Tuesday, August 05, 2008

Azim Bertunang

Azim Bertunang
.
Pada 21/06/2008 yang lalu Azim Anwar Bin Malek Anwar sepupu aku melansungkan majlis pertunangan. Azim bertunang dengan Norkairiah atau Erin dari Bayan Lepas. Sebelum rombongan bergerak diadakan kenduri terlebih dahulu di rumah Mak Yang(Mak Saudara Aku).
.
Aku, mak aku dan ayah aku sampai disana dalam pukul 10.00 pagi dan mak aku pun tolong membuat gubahan hantaran. Setelah kami makan makan di rumah Mak Yang maka kami pun pergi ke rumah Erin. Yang paling sedih adalah kerana isteri aku tak dapat turut serta kerana isteri aku bertugas di klinik kerana sewaktu itu dia Jururawat On Call.
.


Antara yang hadir di rumah Erin
.

Tok Mah (Tok Azim) menyarungkan cincin ke jari Erin
.

Puan Siti Roseliah - Mak Yang (Mak Azim) menyarungkan cincin ke jari Erin
.

Kelihatan Bonda Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman dan Ayahanda Tuan Hamzah Bin Ismail turut memeriahkan majlis
.

Kelihatan Mak Aku sedang menyuapkan manisan pada Erin


Selepas majlis itu, kami pun balik setelah lama di Taman Permata maka aku pun pulang ke kuarters setelah membeli juadah yang boleh dimakan.

.........................................................................


Setibanya di kuarters lalu aku pun sms isteri aku dan selepas itu isteri aku pun menelefon aku dalam keadaan sedih gila aku menjawap panggilan tersebut disebabkan suara isteri aku yang agak sedih kerana aku tidak dapat balik ke Kuantan. Dalam keadaan sedih kami bercerita bermacam macam perkara agar perasaan sedih hilang. "Tak apa ayang nanti minggu depan abang balik ke Kuantan o.k"