Friday, May 25, 2012

Riang Ria di Kursus Pemantapan PPT 2011

Riang Ria di Kursus Pemantapan PPT 2011
.
Catatan 21/12/2011
Kali ini Azril akan menceritakan tentang Kursus Pemantapan PPT 2011 anjuran PPPTPP yang disertai oleh Azril dan rakan rakan PPT dari seluruh negeri Pulau Pinang. Pada jam 8.30 pagi, bas yang kami naiki pun menyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Juru dan bermulalah pengembaraan yang riang gembira dimana setiap waktu dipenuhi dengan gelak tawa sepanjang perjalanan. Pada jam 9.30 pagi kami pun berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Merah untuk bersarapan pagi, setengah jam kemudian perjalanan kami diteruskan sehingga kami keluar di Plaza Tol Jalan Duta.

Perjalanan kami diteruskan sehingga kami sampai di Hentian Rehat dan Rawat seterusnya untuk makan tengahari. Sejam kemudian kami pun meruskan perjalanan sehingga kami berhenti di beberapa hentian sebelah dan akhirnya kami pun keluar dari Lebuhraya PLUS setelah sampai di negeri Johor. Setelah kami keluar dari Lebuhraya PLUS kami pun diiringi oleh kereta PPT Johor dan pada jam 8.00 malam kami pun sampai di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. Setelah kami meletakkan beg disana kami pun terus naik semula ke atas bas untuk menjamu selera di Restoran Anjung Warisan.

Setibanya kami disana kami disambut dengan mesra oleh PPT Negeri Johor dan membuatkan kami merasa amat gembira kerana kami juga disambut dengan mesra oleh Tuan Haji Jama bin Johan yang merupakan Pengarah Tanah dan Galian negeri Johor Darul Takzim. Setelah kami bersalaman antara satu sama lain kami pun mendengar ucapan dari Pengarah PTG Johor dan kemudian Pengerusi PPPTPP Encik Azfanizam pun memberikan ucapan. Setelah kami mendengar amanat yang diberikan, kami semua menjamu selera dengan berselera sekali ditambah pula kesedapan makanan yang terdapat disana membuatkan kami berasa amat gembira.

Setelah kami makan kami pun bertukar fikiran mengenai kerja dengan kebanyakkan PPT yang hadir disana dan banyak perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerja seharian dan undang undang yang kami gunakan setiap hari. Setelah jam menunjukkan pukul 11 kami pun meminta izin untuk pulang dan 15 minit kemudian kami pun sampai di Hotel Seri Malaysia. Setelah sampai kami pun masuk ke bilik masing masing dan Azril pula tinggal sebilik dengan PPT Encik Mohd Firdaus dan sehingga pukul 3 kami bersembang antara satu sama lain.

Catatan 22/12/2011
Awal pagi kami bangun dan berasapan di dewan makan Hotel Seri Malaysia Johor Bahru dan setelah kami bersarapan, Azril dan rakan PPT yang lain pun menaiki bas dan diiringi oleh PPT negeri Johor kami pun melawat beberapa bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan beberapa tempat yang menarik. Setelah sejam kami diatas bas kami pun berhenti di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan. Kami begitu tertarik dengan keunikan dan rekabentuk yang terdapat di bangunan tersebut sehingga membuatkan kami memandang bangunan tersebut dari atas hingga ke bawah.

Seperti biasa Azril akan bertanya pada PPT Johor mengenai keunikan senibina bangunan tersebut dan PPT tersebut menerangkan pada Azril bahawa bangunan tersebut menggabungkan keunikan senibina Melayu Johor, Islam dan senibina kolonial. Di bahagian tengah bangunan tersebut terdapat ukiran 8 bintang yang menunjukkan 8 daerah di negeri Johor Darul Takzim. Pada pintu masuk Bangunan Sultan Ibrahim juga terdapat ukiran berbentuk menara dan pada tiangnya juga terdapat ukiran lada hitam dan bunga cengkih

10 minit kemudian kami pun masuk ke Bilik Gerakan Bangunan Sultan Ibrahim untuk mendengar Taklimat Penguatkuasaan dan Pendakwaan, setelah habis taklimat tersebut kami pun makan tengahari di Dewan Makan Bangunan Sultan Ibrahim. Kami kemudiannya menaiki bas semula dan kami pun membuat lawatan ke Nusajaya, Kota Iskandar dan sekitar Johor Bahru. Dalam menghayati kecantikan bandar Johor Bahru tiba tiba bas yang kami naiki pun berhenti di hadapan JB Sentral dan kami pun turun dari bas dan PPT Johor yang mengiringi kami pun memberi penerangan tentang tempat yang akan lawati.

Tempat yang akan lawati adalah di Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin atau dikenali sebagai CIQ dan sekarang ini dikenali sebagai Kompleks Sultan Iskandar. Setelah kami masuk ke dalam Kompleks Sultan Iskan dar, kami pun disambut oleh pegawai petugas yang berada disana dan kami pun diiringi oleh Polis Bantuan untuk ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat atas. Setelah semua PPT masuk kedalam bilik mesyuarat tersebut kami pun diberi penerangan oleh pegawai dari Syarikat Gerbang Perdana yang merupakan syarikat yang mengendalikan projek Gerbang Selatan Bersepadu yang bertanggungjawap bagi pembinaan Kompleks Sultan Iskandar.

Antara penerangan yang diberikan adalah mengenai Kompleks Sultan Iskandar adalah pintu keluar masuk antarabangsa paling sibuk di negara ini. Kira-kira 150 ribu orang yang menggunakan laluan ini setiap hari, dan jumlah ini berganda pada setiap hari cuti sehingga mencapai kepada 300 ribu orang sehari. Kompleks ini dibina bagi melancarkan laluan sibuk antarabangsa. Ia terbahagi kepada dua seksyen bangunan utama iaitu Pejabat Pentadbiran dan Operasi. Kawasan operasi umum yang melibatkan proses pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin. Laluannya akan dibahagikan kepada beberapa dek yang berbeza untuk mengawal kesesakan lalulintas. Kenderaan berat akan melalui dek paling bawah sekali diikuti dengan kenderaan ringan seperti motosikal dan kereta. Dek pertengahan pula dikhususkan untuk kenderaan awam seperti bas dan koc. Dek atas pula ditempatkan sebagai dewan pejalan kaki yang boleh menampung sebanyak 6,000 orang dalam satu masa.

Turut diterangkan adalah kompleks ini dapat meningkatkan kualiti udara dan kawalan pencemaran bunyi. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru menjadikannya sebagai salah satu mercu tanda di negeri Johor. Ia menggambarkan keunikan mercu tanda dengan rekabentuk bumbungnya yang diadaptasi daripada bentuk daun gambir. Pintu gerbang antarabangsa bertaraf dunia ini menjadi agen sokongan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar melalui solusi yang menangani masalah kesesakan laluan Johor – Singapura. Pembangunan ini dijangka akan merangsang kekuatan negeri Johor pada aspek pembangunan mutu persekitaran, industri pelancongan, perniagaan dan kualiti sosio-ekonomi yang lebih baik.

Setelah habis seisi penerangan, kami dibawa melawat dek paling atas sekali yang menempatkan dewan pejalan kaki dan kawasan sekitar. Kami kemudiannya dibawa melawat ke Bahagian Penguatkuasaan PTG Johor yang merupakan laluan akhir bahan batuan untuk diekspot. Setibanya kami disana kami pun diberi penerangan tentang pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan disana. Turut diterangkan tentang borang UKE 2.2, permit ekspot, hari larangan ekspot, resit J8, kupon ekspot bagi pelbagai jenis bahan batuan dan banyak lagi hal hal menyentuh tentang penguatkuasaan. Setelah agak lama kami disana kami pun bergerak meninggalkan Kompleks Sultan Iskandar dan bas yang kami naiki masih lagi diiringi oleh kenderan PPT Johor. 10 minit minit kemudian kereta PPT Johor dihadapan bas pun memberikan signal ke kiri dan bas yang kami naiki turut berhenti di tepi jalan. Kami semua turun dari bas dan bersalaman dengan dengan semua PPT Johor yang hadir dan kami meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di Plaza Tol.

Perjalanan kami diteruskan sehingga kami keuar semula di Plaza Tol negeri Melaka dimana kami diiringi oleh PPT Melaka sehingga sampai di Medan Ikan Bakar Umbai dan disana kami disambut meriah oleh PPT Negeri Melaka. Setelah mendengar ucapan aluan kami pun menjamu selera dengan begitu berselera sekali dimana kami semua makan ikan bakar dan makanan laut yang berada disana. Setelah kami makan kami pun bertukar fikiran mengenai kerja dengan kebanyakkan PPT yang hadir disana dan banyak perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerja seharian dan undang undang yang kami gunakan setiap hari. Setelah jam menunjukkan pukul 9.30 kami pun balik ke Hotel Naza Tallya yang merupakan tempat penginapan kami untuk kali ini

10 minit kemudian setelah kami mendaftar bilik kami pun turun menuju ke bas, ini adalah kerana PPT Melaka hendak membawa kami melawat ke beberapa tempat yang menarik di negeri Melaka. Setelah 15 minit kami pun sampai di Sungai Melaka dimana PPT Melaka hendak membawa kami menyusuri Sungai Melaka dan menikmati keindahan panorama yang terdapat disana. Setelah tiket dibayar kami pun terus menaiki bot yang disediakan bagi menyusuri Sungai Melaka dan dengan gembira kami menikmati menikmati panorama menarik sepanjang laluan kami disana. Setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam kami pun sampai di hotel.

Catatan 23/12/2011
Awal awal pagi kami bangun dan bersarapan setelah kami bersarapan, Azril dan rakan PPT yang lain pun menaiki bas dan diiringi oleh PPT negeri Melaka kami pun melawat beberapa bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan beberapa tempat yang menarik. Setengah jam kami diatas bas kami pun berhenti di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka. Setibanya kami disana kami pun masuk ke bilik mesyuarat bagi mendengar Taklimat Perlaksanaan yang disampaikan oleh KPPDT PDTAG. Setelah makan tengahari kami pun bergerak menuju ke Hotel Naza Tallya untuk mendaftar keluar dan bersembahyang Jumaat.

Setelah kami bersolat Jumaat kami pun berjalan jalan disekitar Bandaraya Melaka sambil diiringi oleh PPT negeri Melaka. Setelah 3 jam kami menikmati kecantikan dan keunikan Bandaraya Melaka kami pun menaiki bas dan bergerak meninggalkan Bandaraya Melaka menuju ke Lebuhraya. Pemanduan di atas Lebuhraya Utara Selatan agak sesak, ini adalah disebabkan Pada jam 8 malam Azril pun memberitahu pemandu bas supaya menurunkan Azril di susur keluar KLIA. Setelah turun dari bas Azril pun terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat kebanggan rakyat Malaysia iaitu pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk balik ke Kuantan melalui pesawat Boieng 737-800 yang dimana nombor penerbangannya adalah MH 1286. 

Setengah jam berada didalam pesawat lalu pesawat pun mendarat di bumi Kuantan iaitu di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Setelah Azril mengambil beg, Azril pun keluar dari bangunan Terminal Udara menuju ke isteri Azril yang dari jauh melemparkan senyuman dan kami pun pulang ke rumah.

Azril ceria ketika diatas bas 
.
 Keadaan ceria rakan rakan PPT diatas bas
.
 Ketika rombongan kami baru sampai di Restoran Anjung Warisan
Dari kiri Setiausaha PPPTPP Encik Halim dan Presiden PPPTPP Encik Nizam berada di sebelah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor Tuan Haji Jama
.
 Ketika semua PPT mengambil tempat masing masing
.
 Tuan Presiden PPPTPP memberikan ucapan
.
.Tuan Pengarah PTG Johor memberikan ucapan
.
 Semua PPT khusyuk mendengar amanat yang disampaikan 
.
Antara hidangan istimewa yang akan dijamukan pada kami
 Tuan Haji Jama duduk setelah mengambil makanan
.
 Kami dihiburkan dengan alunan muzik Anglong
.
 Rakan rakan PPT bersarapan pagi di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
.
 Azril mengantuk ketika diatas bas
.
 Kami bergambar kenangan di Bangunan Sultan Ibrahim
.
 Kami ketika mendengar taklimat di Bilik Gerakan Bangunan Sultan Ibrahim untuk mendengar Taklimat Penguatkuasaan dan Pendakwaan
.
Azril ketika di Kompleks Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin
 Kami ketika di Medan Ikan Bakar Umbai
.
 Berukar tukar cenderahati
.
 Kami nak balik pun dapat hadiah
.
 Menyusuri Sungai Melaka
.
 Azril ketika habis mendengar Taklimat Perlaksanaan 
.
Ceria diatas pesawat Penerbangan Malaysia dan tidak sabar untuk balik ke Kuantan
.