Wednesday, October 27, 2010

Puan Azlina Berkursus Di Kuala Lumpur


Puan Azlina Berkursus Di Kuala Lumpur

Gambar tersebut dirakamkan ketika isteri tercinta Puan Azlina menghadiri Kongres di Hotel Istana Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Oktober lalu. Tajuk kongres tersebut adalah Kongres Perbidanan Kebangsaan kali ke 3. Disebabkan isteri Azril merupakan petugas perubatan yang mengendalikan hal perbidanan maka isteri Azril pun turut serta sebagai delegasi dalam kongres tersebut. Puan Azlina kesana bersama kawan kawan sekerjanya Puan Nafisah dan Puan Hasliza yang turut sama sebagai delegasi di kongres tersebut.

Kisah Popia


Kisah Popia

Alkisahnya ayat pun bermula dengan dialog yang kemas dan padat

Azril  : Cik Razak... Khamih ni ada tak kerja luaq?

Encik Razak : Ada lah tapi habaq kat depa suruh bok mai popia goreng. Tak boleh pakai Razi dengan Sapaq sebab depa makan sampai habih popia goreng tak simpan kat saya pun dahlah saya ni orang tua buat macam tu pulak.

Azril : Laaaa, Cik Razak saya dok ingat dah habih dah cerita pasai popia goreng 3 minggu lepaih dah... Ish....

Encik Razak : Tu lah depa tak patut betui (sambil dok beletiaq macam macam)

Kemalrin baru Azril tahu rupanya ketua unit, Encik Razak memang teringin sangat makan popia. Cerita tentang popia ini bermula 3 minggu yang lepas ketika Encik safar membawa popia goreng yang dibelinya ke pejabat. Dengan sopannya dia mempelawa Encik Razak makan popia tersebut tetapi disebabkan Encik Razak masih ditalian bercakap telefon maka kawan kawan lain pun datang ke tempat Encik Safar untuk menjamah popia tersebut termasuk Encik Radzi.

Apabila Encik Razak selesai di talian telefon maka dia mendapati hanya satu popia yang masih tinggal dan bermula leterannya berkenaan hal tersebut. Pada hari tersebut sepanjang hari dia menceritakan pada semua tentang popia tersebut. Azril ingatkan hal popia tersebut habis di hari tersebut, rupanya sehingga ke harini dia masih teringatkan popia tersebut. Mungkin esok sewaktu kami berkerja diluar Encik Razak masih teringatkan popia tersebut .........

Demamkah Aku?

Demamkah Aku?
Suhu badan : 37.4 darjah celcius
Kedaan Tekak : Masih sakit
Kedaan badan : Masih lenguh lenguh
Kedaan ubat : Antibiotik hampir habis, Ubat lain masih banyak.
Emosi : Tersangatlah stabil disebabkan esok aku akan berkerja diluar dan bolehlah Azril bermandi peluh dengan banyak sekali.

Luahan Perasaan – Azril Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala dan Lenguh Badan

Luahan Perasaan – Azril Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala dan Lenguh Badan
.
Jam menunjukkan pukul 12 tegahmalam, Azril masih lagi tak dapat tidur. Tak tahu mengapa ...... sebenarnya Azril masih lagi sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Hari Isnin yang lepas Azril bercuti sakit akibat sakit yang sama diwaktu itu ditambah suhu badan yang agak tinggi. Cuma harini suhu badan Azril tidaklah tinggi cuma setakat 37.4 sahaja.
.
Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 25/10/2010 Azril pergi mendapatkan rawatan di Klinik di taman yang Azril tinggal di Kuantan dan doktor tersebut memberikan ubat dan suntikan. Suntikan diperlukan untuk membasmi virus selsema dan antibiotik untuk membasmi kuman yang menyebabkan sakit tekak. 2 jam selepas suntikan Azril berasa lenguh badan kurang sedikit dan hari ini terjadi semula dan diwaktu Azril menulis diari ini masih lagi sakit kesemuanya termasuk bahagian yang disuntik. Bercerita tentang bahagian yang disuntik masih lagi lebam dan pedih walaupun hampir 2 hari.
.
Hari Isnin malam di Terminal Makmur Kuantan Isteri Tercinta Puan Azlina memang tidak membenarkan Azril balik disebabkan Azril masih lagi kurang sihat tetapi Azril meyakinkan isteri Azril bahawa Azril telahpun sihat untuk balik ke Bukit Mertajam dan memulakan kerja pada hari ini.
.
Antara punca Azril kembali tidak sihat adalah semalam bas yang Azril naiki tiba tiba rosak di Genting Sempah dan Azril pun turunlah ke bawah dan melihat pemandu Pak Cik Azmi memperbaiki bas tersebut. Saat berganti Minit dan Minit berganti Jam kerosakan bas tidak dapat dipulihkan akibat kebocoran minyak enjin yang serius dan bas ganti diperlukan bagi membawa penumpang balik ke Utara tanahair. Azril pun turun bersembang dengan Pak Cik Azmi disebabkan Azril tidak dapat tidur didalam akibat keadaan panas didalam bas tersebut.
.
Kedaan Genting Sempah yang sejuk dan berembun menyebabkan Azril terasa seperti hendak selsema dan akhirnya Azril mengalami kesan yang sama seperti hari Isnin yang lepas dan sehingga sekarang Azril masih tidak dapat tidur akibat sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.
.
Tadi Azril mendapat berita yang Isteri Azril pun mengalami perkara yang sama seperti Azril iatu sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.Kalau Azril tahu, tentu Azril tak balik lagi dari Kuantan. Mungkin sehingga harini Azril akan berada di Kuantan menemani isteri Azril.
.
Inilah saja dapat Azril coretkan didalam diari Azril ini dan Azril akan cuba menutup mata agar Azril boleh tidur seperti mana insan yang lain dan Azril akan cuba menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor walaupun Azril tidak suka makan ubat. (pahit dan tak sedap)

Cuti Sakit Azril
.
Masih lagi tersenyum walaupun sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Kegembiraan dan senyuman adalah penawar segala kesusahan dan Aril akan jadikan diri Azril ceria dan gembira agar Azril berasa ketenangan dan keindahan sebuah kehidupan walau hanya sementara
.

Thursday, October 21, 2010

Kerja Luar Di Tapak Lagi

Kerja Luar Di Tapak Lagi

Tarikh : Hari Ini 21/10/2010

Harini Azril gembira sangat sebab Azril tak payah kerja dipejabat sebabnya Azril akan berkerja ditapak bermain dengan panas matahari dan bermandikan peluh. Azril memang seronok sangat sangat kalau berkerja luar.



Ketika di rumah
.

Paling penting kasut keselamatan
.

Wednesday, October 20, 2010

Luahan Perasaan – Gelagat Penumpang Bas Ekspress

Luahan Perasaan – Gelagat Penumpang Bas Ekspress

Sejak dari pertengahan tahun 2008 sehinggalah sekarang Azril menaiki bas ekpress setiap minggu dan setiap minggu Azril dapat melihat pelbagai ragam serta kerenah penumpang yang menaiki bas ekspress. Antara kerenah yang Azril ingin sampaikan di diari ini adalah berkenaan dengan masa. Pada pendapat Azril masa begitu penting dan kita perlu hargainya.Bukan aspek menghargai masa yang Azril tekankan disini tapi mengenai masa ketika di Terminal bas. Bagi Azril masa memang penting disebabkan setiap Jumaat Azril akan menaiki 2 bas untuk ke Kuantan dan Azril pula perlu sampai di Kuala Lumpur sebelum pukul 12 tengah malam disebabkan bas untuk ke Kuantan pada pukul 12 tengah malam. Baiklah penulisan Azril bermula disini ................................

Setiap Jumaat Azril akan menaiki bas ekpress dari Butterworth menghala ke Kuala Lumpur dan Azril akan sampai di Terminal Bas sekurang kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu perjalanan bas tersebut. Jika Azril menaiki bas Transnasional Azril akan sampai di terminal pada jam 5.45 petang disebabkan bas tersebut akan bergerak meninggalkan terminal pada jam 6 petang. Seterusnya jika Azril menaiki bas MaraLiner Azril akan sampai di terminal pada jam 6 petang disebabkan bas tersebut akan bergerak meninggalkan terminal pada jam 6.15 petang. Azril memang suka menaiki kedua bas tersebut disebabkan bas tersebut akan memulakan perjalanan tepat pada masanya.

Sebelum menaiki bas pemandu dan pembantunya akan memeriksa tiket bas dan menanda diatas kertas senarai mereka. Sebelum perjalanan pemandu akan memeriksa penumpang diatas bas danpada tepat pada masanya bas akan memulakan perjalanan. Walaupun bas tersebut akan bergerak pada masanya tetapi sebagai manusia biasa pemandu tersebut akan menunggu penumpang yang belum sampai dalam seminit sehingga 10 minit.

Kadang kadang ada juga penumpang yang terlewat dan pemandu tersebut akan bertanya pada penumpang tersebut tentang kelewatan tersebut antara alasan yang Azril akan dengar setiap minggu dan paling biasa didengari adalah :- ( Disebabkan Azril duduk di bangku satu “single seat” dan di barisan nombor 2 setiap minggu maka Azril boleh dengar dengan jelas dialog tersebut)

Alasan 1 Individu 1 : Pakcik, saya mintak maap saya lewat sebab saya baru balik dari kerja jam 4.30 tadi. Saya dok kat B.M (Bukit Mertajam). – (Alasan yang hampir 100 kali Azril dengar cuma lokasi tempat saja ditukar)

Kata Azril Dalam Hati : Tolonglah... Azril pun balik kerja pukui 5 lagi tapi sempat mandi dan mai kat sini awai lagi. Azril pun dok kat Bukit Mertajam jugak

Alasan 2 Individu 2 : Pakcik, saya lewat sebab teksi saya naik tadi tak mau berenti kat terminal ni. Dia jalan teruih pi kat depan sana.

Kata Azril Dalam Hati : Memang buat lawak betui dia ni, ada ka teksi tak tau Terminal Penang Sentral kat mana, saja nak cari alasan.

Alasan 3 Individu 3 : Pakcik, saya lambat tadi sebab tandas saya masuk tadi ramai orang.
Kata Azril Dalam Hati : Memang buat lawak betui pasai bilik ayaq pun dia nak cerita ka.(Azril kadang kadang gelak juga pabila dengar dialog tersebut)

Alasan 4 Individu 4 : Pakcik saya lewat pasai saya tunggu kawan saya mai hantaq beg sebab tak muat nak letak dalam qeta saya tadi.

Kata Azril Dalam Hati : Memang saja lah tu nak bagi alasan sebab bawak beg galaih saja mana ada beg besaq takkan tak muat masuk dalam qeta dia.

Alasan 5 Individu 5 : Pakcik, saya lewat pasai saya cari tak jumpak terminal ni kat mana, saya jumpak stesen qeta api saja

Kata Azril Dalam Hati : Memang saja lah tu takkan tak tau Terminal Penang Sentral ni belah kanan stesen keretapi belah kiri simpang takkan tak nampak kot.

Alasan 6 Individu 6 : Pakcik, saya lewat pasai saya pi makan tadi.

Kata Azril Dalam Hati : Ish ...... budak ni dah tau kata nak naik bas pukul 6 pi makan pulak, kan dah lewat ni.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
..................................................................

Kepada semua penumpang bas ekspress tepati waktu perjalanan anda dan jangan membuatkan masa orang lain tergendala disebabkan anda. Satu lagi, jangan membuatkan orang lain berdosa disebabkan mengumpat anda didalam hati seperti saya mengumpat anda didalam hati.

Monday, October 18, 2010

Rupanya aku bermimpi............... 2

Rupanya aku bermimpi............... 2

Semalam seperti biasa pada malam Ahad yang sama setiap minggu aku akan menaiki bas dari Kuantan Ke Butterworth. Perjalanan dimulakan pada jam 9.00 malam setelah aku melambai pada insan yang aku cukup cintai maka bas pun bergerak meninggalkan Terminal Makmur. Pada jam 9.40 malam isteri tercinta menghantar pesanan ringkas yang menyatakan bahawa dia telah samoai dirumah dan aku pun terus mencuba melelapkan mata didalam bas yang sungguh dingin ini. Sehingga sampai di Temerloh aku masih lagi gagal melelapkan mata.

Tiba tiba aku sampai dirumah ayah aku di Taman Permata, aku pun bersalaman dengan Mak dan Ayah. Aku pun bersembang dengan mak Puan Hajah Siti Roselina dan ayah Tuan Haji Hamzah berkenaan dengan kenduri kahwin adik yang keenam. Semasa itu adik aku yang kedua Encik Azil Fikri pun ada dan kami pun terus berbincang. Isteri Encik Fikri datang memberikan kuih pada kami semua dan isteri adik aku yang ketiga Encik Azam Hafiz pun membawa minuman. Manakala adik aku yang keempat Cik Farah Zalina bersama isteriku Puan Azlina dan Adikku yang keenam Cik Fatimah Zahra menggantung langsir dan adikku yang bongsu Cik Nur Hannah tengah mengusik mereka.

Setelah habis perbincangan kami kami pun bersiap dengan berpakaian baju Melayu dan berjubah untuk ke masjid disebabkan waktu Maghrib telah tiba. Yang menariknya Encik Fikri memakai jubah yang sama warnanya dengan Encik Azam dan mereka turut memakai serban yang warnanya seakan sama. Ayah Tuan Haji Hamzah dan aku hanya memakai baju Melayu manakala adik aku sedang menunggu didalam kereta yang besar yang berwarna hitam dengan jubahnya yang kehijauan. Tiba tiba hujan rintik rintik aku melihat ayah dan adik adik yang lain berlari masuk kedalam kereta.

Tiba tiba aku membuka mata, Ya Allah aku bermimpi rupanya dan aku mengelap setitik air yang jatuh dari mukaku. Rupanya air penghawa dingin tersebut jatuh ke mukaku dan itulah penyebabbya aku terjaga dari tidur. Aku memerhatikan sekeliling dan aku masih didalam bas dan bas tersebut pun berhenti di Slim River dan aku pun terus turun dari bas menuju ke tandas dan semasa aku naik semula aku pun tersenyum keseorangan.

Aku tersenyum keseorangan disebabkan mimpi tadi antaranya adalah
  1. Adik aku mahu perkahwinannya dibuat secara besaran dengan 40 bas disediakan bagi mengambil pelajar tahfiz seluruh negara selain itu dia telah pun menulis surat pada Habib Omar agar datang ke Majlis Perkahwinanya nanti.
  2. Encik Fikri dan Encik Azam telah pun berkahwin dan mambawa isteri masing masing ke rumah ayah sedangkan mereka belum lagi berkahwin
  3. Ada sebuah kereta besar berwarna hitam dipandu oleh adik aku sedangkan aku pun tidak tahu kereta siapakah itu.
Aku pun tersenyum sambil mengingati mimpi tersebut dan aku pun terlelap dan aku tersedar pabila sampai di Butterworth pada jam 5.30 pagi dan aku pun keseorangan balik ke kuarters.

Friday, October 15, 2010

Akhirnya ...........


Akhirnya ...........

Bulan lepas adik aku yang kedua Koperal Azil Fikri Bin Hamzah memberitahu mak dan ayah bahawa ia akan menamatkan zaman bujangnya secepat yang mungkin. Aku memang lega sangat dengan pengumuan tersebut. Akhirnya dapat juga Encik Fikri mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebalik senyumannya aku tahu bahawa Encik Fikri memang kecewa dengan cinta sebab dia pernah putus tunang pada tahun 2006. Pertunangan yang hanya memakan masa tak sampai setahun akhirnya terputus. Bukan kehendaknya tetapi kehendak gadis tersebut dengan alasan Encik Fikri kurang menelefonnya. Pada waktu tersebut bukan saja Fikri, mak, ayah aku dan adik beradik pun sedih dengan peristiwa yang menimpa Encik Fikri. Sebelum pertunangan tersebut mak aku Puan Siti Roselina Indrayati menghubungi gadis tersebut dan memberitahu bahawa sebagai seorang Yang Berkhidmat Untuk Negara adik aku mungkin selalu terlibat dengan operasi kadang kadang sampai sebulan dia tidak telefon rumah. Dengan bersungguh sungguh gadis tersebut menjawap "Saya tak kisah Mak Cik". Baiklah aku tinggalkan tulisan yang menunjukkan betapa geramnya aku.

Sekarang ini aku hendak menulis dalam kedaan ceria dan gembira sebab kami akan menghantar rombongan meminang pada Raya Haji kedua nanti dan Fikri memberitahu kami bahawa bulan Mac 2011 nanti dia akan menamatkan zaman bujangnya. Syukur Alhamdulillah.......... Semua tumpang gembira mendengar berita tersebut.

Tuesday, October 12, 2010

Imbasan Tahun Lepas

Imbasan Tahun Lepas

Sejak dari tahun 2008 sejak aku akad nikah sehinggalah ke hari ini aku masih berjauhan dengan isteriku. Aku di Bukit Mertajam manakala Isteriku di Kuantan. Kami masih tidak dapat bertukar lagi. Apa yang penting aku akan balik ke Kuantan setiap minggu dan memandangkan setiap minggu aku balik ke sana maka bermacam ragam manusia yang dapat kulihat setiap kali aku berhenti di Hentian Bas. Untuk perjalanan balik ke Kuantan aku akan menaiki bas lompat iatu Butterworth KL dan KL Kuantan manakala perjalanan balik ke Bukit Mertajam aku akan menaiki bas sehala. Aku juga pengguna setia bas ekspres Transnasional, MaraLiner, Konsortium dan Utama Ekspress disebabkan setiap minggu aku akan naik bas tersebut.

Imbasan aku bermula disini sewaktu aku baru sampai Kuala Lumpur di Hentian Puduraya. Lebih kurang setahun setangah yang lepas sewaktu aku berjumpa dengan kawan sekolahku ................

Ijan : Asalamualaikum...... Hang kenai tak aku...

Aku : Haaa (sedikit terkejut) tak perasan tapi kita pernah jumpa kan tak ingat kat mana.

Ijan : Menyesai aku tegoq hang, hang tak kenai sapa aku.

Aku : Janganlah macam tu aku tak perasan, kan kita ni manusia kita tentu ada sipat lupa. Takkan hang tak tau muka manusia kan berubah rubah.

Ijan : Aku Ijanlah woi kawan sekolah hang masa kat sekolah rendah dulu kita tak dok sekelas tapi kelas hang sebelah dengan kelas aku.

Ijan : Oh ya ka, baru aku ingat. Macamana aku nak perasan dulu muka hang mana ada misai janggut dan bauk (jambang)

Ijan : Dulu mana tumbuh lagi kita kan sekolah rendah waktu tu. Hang ni pun loyaq buruk betui.

Aku : Betul tu hahahahaha

Ijan : Aku tengok hang turun bas tadi hang naik ataih Puduraya lepaih tu hang turun bawah pulak aku dok tengok hang dok melengung (termenung) saja sebab tu aku tegoq hang. Hang tunggu bas mana nak pi mana pulak.

Aku : Aku naik Puduraya pi bilik ayaq sat lepaih tu aku pi surau sat. Panaih sangat dalam Puduraya tu sebab tu aku lepak kat luaq ni, sejuk sikit taklah bosan sangat sebab boleh tengok qeta dok lalu.

Ijan : Hang dah kawin ka? Anak berapa? Umoq berapa? Bini hang qeja kat mana? Dah lama hang kawin ka? Hang naik bas dari mana nak pi mana pulak ni? Awat hang nampak letih? Hang sakit ka?

Aku : Hang ni Ijan banyak pulak soalan hang. Aku dah kawin tahun 2008. Bini aku qeja kat Pahang sebab tu aku nak pi sana. Aku naik dua bas, aku dari Bagan (Butterworth) tadi satgi pukui 12 aku pi Kuantan. Aku tak sakit lah woi aku sihat saja mungkin aku letih naik bas tadi kot kan aku dari Bagan tadi pukui 6 la ni dah pukui 11.20 malam.

Aku : Hang dok tanya aku saja, la ni aku nak hang cerita kat aku pulak pasai hang pulak?

Ijan : Aku tak kawin lagi aku mai kat KL lepaih SPM qeja bahagian jualan kat sini. Yang tu saja aku dapat cerita kat hang.

Aku : Yang tu saja ka, tadi hang tanya kat aku macam macam sangat.

Ijan : Aku pun tak tau nak habaq apa kat hang tak pa hang bagilah nombor talipon hang nanti aku cerita kat hang nanti. La ni aku tengah tunggu adik aku nak mai dia naik bas dari Bagan pukui 7 tadi tak sampai pun

Aku : Pandai hang kalih cerita. Hahahahaha

Tiba tiba...........

Ijan : Ehhhhh, yang hang pakai tu cincin kawin hang kan. (Sambil Ijan dok renung cincin tu)

Aku : Ya, awat. Cincin ni bini aku bagi masa aku akad nikah dulu.

Ijan : Hang tau tak orang kata pantang budak bujang macam aku renung cincin orang yang dah kawin

Aku : Pulak dah. Hang ni macam macam aku tak pernah dengaq pun.

Ijan : Hang tau tak kita tak boleh lepak tepi jalan macam ni sebab pantang nanti rezeki lambat.

Aku : Yang tu pun aku tak penah dengaq, fatwa mana pulak tu?

Ijan : Aku dengaq ceramah la woi ada orang cakap.

Aku : Ada dalam hadis ka? dalam Quran ka? hang tau tak kita la ni ada kat tepi jalan depan Puduraya pulak tu hang tak takut rezeki hang lambat ka?

Ijan : Betui jugak, tak pa azril kalau ada apa apa hang nak aku tolong hang talipon aku. Ok Asalamualaikum. (Ijan teruih naik ataih Hentian Puduraya)

Aku : Waalaikum salam................

Aku : Macam macam ada pantang sampai macam tu sekali, aku tak pernah dengaq pun (cakap sorang sorang)

Friday, October 08, 2010

Jalan Jalan Azril Azlina di Kuantan

Jalan Jalan Azril Azlina di Kuantan

Aku memang sukakan makanan terutamanya yang sedap sedap dan aku bersyukur pada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana mengurniakan aku isteri yang pandai memasak makanan kegemaranku.Jika kami merancang makan diluar maka kami akan pilih kedai yang memasak makanan yang sedap sedap belaka dan harga yang berpatutan. Aku pula di Bukit Mertajam aku sukakan makanan yang sedap dan murah. Itu antara penyebab aku sukakan makanan yang dihidangkan di kedai Sila Oh Sila Bukit Tengah sebab makanana disana murah dan sedap. Cuba bayangkan nasi sepinggan + daging merah + sayur + air coklat dan air suam hanya RM 3.50.

Jika aku ke pasar malam atau ke pasar Ramadhan aku akan membawa wang cukup cukup sahaja demi mengelakkan aku membeli banyak sangat makanan. Kadang kadang aku terpaksa berjalan dengan cepat cepat pabila melalui gerai gerai makanan dan jika aku berjalan lambat maka aku akan singgah dikedai tersebut dan membeli apa saja makanan yang ada.

Baiklah diari bergambar aku dimulai disini ...............

Aku dan isteri tercinta ke bandar Kuantan untuk membeli tiket bas dan meyelesaikan beberapa lagi urusan yang penting dan hendak dijadikan cerita urusan yang kami hendak selesaikan pula memakan masa yang lama maka kami pun mengambil keputusan untuk makan diluar saja. Maka kami pun terbayangkan gerai gerai yang akan kami kunjungi dan tiba tiba aku mendapat idea. Disebabkan idea dan keinginan yang membara maka aku pun mengajak isteriku untuk makan di tempat rahsia. maka dialog pun bermula.

Aku : Sayang apa kata kalau kita makan makanan segera?

Isteri Aku : Ayang ikut je kan kita dah lama tak makan makan segera nak dekat sebulan juga

Aku : Abang ingat nak makan kat kedai ***** sebab abang teringin sangat nak makan kat sana, teringin sangat nak makan ayam panggang dia sebab dalam dalam iklan nampak sedap sangat sampai terliur bila tengok.

Maka kami pun pun meletak kenderaan kami di Berjaya Megamall Kuantan dan kami pun pergi ke kedai tersebut yang terletak didalam bangunan tersebut. Selepas kami sampai kami pun memesan makanan dan setelah makanan sampai kami pun makan dengan sungguh berselera sekali.


Aku dan isteri tercinta ketika sampai di kedai tersebut
.

Inilah makanan yang aku pesan
.

Ini pula makanan yang dipesan oleh Puan Azlina. Isteri aku hanya makan setengah sahaja dan selebihnya aku yang makan
.

Air strawberi tambah "yogurt" memang sedap sangat
.

Air jus oren. Isteri aku hanya minum setengah sahaja dan selebihnya aku yang minum
.

Yang paling penting kedai tersebut mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim dan sijil masih lagi sah.

Thursday, October 07, 2010

Adakah Kerana Kami Islam Maka Kami............

Adakah Kerana Kami Islam Maka Kami............

Inilah Yang Dilakukan Oleh Barat Pada Kita

muslim1.jpg

muslim3.jpg
**************
muslim2.jpg
************************
muslim4.jpg

*******************
muslim5.jpg
*******************
muslim6.jpg
*************************
muslim7.jpg
*********************
muslim8.jpg
muslim9.jpg
*********************
muslim10.jpg
muslim11.jpg

muslim12.jpg

muslim13.jpg
muslim14.jpg


Sumber dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia
.........................................
Inilah yang selalu yang dikatakan oleh orang kafir pada kita. Tolong sesiapa saja cetak dan edarkan pada sesiapa saja agar kita dapat mengikis fahaman kebencian dan ketakutan pada agama yang kita cintai ini.

Banyaknya Gula

Banyaknya Gula

http://www.consumer.org.my/images/stories/slide01/how_much_sugar2.jpg

http://www.consumer.org.my/images/stories/slide01/how_much_sugar3.jpg
http://www.consumer.org.my/images/stories/slide01/how_much_sugar4.jpg
sumber dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang

..................................
.........
Patutlah ramai rakyat malaysia terkena penyakit kencing manis, rupa rupanya dalam setiap produk malanan terdapat banyak gula

Wednesday, October 06, 2010

Boikot Produk Yahudi Laknatullah

Boikot Produk Yahudi Laknatullah

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi

Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000





































......................
...............
.
Aku berharap kepada sesiapa saja dapat menyedarkan dan menegur aku jika aku terbeli atau terpakai barangan tersebut. Sebagai manusia aku kadang kadang leka dan alpa.