Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah @ Felda Jenderak Utara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.


Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah @ Felda Jenderak Utara

Pada 08/09/2010 yang lalu bersamaan dengan 29 Ramadhan 1431 yang lalu setelah aku balik dari kerja aku pun terus menyiapkan beg untuk balik ke Pahang. Ini adalah disebabkan pada tahun ini aku beraya di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh Pahang. Pada jam 6.15 petang aku pun terus ke Taman Permata iatu rumah mak ayah aku. Setelah selesai berbuka puasa aku pun bersalaman dengan mak ayah dan adik adik. Cuma adik adik yang tiada di rumah adalah Koperal Azil Fikri yang terpaksa bertugas di hari Raya ini dan Cik Farhana Zuhaira. Selepas itu aku terus ke Terminal Penang Sentral dan pada jam 9 malam bas MaraLiner yang aku naiki terus bergerak meninggalkan Terminal.
.
Pada jam 1.30 pagi bas yang aku naiki berhenti di Hentian Sebelah Sungai Buloh dan pemandu bas memaklumkan pada kami semua bahawa bas akan berhenti selama 30 minit. Aku hanya makan nasi goreng dan air coklat sahaja. Setelah selesai makan sahur bas bergerak menuju ke destinasinya.
.
Peristiwa yang yang aku risaukan akhirnya terjadi juga ketika bas melepasi Tol Gombak. 30 km perjalanan awal dalam keadaan terkawal dan ketika sampai di Km 30 Lebuhraya Karak bas yang aku naiki terperangkap didalam kesesakan lalulintas yang. Didalam ribuan kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak aku melihat puluhan kereta termasuk kereta impot tersadai di tepi lebuhraya akibat kesan panas lampau. Di waktu itu juga bau hangit kenderaan memenuhi bas menyebabkan semua penumpang yang berada dalam bas kesemuanya terjaga termasuk aku. Ini adalalah disebabkan keadaan yang dipanggil hangit brek dan “klac”. Setelah memerhati kenderaan lain di cermin tingkap aku pun terlelap.
.
Tiba tiba bas brek mengejut dan meyebabkan aku terjaga dan ini adalah disebabkan bas tersebut brek pabila turun dari bukit. Keadaan masih sama seperti tadi masih lagi dalam kesesakan jalanraya dan aku pun melihat jam dan rupa rupanya sudah sejam bas terperangkap dalam kesesakan dan bas hanya bergerak sejauh 10 km. Ini adalah kerana aku berada di Km 40 Lebuhraya Karak. Aku pun menyambung tidur semula dan tamatnya kekesakan lalulintas apabila bas tersebut keluar dari Tol karak dan setelah sampai di Tol Bentong aku pun menelefon isteriku.
.
Isteriku memaklumkan padaku bahawa dia telah keluar bersama Abah Mertua aku untuk mengambil aku di tepi Tol Temerloh. Pada jam 5.45 pagi aku pun sampai di Tol Temerloh dan aku memberitahu pemandu bas tersebut agar menurunkan aku di Tol Temerloh dan aku pun terus turun. Pada jam 6.00 pagi abah mertua aku Tuan Ahmad datang bersama isteriku Puan Azlina di Tol tersebut. Setelah itu kami pun balik ke Felda Jenderak Utara.
.
Di siang hari 30 Ramadhan 1431 tidak banyak aktiviti yang aku lakukan yang ada hanyalah membasuh dan mengilatkan kereta. Setelah kami berbuka puasa hujan turun dengan lebat sekali dan angin bertiup dengan kuat sekali. Dikala itu terdengar sayup sayup alunan takbir memecah kesunyian senja........................
.
Dipagi 1 Syawal setelah kami bermaafan antara satu sama lain aku, isteri aku, mertuaku dan biras pun ke msjid menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Setelah sampai di rumah kami pun terus menziarahi jiran jiran. Pada tengaharinya setelah selesai solat Jumaat kam pun menziarahi jiran jiran yang terdekat dan melayani jiran jiran yang datang.
 Tema warna bagi Hari Raya tahun 1431 Hijrah ini adalah koko. gambar dirakamkan ketika aku sedang berada dihadapan rumah Mertuaku di Felda Jenderak Utara
.
Kelihatan seorang jejaka sedang berada dihadapan rumah. Walaupun nampak gelap sikit tetapi tetap kacak. Jangan marah......
.
Nampaknya Puan Azlina sedang bersiap sekarang.
.
Nampaknya kami telah pun bersedia untuk beraya
.
Senyuman ikhlas dari seorang isteri untuk suaminya
.
 Puan Azlina mendukung anak saudaranya
.
 Adik ipar aku Puan Aizaan bersama suaminya Encik Nuril Azwaa bersama anak mereka Nur Irfaan
.
 Abah Mertuaku Tuan Ahmad dan Mak Mertuaku Puan Halijah mendukung cucu mereka
.
Sayang tau tak abang cintakan sayang dunia dan akhirat
.

 Aku dan isteri tercinta bergambat di ruang tamu
.
 Nampaknya aku lebih tinggi dari bunga tersebut
..
 Aku bergambar bersama Abah Mertuaku Tuan Ahmad
.
 Aku dan isteri tercinta ketika diluar rumah
.
 Puan Azlina bersama adikya Puan Aizaan
.
 Aku memang suka makan kuih raya
.

Beg telah tersedia untuk kami balik ke Pulau Pinang pula
.

Setelah sembahyang Maghrib kami pun terus bersiap untuk balik ke Pualu Pinang dan setelah balik dari rumah Cik Yah (mak sedara isteriku) kami pun terus memasuki Leburaya Pantai Timur pada pukul 9 malam kami berhenti makan bekalan yang diberi oleh Mak Mertua aku di Hentian Rehat dan Rawat Tapah Perak.

Setelah itu kami pun sampai di kuarters Bukit Mertajam. .......................

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Buat calon calon peperiksaan UPSR seluruh tanahair Malaysia ini termasuk adik saya yang ke 9 Cik Nur Hannah yang merupakan adik bongsu saya, saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR yang telah bermula pada hari ini.

Disiplin dalam belajar adalah yang paling penting dimana ketepatan masa adalah sesuatu yang diperlukan dalam mengulangkaji pelajaran di waktu waktu akhir.

Mulakan doa dan minta restu kedua mak dan ayah sebelum keluar rumah dan jawap dengan yakin dengan yakin dan tenang. Berusahalah bersungguh sungguh agar medapat keputusan yang terbaik demi masa depan yang gemilang.

Sebelum malangkah kaki keluar dari rumah baca doa penerang hati dan benyakkan berzikir. Apa yang penting cuba tanamkan azam yang kita akan berjaya. Yakin dengan diri sendiri dan tapi awas jangan terlalu yakin.

Selepas habis satu satu kertas peperiksaan jangan berbincang dengan kawan kawan tentang kertas yang lepas ini adalah kerana untuk mengelakkan motivasi minda menjadi negatif.

Inilah stakat ini yang saya dapat coretkan kali ini sebab saya pun pernah mengambil peperiksaan UPSR.

................................................................................

Kepada Cik Nur Hannah:- jawap dengan tenang dan yakin, abang tahu Nur boleh lakukan yang terbaik demi masa depan yang gemilang kan Nur nak jadi Pendidik. Apapun ikuti tips yang abang lakukan sewaktu nak pergi periksa.


Cik Nur Hannah yang ceria
.

Nur Hannah yang sentiasa tersenyum.
.