Monday, October 10, 2011

Al Fatihah Allahyarham Ahamad Safawi Bin Jamlus




Al Fatihah Allahyarham Ahamad Safawi Bin Jamlus

Catatan 08/10/2011

Azril sampai di bumi Kuantan pada jam 5.20 pagi dan setelah Azril turun dari bas isteri tercinta pun menjemput Azril di tepi jalan dan kami pun puliang ke rumah. Kami pun bercadang hendak menunuggu tibanya Subuh dahulu sebelum kami tidur. Ini adalah kerana waktu solat subuh di Kuantan pada jam 5.37 pagi.

Tiba tiba telefon Puan Azlina pun berdering dan nama diatas skrin paparan adalah nama kakaknya iatu Puan Azilawati. Lalu panggilan tersebut pun terputus dan Azril pula masuk ke bilik airuntuk mengambil wudhuk. Tiba tiba Azril terdengar suara seperti seorang yang menangis dan Azril pun keluar dari bilik air dan bertanya terus pada isteri Azril

Azril   : Kenapa sayang? Awat panik pasaipa, apa jadi?
Azlina : Abang ........ Abang Pawi dah tak ada...
Azril   : Ya ka, Ya Allah.... Betui ka ni?
Azlina : Betul lah abang, abah talipon tadi kata abang pawi dah tak ada dia jatuh bilik air tadi. Kesian kat dia abang........ kesian kat akak.
Azril   : Inalillah wainalilah hirajiun........... Jom kita balik sekarang jugak kat Temerloh

Kami pun solat dan bersiap untuk balik ke Temerloh pada jam 7.30 pagi kami pun sampai. Sesampainya kami disana, kami pun terus sampai di taman jaya 9. Setibanya kami disana kami pun bersalaman dengan tetamu yang hadir iatu keluarga Allahyarham dan sahabat handai beliau. Azril pun masuk ke dalam rumah dan menziarahi jenazah Allahyarham yang merupakan biras Azril yang sedang terbaring diatas katil.

Pada mulanya Azril bercadang untuk membaca surah Yaasin didalam bilik tersebut tetapi hati Azril menjadi sebak dan Azril pun mengambil keputusan untuk membaca Yaasin di bilik bersebelahan. Semasa surah Yaasin dibacakan terimbaslah memori lama dengan Allahyarham dimana Allahyarham seorang yang baik dan sesiapapun akan senang dengan Allahyarham. Setiap kali Allahyarham balik ke kampung isterinya Puan Azilawati di Felda Jenderak Utara, beliau  akan bertanyakan tentang Azril. Azril memang senang dengan cara perwatakan Allahyarham dan kami pernah bersembang diluar rumah sehingga pukul 2 pagi dan kebanyakkan perkara yang kami bualkan adalah berkenaan dengan politik dan cabaran bangsa Melayu dan Imat Islam mengharungi alaf politik masa kini.

Walau dimana kami berada Azril tidak pernah kekok untuk berjenaka dengannya dan kadang kadang kami akan berdekah dekah ketawa ketika kami berjenaka antara satu sama lain terutamanya membincangkan tetntang kerja masing masing. Azril akan mulakan dengan kisah dipejabat Azril dan beliau akan Allahyarham akan ceritakan tentang tempat kerjanya. Paling terakhir Azril berjumpa beliau adalah semasa kami di Felda Jenderak Utara 2 Syawal yang lalu.

Sejam kemudian Azril pun keluar dari rumah dan terus keluar dan bersembang dengan jiran Allahyarham. Beberapa jam kemudian Unit Forensik PDRM dan kenderaan jenazah pun sampai dan jenazah Allahyarham pun dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh Pahang. Setibanya disana isteri Azril Puan Azlina pun menemani kakaknya Puan Azilawati untuk membaca Yasin di bilik mayat hospital tersebut.

2 jam kemudian setelah jenazah Allahyarham dimandikan kami pun bersolat jenazah di Hospital dan kami pun mengiringi jenazah ke rumah bonda dan ayahanda Allahyarham di Batu 4 Temerloh. Setelah selesai kami besolat jenazah di rumah, jenazah pula diiringi ke tempat persemadian iatu Tanah Perkuburan Islam Batu 4. Sejam kemudian proses penyimpanan jenazah berjalan dengan lancar dan kami pun terus pulang ke rumah Allahyarham di Taman jaya 9  selepas itu.

Pada malamnya Majlis Tahlil diadakan di umah bonda dan ayahanda Allahyarham di Batu 4 Temerloh 2 jam kemudian kami pun pulang ke rumah.

Sehingga catatan ini ditulis 10/10/2011 isteri Azril masih lagi menemani kakaknya di Temerloh manakala Azril pula menaiki bas dari Temerloh pada jam 11 malam semalam pulang ke Bukit Mertajam untuk meneruskan kerja.

Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.

Gambar kenangan semasa kami bercuti di Tanah Tinggi Cameron
..............................
.................
.
Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.