisebabkan Azril hanya insan biasa.