Friday, April 08, 2011

Alkisahnya......... Sekadar Luahan

Alkisahnya......... Sekadar Luahan

Seorang insan ....

Merasakan hanya dirinya sahaja yang terbaik

Azamnya untuk dinobatkan sebagai yang terpilih ....

Alim, merendah diri, sopan santun dan berbudi bahasa

Hanyalah besi berkarat yang dicelup

Seolah olah dicelup dengan lapisan emas semata mata

Retoriknya hanya meyebutkan kiasan

Tiada nas yang diluahkan olehnya

Jauh dari segalanya

Dia cuba menyembunyikan sisi gelap hidupnya

Dari mana asalnya

Ibarat debu dia diterbangkan kemana mana

Hinggapnya di dahan baru

Baru sahaja hendak merasasakan redup dibawah rimbunan

Cita citanya segunung impian

Dia mahukan pengaruh kehormatan dan kedudukan

Cuba untuk berada diatas rimbunan di pucuk tertinggi

Rakannya jauh menggapai awan

Dia baru sahaja berada di dahan

Tiba tiba dia ditiup angin

Jauh melayang dirinya

Tanpa haluan dan arah tuju

Hinggap pula di dahan yang kecil

Lebih kecil dari dahan yang dia pernah singgah dahulu

Impiannya adalah kemuncak segalanya

Pengaruhnya dan kepintaran retoriknya

Siapa sahaja pasti terpegun dengannya

Demi cita citanya yang menggunung sejak dulu lagi

Cantasan dan penindasan perlu dilakukan

Cantasan demi cantasan dilakukan tanpa rasa kasihan

Perbezaan ketara dirinya bagi penindasan

Cengkaman harus ada tapi hanya bagi yang dipilih

Sehingga kini adakah ia akan kekal

==================
===========
=====
==
=

Saja ja Azril tulih ni tak dak kena dengan sapa sapa pun, betui ni. Cerita pasai habuk saja. Ada banyak benda juga zril nak tulih ni tapi tak palah nanti azril tulih lain.