Wednesday, November 25, 2009

Ayahanda Dan Bonda Ke Tanah Suci Makkah

Ayahanda Dan Bonda Ke Tanah Suci Makkah

Catatan 08 November 2009
Hari Isnin yang lalu panggilan telefon dari pejabat Tabung Haji ibu pejabat memaklumkan bahawa ayahanda tercinta Tuan hamzah Bin Ismail dapat mengerjakan haji di Makkah. Berita ini disambut gembira tetapi yang menjadi masalah adalah ayahanda sahaja dapat pergi manakala bonda tercinta Puan iti Roselina Indrayati tidak dapat pergi kerana nama tiada dalam senarai dan kami semua menelefon pejabat tabung haji bagi bertanyakan tentang khabar tersebut dan pejabat Tabung Haji memaklumkan bahawa ayahanda sahaja yang layak.

Dan pada 8 November ayahanda, bonda dan adik adik pergi ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas untuk urusan penghantaran jemaah haji pada pukul 5 pagi kerana pendaftaran pada pukul 5 pagi. Pada waktu itu aku masih ada atas bas dan pada pukul 6.15 pagi aku pun sampai di terminal bas setelah solat Subuh di Penang Sentral aku pun terus ke bayan Lepas dengan menaiki motor dan pada pukul 7.15 aku pun sampai.

Hati aku begitu tersentuh melihat ayahanda dengan kepala yang bercukur dan berpakaian ihram. Ayahanda memaklumkan pada aku sebab ayah cukur kepala adalah kerana membayar nazar kerana dapat pergi ke Makkah. Kami pun terus memeriksa barangan ayahnada, manalah tahu tertinggal apa apa. Aku pun memandang pada bonda dan bonda senyum pada ku sambil bertanyakan kesihatan isteriku. Lalu adik aku pun mengambil gambar kami semua dengan mengunakan kamera telefon bimbitnya

Aku tahu bonda sedih kerana tak dapat ke Tanah Suci tapi Bonda tabah dengan masih lagi tersenyum. Ketabahan bonda telah mengajar kami untuk berdikari dan mengajar kami untuk menjadi insan yang berguna.

Pada pukul 7.45 aku pun terus kami terdengar pengumuman bahawa jemaah diminta masuk dan ahli keluarga tidak boleh masuk melintasi pagar. Para petugas Tabung Haji yang mesra tersebut telah memaklumkan pada kami semua agar berjumpa dengan jemaah dan jika jemaah telah masuk ke dalam pagar tersebut mereka tidak dibenarkan keluar dan ahli keluarga tidak dibenarkan pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana penghantaran jemaah diuruskan oleh bas tabung haji dan diiringi polis trafik.

Tiba tiba Pak Cik yahaya iatu adinda kepada ayahanda sampai dan beliau telah memberikan ayahanda duit Arab Saudi kerana ayahanda meminta dia menukarkan duit tersebut

Dalam keadaan sedih yang teramat sangat kami pun terus bersalam dan memeluk ayahanda dan setelah itu ayahanda pun masuk ddalam pagar tersebut maka setelah ayahanda masuk ke dalam dewan tersebut kami pun terus balik.

Pak Cik yahaya meminta agar kami pergi ke rumahnya, semua pergi ke rumah Pak Cik yahaya kecuali aku kerana aku hendak bersiap barang barang untuk berkursus di INSTUN pada esoknya.


Ayahanda dengan pakaian ihram dan dengan kepala yang bercukur
.

Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta bergambar bersama. Dalam senyuman bonda menahan sedih yang teramat sangat kerana tidak dapat ke Tanah Suci
.

Dari kiri Tuan Hamzah, Cik Nur Hannah, aku dan Puan Siti Roselina
.

Aku bergambar bersama ayahanda.
.

Pada 09 November 2009 ketika di INSTUN Tanjung Malim, bonda menelefon aku dalam keadaan ceria memaklumkan pada aku bahawa bonda telah dihubungi oleh pihak Tabung haji yang memaklumkan bahawa bonda dapat pergi ke Tanah Suci dan bonda kena melaporkan diri di Komleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum pukul 3.30 pagi pada 11.09.2009. Syukur Alhamdulillah walaupun naik di Kelana Jaya dan tidak pergi sekali dengan ayahanda bonda dapat juga ke tanah suci. Bonda memberitahu aku bahawa supaya jangan balik dan meneruskan kursus. Ini adalah kerana sepupu aku Azim Anwar akan menghantar bonda ke Cheras dan Pak Saudara aku akan menghantar bonda ke Komplek Tabung Haji.

Pada 10.11.2009 selepas habis kelas di INSTUN pemandu instun pun menghantar aku di Stesen Keretapi Tanjung Malim dan aku pun terus menaiki KTM Komuter sehingga ke KL Sental. Setelah aku solat dan makan di Kl Sental aku pun rehat sekejap di bangku berdekatan aku menelefon isteriku dan pada pukul 10.00 malam aku pun terus ke menaiki Putra LRT yang dikenali sekarang sebagai Rapid KL ke stesen LRT Taman Bahagia.

Pada jam 12.00 tengah malam aku pun menaiki teksi ke Komplek Tabung Haji setelah rehat di satu sudut berdekatan dan pada pukul 1.00 pagi aku pun terus meronda di Bangunan Tabung Kelana Jaya dan aku pun terserempak dengan Tok Saudara aku dan mereka pun pergi juga untuk tahun ini lalu kami pun bersembang sehingga pukul 2.30 pagi.

Pada pukul 3.00 pagi bonda pun sampai bersama sepupu aku dan kami pergi daftar untuk mengambil stiker bag dan beg kecil. Pada pukul 3.15 pak saudara aku pun balik dan aku dan bonda menunggu di sana. Pada pukul 3.45 pagi petugas tabung haji menyuruh jemaah masuk dan aku pun bersalaman dengan bonda dan hati aku menjadi begitu sayu hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

Sambil mengelap air mata yang tumpah bonda memasuki pagar di hadapan dewan dan sewaktu itu aku sempat mengambil gambar bonda dengan menggunakan kamera telefon bimbit aku, aku ambil 5 keping gambar tetapi semuanya tidak menjadi sebab kamera vga. Yang dapat hanyalah satu gambar. Di hadapan pintu dewan bonda sempat melambaikan tangan pada aku dan bonda terus masuk ke dalam dewan. Aku pun melambai balik pada bonda dalam keadaan senyum walaupun dalam hati perasaan sedih yang teramat sangat.


Dengan tenang bonda tercinta berjalan untuk memasuki dewan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya.
.
Selepas itu aku pun balik dengan berjalan kaki ke stesen LRT Taman Bahagia yang jaraknaya adalah 3 km dan pada pukul 6.00 pagi LRT pun beropersi dan aku pun menaiki sampai ke KL Sentral. Selepas solat Subuh aku pun terus menaiki komuter ke Tanjong Malim dan pada pukul 9.00 pagi aku pun sampai dan aku pun menelefon pemandu INSTUN lalu dia mengambil aku dan terus akubalik ke asrama INSTUn danpada pada petangnya aku pun terus masuk ke kelas.

Setelah berkerja dan berusaha siang dan malam tanpa mengenal penat lelah dalam menyara keluarga dan akhirnya ayahanda dan bonda dapat ke Tanah Suci setelah ayahanda bersara.

BUAT AYAHANDA TERCINTA TUAN HAMZAH BIN ISMAIL DAN BONDA TERCINTA PUAN SITI ROSELINA INDRAYATI BINTI MOHAMED SULAIMAN SELAMAT MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE LIMA, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR DAN IBADAH HAJI DITERIMA ALLAH.

.............................................................................
..........................
.......

Dikesempatan ini saya Muhammad Azril, isteri Puan Azlina, adik adik Encik Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Cik Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji pada semua umat Islam di alam semesta ini dan semoga mendapat haji yang Mabrur.

Kami juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adil Adha pada semua umat Islam di Alam Semesta ini dan maafkan semua kesalahan kami jika tersilap kata dan perbuatan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA IBADAH KORBAN KITA SEMUA DI TERIMA ALLAH