Friday, October 30, 2009

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah
.
Pada 25/08/2009 yang lalu satu majlis diadakan di rumah orang tua aku di Taman Permata iatu Majlis Pertunangan adik aku Cik Farah Zalina Binti Hamzah. Untuk Majlis kali ini isteri aku pun turut serta dan pada pukul 8.00 pagi kami keluar dari kuartes dan seterusnya kami ke Taman Permata
.
Setibanya di Taman Permata kami pun terus tolong buat apa yang patut. Hahahaha. Antara yang ada waktu itu adalah sepupu dan mak saudara serta jiran terdekat.
.
Pada jam 10.00 pagi rombongan dari Johor pun sampai.
.

Kami menyambut ketibaan rombongan dan perbincangan dimulakan
.

Cik Farah dan Puan Eri didalam bilik ketika proses menyolek dijalankan
.

Tok Mah duduk ketika gambarnya dirakamkan
.

Hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki
.

Perbincangan masih dijalankan
.



Akhirnya Hajah menyarungkan cincin pertunangan di jari Farah
.

Cincin disarungkan dan disaksikan oleh semua.
.

Adik aku pun bergambar dengan rombongan keluarga sebelah lelaki
.

Proses menyuap gula. Tak apa darah dah manis. Hahahaha
.

Semangkuk gula yang hendak disuapkan pada Farah
.


Pasangan cinta sejati yang membara tengah bergambar
.

Dari kiri Cik Farah, Mak Cik Roseminah, Bonda Tercinta Puan Roselina, Mak Yang dengan cucunya dan Tok Mah
.

Ayahanda Tercinta Tuan Hamzah berbincang sesuatu dengan adindanya Pak Cik Yahaya
.

Akhirnya kek bertunang pun dipotong
.

Selepas majlis tersebut maka tetamu yang datang pun balik, 2 jam kemudian aku dan isteri aku pun balik ke kuarters. Pada malamnya kami pun pergi semula ke Taman Permata untuk makan malam dan pulang semula ke kuarters selepas itu.