Wednesday, July 25, 2012

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa

Azril Azlina Makan Malam di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa
Catatan 31 Disember 2011 
Catatan ini merupakan kesinambungan dari percutian kami di Tanah Tinggi Genting dan lawatan kami di Pameran Jejak Upin dan Ipin dan Pameran Jejak Kapal Karam di Muzium Negara.

Setelah Azril dan isteri tercinta balik dari Muzium Negara kami pun terus menempuh perjalanan yang sesak dengan ratusan kenderaan dan sejam setengah kemudian kami pun sampai di Jalan Tun Razak. Sesampainya kami disana, kami pun mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah oleh kami.

Setelah berehat sebentar kami pun terus keluar semula untuk makan malam, lokasi makan malam kami kali ini agak istimewa disebabkan kami akan makan malam di atas restoran yang terletak di tasik. Kami memang teringin kesana disebabkan kami ingin merasai kesedapan makanan yang menjadi bualan sesiapa sahaja yang pernah kesana. Setengah jam kemudian kami pun terus sampai di Resoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa.

Sesampainya kami disana, kami pun terus ke meja yang ditunjukkan oleh perkerja kaunter dan kami pun mula menghidupkan api dapur gas dan memulakan rebusan makana laut yang terdapat disana. Memang banyak makanan laut yang terdapat disana dari ketam, udang dan sotong dan banyak lagi yang terdapat sana. Memang dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan yang terdapat disana semuanya sedap sedap belaka. Setelah kami makan, kami pun cepat cepat balik tempat penginapan kami bagi mengelakkan kesesakan lalulintas disebabkan hari ini merupakan 31/12/2011.