Monday, October 18, 2010

Rupanya aku bermimpi............... 2

Rupanya aku bermimpi............... 2

Semalam seperti biasa pada malam Ahad yang sama setiap minggu aku akan menaiki bas dari Kuantan Ke Butterworth. Perjalanan dimulakan pada jam 9.00 malam setelah aku melambai pada insan yang aku cukup cintai maka bas pun bergerak meninggalkan Terminal Makmur. Pada jam 9.40 malam isteri tercinta menghantar pesanan ringkas yang menyatakan bahawa dia telah samoai dirumah dan aku pun terus mencuba melelapkan mata didalam bas yang sungguh dingin ini. Sehingga sampai di Temerloh aku masih lagi gagal melelapkan mata.

Tiba tiba aku sampai dirumah ayah aku di Taman Permata, aku pun bersalaman dengan Mak dan Ayah. Aku pun bersembang dengan mak Puan Hajah Siti Roselina dan ayah Tuan Haji Hamzah berkenaan dengan kenduri kahwin adik yang keenam. Semasa itu adik aku yang kedua Encik Azil Fikri pun ada dan kami pun terus berbincang. Isteri Encik Fikri datang memberikan kuih pada kami semua dan isteri adik aku yang ketiga Encik Azam Hafiz pun membawa minuman. Manakala adik aku yang keempat Cik Farah Zalina bersama isteriku Puan Azlina dan Adikku yang keenam Cik Fatimah Zahra menggantung langsir dan adikku yang bongsu Cik Nur Hannah tengah mengusik mereka.

Setelah habis perbincangan kami kami pun bersiap dengan berpakaian baju Melayu dan berjubah untuk ke masjid disebabkan waktu Maghrib telah tiba. Yang menariknya Encik Fikri memakai jubah yang sama warnanya dengan Encik Azam dan mereka turut memakai serban yang warnanya seakan sama. Ayah Tuan Haji Hamzah dan aku hanya memakai baju Melayu manakala adik aku sedang menunggu didalam kereta yang besar yang berwarna hitam dengan jubahnya yang kehijauan. Tiba tiba hujan rintik rintik aku melihat ayah dan adik adik yang lain berlari masuk kedalam kereta.

Tiba tiba aku membuka mata, Ya Allah aku bermimpi rupanya dan aku mengelap setitik air yang jatuh dari mukaku. Rupanya air penghawa dingin tersebut jatuh ke mukaku dan itulah penyebabbya aku terjaga dari tidur. Aku memerhatikan sekeliling dan aku masih didalam bas dan bas tersebut pun berhenti di Slim River dan aku pun terus turun dari bas menuju ke tandas dan semasa aku naik semula aku pun tersenyum keseorangan.

Aku tersenyum keseorangan disebabkan mimpi tadi antaranya adalah
  1. Adik aku mahu perkahwinannya dibuat secara besaran dengan 40 bas disediakan bagi mengambil pelajar tahfiz seluruh negara selain itu dia telah pun menulis surat pada Habib Omar agar datang ke Majlis Perkahwinanya nanti.
  2. Encik Fikri dan Encik Azam telah pun berkahwin dan mambawa isteri masing masing ke rumah ayah sedangkan mereka belum lagi berkahwin
  3. Ada sebuah kereta besar berwarna hitam dipandu oleh adik aku sedangkan aku pun tidak tahu kereta siapakah itu.
Aku pun tersenyum sambil mengingati mimpi tersebut dan aku pun terlelap dan aku tersedar pabila sampai di Butterworth pada jam 5.30 pagi dan aku pun keseorangan balik ke kuarters.