Thursday, December 23, 2010

Azril Azlina @ Galeri Kereta Impot di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Azril Azlina @ Galeri Kereta Impot di Kuala Lumpur International Motor Show 2010

Catatan ini merupakan kesinambungan dari lawatan Azril dan Puan Azlina ke KLIMS 2010. Setelah kami melawat Galeri Proton kami pun melawat galeri kereta lain disana. Sebenarnya kalau boleh kami tidak mahu meninggalkan galeri Proton disebabkan hati kami terpaut pada keindahan kereta Proton Konsep Pahlawan Melayu terutamanya Proton Tuah dan Proton Lekir tapi apakan daya kereta tersebut belum dilancarkan lagi .  Galeri kereta impot yang pertama kami lawati adalah di Galeri Nissan dan galeri kereta lain lain.


Puan Azlina dihadapan Nissan Juke
.

Puan Azlina tersenyum didalam kereta semasa di galeri kereta Nissan
.

Agak agak berapa harga Nissan Fairlady 370z yang kat belakang Azril ni? saja nak tau?
.

Inilah dia Chevrolet Camaro didalam filem Transformers
.

Tengok tu Azril dan Transformers Bumblebee, kalau nak tau mata dia berkelip kelip. Cuba bayangkan kalau dia bergerak gerak tentu habih semua orang lari.
.

Inilah kereta Porsche yang dapat kita tengok dalam filem-filem luar negara. Jejaka kacak yang dihadapan kereta tersebut kita hanya dapat tengok di Malaysia saja. hahahaha
.

Inilah dia bakal kereta hibrid Hyundai. Tapi sapa yang nak kereta kalau rekaan dia macam ni. Mungkin ada dan mungkin tidak.
.

Puan Azlina dihadapan bakal kereta hibrid Mitsubishi
.

Disebelah Azril adalah kereta Hyundai Avante yang terbaru.
.

Azril di belakang but kereta pelbagai guna jenama Hyundai
.

Inilah dia kereta sport terbaru dari Honda - Honda CRZ. Azril pun tak tahu nak kata apa tentang kereta Honda ni. Tapi memang tak cantik pun rekaan dia.
.

Kereta Lexus LS 600hL ni kalau tambah RM 1000 lagi harga dia RM 1 000 000. Cuba bayangkan berapa bijik rumah kita dapat beli dengan duit sejuta tu.
.

Azril dihadapan kereta hibrid Honda Insight yang terbaru
.

Puan Azlina dan BMW 5 siri yang terletak di luar dewan
.

Puan Azlina dan BMW 3 siri yang terletak di luar dewan
.
Setelah habis kami melawat semua pameran kereta disana kami pun bercadang untuk balik ke Kuantan tetapi tiba tiba kami mendapat idea dan kami pun  singgah sekejap di Sogo untuk membeli barang barang. Hampir satu jam kami di Sogo kami pun terus keluar dari Bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan kami diteruskan dan kami berhenti sekejap di gerai Sate Kajang di Ampang dan kami pun meneruskan perjalanan dan kami pun berhenti sekejap di Hentian sebelah Temerloh dan kami pun meneruskan perjalanan dan akhirnya kami pun sampai di Kuantan. Akhirnya setelah kami berada di Melaka dan seterusnya ke KLIMS 2010 kami pun sampai di rumah kesayangan kami di Kuantan ............ Rumahku Syurgaku