Friday, July 04, 2008

Cuti Cuti Malaysia - Taman Tamadun Islam

Cuti Cuti Malaysia - Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Pada 06/06/2008, setelah aku dan isteri aku pulang dari Pulau Perhentian maka kami pun meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Besut mengambil masa hampir 2 jam setengah dengan perjalanan yang hampir hampir 130km. Setelah sampai disana kami terpegun melihat kecantikan senibina disana.
.
Pada pendapat aku Taman Tamadun Islam merupakan taman tema yang harus dikunjungi oleh semua orang Islam di Malaysia kerana disana terdapat replika masjid dan monumen kesenian Islam dari seluruh dunia. Yang paling menarik adalah ketika disana disetiap replika terdapat penerangan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
.
Antara tarikan utama Taman Tamadun Islam adalah Masjid Kristal, Replika Kubbah As-Sakhrah, Istana Al Hambra dan banyak lagi. Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung adalah basikal dan kenderaan seakan akan bas.


Pintu Masuk Taman Tamadun Islam
.

Replika Masjid Agung Xi'an
.

Replika Masjid Sultan Sulaiman
.

Puan Azlina berada dihadapan Replika Masjid Qul Sharif
.

Waqaf yang disediakan untuk pelawat melepaskan penat
.

Replika Masjid Patani
.

Replika Masjid Badshahi
.

Replika Kubah Al Sakrah
.

Keindahan senibina Islam yang cukup mengkagumkan
.

Aku bergambar dihadapan Kubah Al Sakhrah
.

Untuk pengetahuan semua, pengunjung dibenarkan masuk didalam replika tersebut dan ditunjukkan tayangan video berkenaan Kubah Al Sakhrah dan ditunjukkan sekali batu yang terapung di tengah kubah tersebut. Antara isi kandungan video tersebut diceritakan tentang lokasi Kubah Al Sakhra dan sekarang ini terdapat kekeliruan dimana ada orang menyamakan Kubah Al Sakra dengan Masjidil Al Aqsa.
.
Untuk pengetahuan semua Kubah Al Sakhra bukanlah Masjidil Aqsa walaupun Masjidil Aqsa terletak didalam Al Haram Al Sharif, Masjidil Aqsa terletak tidak jauh dari Kubah Al Sakhra. Didalam video itu juga diterangkan tentang pembinaan Kubah Al Sakhra dimana bangunan tersebut diarahkan dibina pada tahun 685 dan disiapkan pada tahun 691 Masihi oleh Kalifah Abdul Malik Bin Marwan iaitu Khalifah ke lima Kerajaan Islam Bani Ummaiyah.
.
Turut diceritakan tentang Kubah Al Sakhrah pernah dibakar oleh tentera Zionis apabila mereka masuk kedalam kawasan tersebut pada perang dunia pertama. Turut diceritakan tentang pengganas zionis bercadang hendak membina Solomon Temple dan hendak memusnahkan keseluruhan Al Haram Al Sharif termasuk Masjidil Aqsa dan Kubah Al Sakhrah dimana proses penggalian terowong sebelah Masjidil Aqsa giat dijalankan hingga sekarang.
.
Selain iu didalam replika juga terdapat akses interaktif dimana terdapat skrin sesentuh yang menerangkan tentang Taman Tamadun Islam dan Kubah Al Sakhrah.
.



Kalau semua nak tahu bangunan cantik diatas adalah tandas
.

Replika Taj Mahal


Puan Azlina sedang berdiri dihadapan Masjid Sammara
.

Isteri tercinta sedang berdiri di hadapan replika monumen cinta abadi
.

Replika Masjid Sheikh Lutfalla
.

Replika Masjid Muhammad Ali
.

Replika Masjid Negara
.

Replika Menara Kalyan
.

Replika Istana Al Hambra dalam pembinaan.
.

Replika Masjid Besar Agadez
.


Bergambar dihadapan replika Masjid Muhammad Ali
.

Aku bergambar dihadapan Replika Makam Abu Nasr Parsa.
.

Cantiknya bangunan kafeteria.


Cantiknya Masjid Kristal.
.
Setelah agak lama mengambil gambar dan membaca penerangan di setiap monumen maka kami pun mengambil keputusan untuk ke kafeteria yang menyediakan potongan harga dengan membawavkeratan tiket masuk selepas makan kami ke Masjid Kristal. Seronok betul berada di Taman Tamadun Islam kerana kita dapat mengetahui nilai nilai sejarah yang terdapat di setiap kawasan replika tersebut. Untuk pengetahuan semua, Taman Tamadun Islam merupakan Taman Tema Islam yang pertama yang menengahkan tentang unsur unsur senibina Islam yang melangkaui zaman.
.
Apabila masuk ke Masjid Kristal kami semua terpegun melihat keindahan senibina masjid yang indah dan ditambah dengan ukiran khat. Cermin yang digunakan serta kemilau cahaya dari granit jelas menujukkan kepakaran dalam senibina. Tak lengkap melancong ke negeri Terengganu tanpa singgah ke Masjid Kristal. Betul .
.
Selepas kami habis sembahyang Asar di Masjid Kristal kami pun terus meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan. Pada ingatan kami tersemat ingatan yang mengkagumkan tentang senibina Islam di Taman Tamadun Islam dan kami berhajat nak datang semula nanti.
.
Selamat tinggal TTI dan Pulau Wan Man dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan sejauh 253 km dan mengambil masa selama 6 jam.

Wednesday, July 02, 2008

Cuti Cuti Malaysia - Pulau Perhentian

Cuti Cuti Malaysia - Pulau Perhentian atau cuti berbulan madu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Pada 01/06/08 kami pulang ke Felda Jenderak Utara iatu rumah mertua aku dan kami pun tinggal disana sehingga hari Selasa. Kalau semua nak tahu kat sana keadaan sejuk dan tenang betul. Keadaan hijau dan sejuk mata memandang.

Pada petang 03/05/2009 kami pun pulang ke Kuantan iatu rumah sewa isteri aku dan kami pun terus bersiap nak ke Pulau Perhentian. Inilah pertama kali aku kesana dan ramai juga orang di taman tersebut.

Pada subuh 04/05/2008 kami memulakan perjalanan dan kami sampai di Jeti Kuala Besut pada pukul 12.45 tengahari perjalanan sejauh 380 kilometer. Setelah kami pergi menyimpan kereta Gen 2 kesayanganku lalu kami pun pergi ke pejabat Anjung Holiday. Kami pun makan dahulu dan seterusnya kami pun menuggu bot untuk ke sana.
.
Lama pula rasanya sebab kami tak sabar sabar nak ke Pulau Perhentian. Kami mengambil keputusan untuk bercuti lagi disebabkan selepas ini kami terpaksa duduk berasingan disebabkan isteri aku belum dapat bertukar ke Pulau Pinang.

Setelah hampir 10 minit naik bot laju akhirnya kami pun sampai ke Pulau Perhentian Besar. Kalau semua nak tahu Pulau perhentian ada dua iatu Pulau Perhentian Besar dan Kecil.
.
Subhanallah.................................. cantiknya alam ciptaan Allah cuba bayangkan airnya cukup jernih dan terasa seperti di dalam kolam dan matahari memancar terus ke dalam laut dan menampakkan pasir dan fauna yang hidup didalamnya. Apabila sampai aku rasakan bahawa inilah pantai idaman aku.
.
Kami pun mendaftar bilik di Cocohut Chalet,lalu pada petangnya kami pun terus madi laut dan terasa seperti main air masin di kolam renang kerana kita dapat melihat kaki kita sewaktu didalam air. Hahahaha. Selepas penat kami mandi laut kemudian kami pun terus balik ke bilik.


Inilah bilik kami semasa di Pulau Perhentian

.Isteri aku tengan sidai baju yang kami mandi tadi dan isteri aku sempat basuh lagu baju tersebut
.
Bergambar didalam bilik sebelum makan malam


Senyuman yang menawan dalam keletihan setelah penat mandi laut dan menunggu untuk makan malam
Aku pun sempat juga bergambar diatas tangga sebelum kami berdua pergi makan.
.
Kami bergambar ketika sedang tunggu makan.
.
Setelah kami makan malam kami pun sempat lagi meronda disekitar laut diwaktu malam dan kami pun terus tidur. Terasa seolah olah nak ronda lagi tetapi kami dah terlalu letih disebabkan perjalanan yang memenatkan tadi. Tak sabar sabar nak tunggu esok untuk meneroka khazanah alam disana.
Esoknya 05/06/08, kami pun bangun awal awal sesudah subuh kami pun keluar melepak ditepi pantai dan aku pun menjalankan misi aku untuk merakamkan kesemua yang dilihat dirakamkan didalam kamera dan boleh diabadikan didalam blog ini.


Subhanallah........ Cantiknya alam ciptaan Allah SWT. Tiada bahasa dapat diucapkan bagi menunjukkan betapa cantiknya alam ciptaan Yang Maha Pencipta.


Jernihnya air sehingga boleh nampak anak ikan bermain walaupun dalam kedalaman 1.8meter.


Kami bergambar diatas jeti bot Pulau Perhentian



Kejernihan air dapat dilihat walau dalam air yang dalam.Kelihatan puan Azlina sedang bermain didalam air yang jernih seolah olah seperti didalam kolam renang.


Batu karang yang terletak hampir 4 meter didalam air
Selepas kami bermain air, berenang, berlari main usik usik, bergambar dan makan pagi kami pun masuk bilik mandi dan sembahyang Zohor, selepas itu kami pun terus keluar semula untuk mandi laut semula.
Kami pun bergambar diatas jeti penumpang Pulau Perhentian

Aku bergambar ditepi tebing.
.

Isteri aku main menyorok nyorok disebalik tiang

Apa benda ni?, aku pun tak tahu sama ada hidupan tersebut adalah tumbuhan atau haiwan tapi cantik.


Puan Azlina bergambar disebelah batu besar yang terdapat ratusan ketam batu disebalik batu tersebut

 Tenang nya berada diatas batu ni walaupun panas. Deruan ombak dan bayu sepoi sepoi bahasa bertiup cukup menenangkan mental dan fizikal seolah olah mahu tinggal disini sehingga seribu tahun. hahahahaha

Bergambar dihadapan pejabat Taman Laut Malaysia.
Bergambar diatas bangku dihadapan chalet ketika waktu dah petang. Ketika kami disana tak sedar seolah olah masa bergerak terlalu cepat.


Setianya seorang isteri menunggu suaminya sedang mandi laut.
.
Seorang suami yang kepenatan setelah mandi laut walupun tak berapa puas tapi apakan daya hari dah nak malam terpaksalah balik bilik untuk bersiap pergi makan.


Isteri solehah sedang menunaikan kewajipan sebagai seorang insan yang bergelar Muslimah

Kami bergambar sambil berdiri dan duduk dihadapan bilik sebelum pergi makan malam.


Inilah makanan yang dipesan oleh kami, kalu nak tahu harganya dalam RM 40.00 terpaksalah bayar sebab disana makanan memang mahal disebabkan kos pengangkutan barang mentah ke sana adalah mahal.
Setelah kenyang menjamu selera maka kami pun mengambil keputusan untuk beredar, tapi bukan untuk ke bilik tetapi kami bercadang untuk bermain ditepi laut dan bergambar sebab esok kami dah nak balik.


Isteri aku bergambar dihadapan restoran.

Kami bergambar dihadapan gambar peta lukisan Pulau Perhentian

Kami bergambar dihadapan papan penerangan diatas jeti pelancongan Pualu Perhentian.

Ish ish... tegaknya aku berdiri....hahahahaha

Setelah kami penat meronda ronda di sekitar Pulau Perhentian maka kami pun terus ke kedai berdekatan untuk beli roti. Sedar tak sedar rupanya dah pukul 11 malam dan hampir 2 jam kami meronda ronda. Kami pun balik bilik selepas itu.

Esoknya 06/06/2008. Kami bangun awal selepas kami memnunaikan kewajipan pada Tuhan Yang Esa maka kami pun mengambil keputusan untuk kemas beg dan pergi berkubang dilaut dan untuk mandi sepuas puasnya sebab hari ini kami dah nak balik.


Puan Azlina berdiri sambil melempar kan senyuman yang manis walaupun muka agak letih.
-
Aku tak sedar semasa aku senyum kepala aku tersenget. Hahahaha. Isteri aku tanya kat aku kenapa kepala aku nampak senget. Hahahaha
,
Gaya macho seorang suami tersengih dengan senyuman tahap 100 peratus.
.

Ayang aku sempat lagi melemparkan senyuman manja sambil duduk diatas bangku dihadapan chalet. "Abang ambil gambar ayang, nanti ayang pula ambil gambar abang"
.
Gambar dirakamkan ketika aku sedang duduk ditangga untuk ke atas puncak bukit Pulau Perhentian.
.

Sempat lagi mandi laut. Sedar tak sedar dah sejam kami mandi laut.

Nampaknya isteri dah bersiap barang barang dan beg untuk balik ke Semenanjung Malaysia.
Tak dapat cari batu karang atau snokerling pun tak apa asalkan dapat bergambar dihadapan batu karang.
.
Setelah menunggu dengan agak lama akhirnya bot pun sampai. Dalam 20 minit bot itupun sampai ke Terminal Penumpang Kuala Besut, lalu kami pun sampai di Tanah Besar Semenanjung Malaysia. Selepas itu kami pun merancang untuk pergi berjalan jalan sekitar Terengganu.
Pada pendapat kami Pulau Perhentian merupakan pulau yang tenang dan cantik serta tempat yang romantis. Di ingatan tersemat satu kenangan yang menggembirakan dan sukar dilupakan iatu dapat bercuti ke tempat idaman bersama orang tersayang dan dapat melupakan semua masalah yang ada. Kalau ada kesempatan nati kami akan datang semula ke sini. '
SELAMAT TINGGAL PULAU PERHENTIAN...............