Friday, March 30, 2007

Kerana Mu Malaysia


Keranamumu jua Malaysia akan ku korbankan apa saja untuk untuk mu Malaysia....................................................................

Apa gunanya menjadi penduduk Malaysia tanpa semangat patriotik.Pada pendapat aku jika seseorang warga Malaysia tiada semangat cintakan negaranya maka ia dianggap sebagai orang yang tidak layak untuk tinggal di Malaysia.............................................................

Gambar di atas dirakamkan semasa Ulangtahun Kemerdekaan Negara Berdaulat Malaysia yang ke 48 pada 31 Ogos 2005.31 Ogos 2005, Seawal pagi kami sudah berkumpul di Dataran Pemuda Merdeka berhadapan dengan Bangunan Datuk Haji Ahmad Badawi di Butterworth.

Kemudian kami melihat perarakan panji panji masuk ke padang. Di situ jugalah kami mendengar alunan dan kami turut sama menyanyikan lagu Negaraku, Untuk Negeri Kita, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Selepas itu juga kami mendengar bacaan sajak yang mengisahkan tentang pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu untuk memerdekan Malaysia dan sajak yang mengisahkan tentang bertuahnya menjadi penduduk Malaysia yang aman damai dan sejahtera.

Seterusnya kami pun berbaris dan memulakan kawad dengan penuh semangat patriotik yang tidak berbelah bagi dimana pasukan kawad pejabat kami dipimpin oleh Ketua Kontijen kami iaitu Encik Afdal Izal Tan Sri Md Hashim. Kami pun kawad keluar dari padang dan lalu di hadapan khemah VVIP dan seterusnya Ketua Kontijen kami memberi tabik hormat pada Tun Tan Seri Datuk Seri TYT Negeri Pulau Pinang, YAB Tan Sri KM, YB Datuk Seri TKM dan VVIP yang terdiri dari YB Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri dan Datin. Selepas itu kami pun meneruskan kawad sehingga ke belakang bangunan Datuk Haji Ahmad Badawi.Seterusnya kami diberi bekal makanan dan kami pun duduk mendengar penerangan Ketua Kontijen seterusnya kami bergambar kenangan seperti di dalam gambar.

Kemudian kami mengambil tempat semula di dalam Dataran Pemuda Merdeka. Waktu itulah juga kami melihat kontijen kontijen lain kawad dengan beraneka pakaian yang menarik. Kami kemudiannya melihat perarakan yang paling diminati oleh aku iaitu perarakan kereta perisai Tentera Darat.................................................

Tentang gambar pula. Nampak tak aku kat mana...................................

Apa pun aku cukup gembira pada hari tersebut walaupun cuacanya cukup panas.Sekian untuk hari ini. Assalamualaikum.

Hari Ashura


HARI ASYURA

Bersempena dengan hari Asyura yang disambut pada 10 Muharram 1428 bersamaan dengan 29/01/2007 yang lalu Pejabat kami telah menganjurkan Majlis Membuat bubur Asyura. Majlis tersebut disertai oleh semua warga pejabat kami.

Lokasi kawasan dimana berlakunya proses membuat bubur asyura adalah di belakang surau pejabat kami. Aku adalah antara orang terawal yang mengacau dan menggangu majlis tersebut. Biasa lah mula mula aku tolong lepas tu bila dah penat aku pun terus melarikan diri. Secara lansung dan tak lansung bukan melarikan diri tetapi duduk tepi sebab dah penat.

Tapi berlaku beberapa perkara yang tidak diingini semasa proses ersebut berlaku antaranya seperti bubur yang kami kacau hampir hampir hangit nasib baik sempat juga diselamatkan. Tapi antara proses yang paling rumit apabila bubur menjadi pekat, pada waktu itulah jugalah kami terpaksa menguatkan kacauan agar bubur tidak berkerak. Memang kami semua sedikit penat tapi seronok. Lepas episod tersebut aku pun pun duduk di tepi sambil melihat rakan rakan yang lain mengacau bubur tersebut.

Tapi yang paling best sekali adalah semasa bubur tersebut masak. Sedap benar rasanya. Memang puas benar hati kami semua. Yang paling penting tak kira apa jua majlis yang dijalankan semangat kerja berpasukan paling penting dan perlu di amalkan dalam setiap perkerjaan yang dijalankan. Sebagai contoh semangat kerja berpasukan yang kami amalkan ketika majlis membuat bubur tersebut.

Janji Senyum


Janji Senyum


Assalamualaikum....... Didalam diari bergambar yang aku catatkan setiap hari. Tiap tiap hari aku akan menulis di dalamnya. Tidak kira sama ada berita baik atau berita buruk akan kau catatkan didalam diari aku. Bagi aku dengan menulis diari tersebut dapatah aku mengenangkan kembali peristiwa yang lepas yang menyentuh perasaan ataupun peristiwa gembira. Kadang kala dengan memaca catatan yang gembira dapat menenangkan perasaan aku. Biasalah kan……………………………………………………………………………..

Antara catatan diari bergambar tersebut yang tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu aku pergi bercuti atau lebih tepat dikatakan pergi rombongan ke negeri Kelantan pada tahun 2006 selepas aku melancong di negeri Terengganu. Kami sampai di Pasar Siti Khadijah pada pukul 11.00 pagi dan kami pun terus melihat dan mencari barang hendak dibeli. Pada masa yang sama juga pada waktu tersebut aku benar benar dahaga dan lapar. Pada pukul 2.00 petang selepas solat Zuhur kami pun pergi ke kedai makan berdekatan pasar tersebut. Kami pun terus memesan makan dan minum tiba tiba terjadi satu peristiwa iaitu sewaktu sampai giliran kami untuk memesan makanan dan minuman lalu kami terpandang gerai yang menjual air kelapa di seberang jalan. Kami terus memesan makanan sahaja tanpa air. Bermacam macam perkara terjadi sewaktu kami tengah makan antarnya tersedak disebabkan makan sambil bercakap dan kekurangan air.

Untuk mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini terjadi kami semua bertekat menghabiskan makanan kami secepat yang mungkin. Setelah kami makan kami pun terus bergerak meninggalkan kedai tersebut. Perjalanan diteruskan sehingga ke gerai yang menjual air kelapa yang terdapat diseberang jalan. Disebabkan kami semua dahaga disebabkan penat berjalan dan makan tanpa air tadi lalu kami pun terus memesan air kelapa tersebut. Bukan segelas air tetapi air kelapa terus dalam sebiji buah kelapa. Puas hati kami semua setelah minum air kelapa tersebut.

Sewaktu asyik minum air kelapa tersebut aku tidak sedar aksi aku telah dirakam oleh kawan kawan aku. Gambar tersebut seperti di bawah. Kawan kawan aku sempat bejenaka dan berkata “punyalah sedap air tersebut, dia minum sambil senyum dan tutup mata hahahahaha”.
Selepas kami minum dan ronda ronda di sekeliling pasar dan pada masa yang ditetapkan bas pun sampai. Perjalanan kami diteruskan ke sekita seluruh negeri Kelantan. Pada malam nya kami pun dibawa ke pasar Wakaf Che Yeh untuk membeli barang barang dan berjalan jalan. Sekian buat waktu ini.