Tuesday, December 11, 2007

Aku Jatuh Cinta Lagi


Aku Jatuh Cinta Lagi

Asalamualaikum..........

Alhamdulillah, Segala Pujian Bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam Dengan Rahmat Dan Kasih SayangNya Kita Masih Lagi Dapat Bernafas Di Atas Muka Bumi Yang Fana Ini

Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku dah habis peperiksaan setelah 3 minggu berhempas pulas dan memerah otak, akhirnya peperiksaan dah habis dah.

Cinta..............??

Yea sehingga blog ini ditulis aku jatuh cinta pada seseorang...........Aku jatuh Cinta Lagi

Alkisahnya................

Selepas habis kertas terakhir peperiksaan aku pun terus ke Terminal Bas untuk membeli tiket ke Kuantan, Pahang bagi mengotakan janji aku pada seseorang. Insan yang sanggup menunggu aku sehingga habis peperiksaan untuk berjumpa dan insan yang sanggup telefon aku siang dan malam walaupun kami hanya kawan biasa ketika itu.

Pada 07/12/2007 jam pukul 9.30 aku pun melangkah ke Terminal Butterworth atau lebih dikenali sebagai Terminal Sultan Abdul Halim, Butterworth. Sewaktu itu adik aku dan adik angkat aku Ruhi Hayat datang menemani aku di Terminal Bas. Saja je diaorang kata nak teman sebab lepas ni boleh lah diorang pergi tempat lain. Hahahaha

Bas pun datang pada pukul 11.00 malam akibat berlaku kesesakan di atas Jambatan Pulau Pinang. Aku macam biasa apabila naik bas terus pening dan sakit kepala, untuk menghilangkan sakit kepala tersebut maka aku pun terus tidur.

Bas berhenti di Slim River untuk rehat selama 1 jam dan perjalanan diteruskan ke Pantai Timur. Sedar sedar dah pagi akhirnya bas berhenti di Terminal Makmur, Kuantan Pahang pada pukul 8.00 pagi. Aku pun naik terminal terus ke surau dan terus mandi di terminal dengan bayaran RM1.00.

Pada jam 9.00 pagi. Akhirnya insan yang aku tunggu muncul juga, Cik Azlina Binti Ahmad datang dengan Proton Gen 2 orennya menjemput aku di Terminal Makmur. Inilah kali pertama aku melihat Cik Azlina, sebelum ini kami hanya berbual melalui telefon sahaja

"Assalamualaikum, saya Azril" kata aku

"Waalikumsalam, saya tahu," jawap Cik Azlina sambil senyum dan merah mukanya

"Apa kata kita pergi makan" kata aku

"Ok je" balas Azlina masih dalm senyuman

Akhirnya kami pun pergi makan dikedai berdekatan dengan Terminal Makmur.

Kemudian kami pergi ke Pantai Gelora dan kami pun pergi ke Pantai Teluk Chempedak.

Kami menemuramah antara satu dengan lain dan setelah menyusur Pantai Telok Chempedak akhirnya.

"Saya nak cakap sesuatu boleh tak?" kata aku.

"Boleh je" kata Azlina

"Saya tengok cara awak dari semua segi, saya suka kat awak, boleh tak kalau saya pinang awak?" Kata aku serius kerana aku sudah jatuh cinta pandang pertama pada Azlina

"Haaa" kata Azlina sambil merah padam mukanya menahan malu

"Saya serius ni, saya nak menjadikan awak isteri saya satu hari nanti tapi sebelum tu saya nak pinang awak boleh tak?" kata aku lagi

Cik Azlina pun angguk tanda setuju dan sambil tunduk, sewaktu itu mukanya masih lagi merah.

"Apa kata kita bincang tentang hantaran", kata aku

"Ok je, saya tak kisah", kata Cik Azlina

Setelah itu kami pun terus berbincang tentang hantaran dan kami pun terus bersembang lagi.

"Apa kata kalau minggu depan saya datang dengan mak dan ayah saya kat rumah mak dan ayah awak" kata aku

" Haa, hmmm........................... apa kata kalau awak datang 2 minggu lagi sebab waktu tu adik saya Azian pun bertunang sekali, apa kata kita bertunang waktu tu" kata Azlina

"Ok je", kata aku

Tiba tiba aku rasa pening dan sakit kepala yang dashat macam nak pecah kepala lalu aku ajak Azlina pergi makan di gerai makanan segera di tepi pantai

Akhirnya aku pun memberitahu Cik Azlina kata yang aku nak balik sebab terlalu sakit kepala sangat, lalu azlina pun menghantar aku ke Terminal Makmur, Kuantan. Aku pun beli tiket dan paracetamol lalu bas pun datang dan Azlina tunggu bas tersebut hingga bas berjalan. Geram betul aku tak sempat nak jumpa lama lama sebab kepala aku dah terlampau sakit dan tak tahu nak buat apa.

Setelah 3 jam akhirnya aku sampai di Puduraya sewaktu itu kepala masih lagi sakit tapi dah lega sikit. Aku pun cari bas nak ke Butterworth, akhirnya aku jumpa juga.

Dalam bas aku terkenangkan Azlina yang baru aku jumpa dalam beberapa jam yang lepas.

Dalam pukul 9.30 malam akhirnya aku sampai di Butterworth dan aku telefon adik aku suruh ambil aku.

Dalam pukul 10.20 aku pun sampai rumah

Aku sampai rumah terus aku sembahyang dan makan

"Ayah, Mak esok Azril ada benda nak cakap tentu ayah dan mak gembira dengar tapi malam ni azril nak tidur dulu sebab pening sakit kepala" kata aku

"Ok tentu kejutan kan", kata mak dan ayah

ESOKNYA

"Mak dan ayah apa kata 2 minggu lagi kita pi Temerloh Pahang sebab azril nak ajak mak dan ayah pi meminang Azlina" kata aku


"Haaaa", kata mak dan ayah terkejut.

"Ok je tak apa nanti kita pergi ok", kata mak dan ayah sambil senyum gembira.

Tengahari tu mak aku telefon mak Azlina sambil berbincang untuk persediaan 2 minggu lagi.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Tadi aku cakap kat kawan kawan kata aku nak bertunang dalam masa 2 minggu lagi semua terkejut macam tak percaya. Hahahaha
AKU JATUH CINTA LAGI;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah

Ramadhan yang kita cintai akan berlalu akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi.
Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan Hari Raya.

Dikesempatan Hari Raya Ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk :--

Mak dan Ayah - Tuan Hamzah Bin Ismail dan Puan Siti Roselina Indrayati binti Mohd Sulaiman
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki azril pohonkan atas segala kesalahan yang telah azril lakukan dari azril kecil hingga azril besar. Terima kasih kerana siang dan malam mendoakan kesejahteraan azril dan terima kasih kerana telah memberikan kasih dan sayang pada azril. Azril sayang Mak dan Ayah.

Adik-adik - Azil Fikri, Azam Hafiz, Farah Zalina, Fatimah Zahra, Muhammad Muhaimin, Farhana Zuhaira dan Nur Hannah
Selamat Hari Raya abang Minta Ampun dan Maaf atas apa yang apa dah lakukan. Abang sayang hangpa semua.

Allahyarham Farhana Zuhaira Binti Hamzah
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf, abang sentiasa ingat akan farhana walau dimana abang berada. Semoga Farhana ceria dan gembira disana.

Mak/Tok/Pak Saudara
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf atas apa yang azril lakukan

Yang Teristimewa Cik Azlina Binti Ahmad
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat. Terima Kasih kerana selalu call saya dan ingat saya. Selepas saya exam nanti kita jumpa ok..

Kawan kawan
Aku minta ampun dan maaf atas apa aku lakukan dan aku harap kesalahan aku jangan simpan dalam hati.

Orang yang mengenali
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Bos bos dan ketua di pejabat dan bekas bos
Selamat Hari Raya Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat

Orang yang pernah bertakhta didalah hati
Aku minta ampun dan maaf atas apa aku lakukan dan aku harap kesalahan aku jangan simpan dalam hati

Yang DiPertuan Agong dan Sultan Sultan Negeri Melayu
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku

Ketua Kerajaan, Ketua Negara, Ketau Negeri, Ketua Eksekutif Negara dan Negeri
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, terima kasih kerana telah membawa tanahair berdaulat ini ke mercu dunia dan terima kasih kerana menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Umat Islam di Malaysia dan Seluruh Dunia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita semua adalah saudara

Buat Bangsa Melayu Islam
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Takkan melayu hilang di dunia. Melayu kan Gagah di Nusantara dan Di Dunia. Bangunlah bangsaku

Monday, October 01, 2007

Hikmah Ramadhan - lirik lagu Rabbani

Lirik Lagu Hikmah Ramadhan
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
Mendidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Lagu dan lirik: Ustaz Asri Ibrahim / Sharifah Maisarah Syed Jamaluddin

Monday, September 17, 2007

Album Keluarga Aku

Album Keluarga Aku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani.

Salam Ramadhan semua, bulan puasa ni banyak kerja juga nak kena buat. Dalam bulan puasa juga banyak kerja di pejabat. Biasalah kan dugaan. Hahahaha
Setelah sembahyang tarawih aku pun belek belek gambar aku pun scan guna scanner gambar lama lama.
Gambar yang mengimbas susah dan senang keluarga aku, kenangan pahit manis, kenangan suka dan duka.
Gambar diatas menunjukkan adik bongsu aku, Nur Hannah Binti Hamzah, waktu ni umur dia baru saja 1 tahun setengah. Gambar tersebut dirakamkan ketika tahun 1999. Sekarang ni Nur Hannah dah berumur 9 tahun. Dialah adik kesayangan aku. Dia manja sungguh dengan aku, kalau aku aku balik kerja terus dia terpa dan suruh dukung. Sampai umur dia sekarang 9 tahun dia tetap manja dengan aku.
Gambar diatas menunjukkan gambar aku dan adik adik aku ketika di Empangan Mengkuang. Gambar ni dirakam kan ketika tahun 1997

dari kiri Kod 1, Aku, Muhammad Muhaimin(dukung), Azam Hafiz, Farah Zalina, Fatimah Zahra dan Azil Fikri

Gambar dia atas menunjukkan aku dan adik aku ketika kami berkelah di Air Terjun Junjung, sejuk betul airnya. Sampai terketar ketar kami semua dibuatnya. Gambar tersebut dirakamkan pada tahun 1995.

Gambar diatas dirakamkan ketika tahun 1997 di atas tapak Taman Jernih. Gambar ini dirakamkan ketika aku baru balik dari asrama BM High School.

Dari kiri, Muhammad Muhaimin, Aku, Fatimah Zahra dan Azil Fikri

Gambar diatas dirakam ketika Hari Raya Aidilfitri. Yang tengah sekali dibelakang dan sambil duduk adalah mak kami, Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman. Gambar dirakamkan ketika tahun 2000.

Hahahaha gambar aku dan Lans Koperal Azil Fikri Bin Hamzah ketika ni Fikri baru balik dari kem, gambar ini dirakankan ketika tahun 2003. Waktu ni aku bermisai, tebal juga misai aku.

Gambar diatas, gambar aku dan Allahyarham Farhana Zuhaira Binti Hamzah ketika aku tengah dukung Farhana. Sewaktu itu Farhana adalah adik bongsu kami. Gambar tersebut dirakamkan ketika tahun 1997.

"Farhana abang sayangkan Farhana sampai bila bila, semoga Farhana bahagia disana"

Wajah seorang Ahli Syurga, Allahyarham Farhana Zuhaira Binti Hamzah. Gambar dirakamkan ketika tahun 1997

Kami semua sayangkan Farhana, Farhana tunggu kami disana.

Gambar diatas dirakamkan ketika tahun 2003, bergambar dengan insan yang cukup kami sayangi, mak kami.

Dari kiri Nur Hannah Binti Hamzah, Aku, (Mak Kami) Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman dan Azil Fikri.

Gambar diatas, gambar Mak dan Nur Hannah ketika tahun 2006. Gambar tersebut dirakamkan pada tahun 2006. Gambar orang kesayangan aku.

Gambar diatas menunjukkan gambar insan yang kami cukup kagumi dan kami sayangi, ayah kami, Tuan Hamzah Bin Ismail. Beliau berusaha gigih siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membesarkan kami 9 beradik. Dulunya kulit ayah putih tapi sebab berkerja dalam keadaan panas dan cuaca yang tidak menentu maka terus gelap hingga sekarang. Gambar dirakamkan ketika ayah nak masuk hutan pada tahun 1982 ketika itu ayah baru berumur 31 tahun. Kami sayang ayah dan kagum dengan kegigihan ayah dalam membesarkan kami sehingga kami menjadi insan yang berguna

Gambar dirakamkan ketika tahun 1998 ketika kami berada dihadapan rumah.

Dari kiri Kod 1, Farah Zalina Binti Hamzah, Muhammad Azril Bin Hamzah, Nur Hannah Binti Hamzah(dukung), Fatimah Zahra Binti Hamzah, Azil Fikri Bin Hamzah, Muhammad Muhaimin(dukung) dan Azam hafiz Bin Hamzah.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Kalau sekarang tahun 2007 Kod 1 dah berumur 20 tahun tengah berkerja sebagai mekanik motor, Farah penuntut tahun akhir Ijazah di Usm, Nur Hannah dah berumur 9 tahun, Fatimah Zahra dah tingkatan 5, Azil Fikri sekarang dah Kopral di Kem Si rusa Port Dicson, Muhammad Muhaimin dah Tingkatan Satu dan Azam Hafiz baru habis dari belajar dan berkerja sebagai Pegawai IT di Segi College.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Aku terfikir juga tentang diri aku, aku dah ada kerja tetap, aku dah ada kenderaan, apa lagi yang aku nak cari?....................................

Adik adik aku dah besar.............................

Mungkin aku perlu fikir tentang aku juga untuk berkeluarga..............

Mungkin aku perlu fikirkan cadangan asal aku untuk mendirikan rumahtangga pada usia 35 tahun.......................

Mungkin aku juga perlu yakinkan diri aku tentang cadangan asal aku.................

Bagaimana untuk aku nak berpasangan dengan serius kalau selalu putus sahaja..............

Mungkin lepas ni aku akan elakkan konflik atau mencipta konflik..................

Mungkin aku akan kurangkan sifat kurang sabar dan panas baran aku.....................

Serius cakap walaupun aku dah putus hampir 2 bulan tapi aku tak rasa sunyi pun, mungkin asyik putus dengan ramai sangat sampai dah tak ada perasaan ke aku ni??..........

Aaaah rilekslah aku kan muda lagi baru umur 27. Ya ke??...

Hahahahahaahahahahahahahahahaha

Wednesday, August 15, 2007

Ntah apa apa entah


Ntah apa apa entah

Tadi masa akau tengah buka pelan untuk untuk buat siasatan tiba tiba ada seorang staf pejabat aku tanya kat aku

Soalan Dia : Tak boring ke buka pelan tiap tiap hari ?

Jawapan Aku : Tak

Soalan Aku : Tak boring ke menaip setiap hari?

Jawapan Dia : Tak sebab dah tugas

Aku Kata : Hahahaha, sama lah macam saya.........

Biasalah kan dah tugas aku nak buat macam mana kan. Hahahaha

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Kemalrin ada tetamu misteri bawa KFC untuk kami semua satu pejabat dia belanja. Tapi yang paling tak best sebab boleh makan seketul saja. Tiba tiba tengah makan Johari sempat rakam gambar aku dengan menggunakan telefon bimbit dia. Hahahaha depa kata mulut aku bengkak sebab simpan makanan dalam mulut masa jo ambil gambar.

Thursday, July 26, 2007

Nak Uji Telefon Kamera Baru



Nak Uji Telefon Kamera Baru

Ada sorang kawan pejabat aku beli telefon baru siap dengan kamera lagi. Dia pun ambil semua orang punya gambar sebab nak letak dalam fon dia, termasuk gambar aku.

Dia pun suruh aku senyum dan aku secara tiba tiba terus angkat "peace"

Tiba tiba terdengar suara "Ish ish perangai macam budak budak patut lah tak kawin lagi",

Aku pun menjejaki suara tersebut maka diketahui juga oleh aku bahawa suara itu kepunyaan seorang senior pejabat aku

"Relaxlah saya kan muda lagi" kata aku sambil senyum

Betul kan aku kan muda lagi baru 26 tahun hahahahaha

Jangan Marah
..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,...,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,;.,.,.,.,.,.,.,.
Kawan kawan pun selalu tanya kat aku mengapa muka aku akan berubah ubah, pagi nampak cerah sikit bila petang nampak gelap.
Jawapan yang senang dan yang tepat sebab aku kan kerja unit luar. Nak kena keluar pejabat setiap hari main panas dan main hujan. Dah petang balik pejabat lepas keluar menjalankan tugas dalam keadaan panas macam mana muka tak hitam

Friday, July 20, 2007

Antara Soalan Yang Kerap Ditanya



Antara soalan yang mereka (kawan kawan pejabat dan sekitar) tanya pada aku dan setiap hari dan setiap minggu. Kalau malas nak jawap aku diam saja.

Soalan Mereka : Kenapa selalu senyum je macam tak ada masalah je?

Aku Jawap : Takkan saya nak nangis kot kalau ada masalah. Saya selalu senyum sebab senyum kan sedekah. Tak payah keluarkan duit cuma senyum je. Kalau ada masalah pun takkan kita nak tunjuk muka kita yang bermasalah ni kat orang.

Soalan Mereka : Bila nak kahwin?

Aku Jawap : Tak apa nanti saya kahwin lah, bila saya berjaya nanti. Saya target dalam umur 35 tahun sebab masa tu saya dah bersedia. (Soalan yang paling malas nak jawap)

Soalan Mereka : Azril ada girlfriend tak? Bila masa pi dating? Cakap kat mak dan ayah tak nak keluar?

Aku Jawap : Ada, hari cuti saya keluar lah dating, saya cakap kat mak ayah kata nak keluar dengan kawan. (Soalan yang paling malas nak jawap, takkan aku nak cerita kat semua kata aku selalu putus cinta, lagi satu takkan semua benda aku nak cerita kat mak dan ayah)

Soalan Mereka : Pernah putus cinta tak? Sedih tak?

Aku Jawap : Banyak kali jugak, tak sedih kalau sedih pun cuma beberapa jam saja tak sampai setengah hari (patah tumbuh hilang berganti, hahahaha)

Soalan Mereka : Kalau nak cari calon isteri yang macam mana?

Aku Jawap : Yang mempunya ciri ciri wanita solehah, boleh terima mak dan ayah saya serta adik adik saya dan tak tinggal sembahyang.

Soalan Mereka : Tempat yang paling disukai kalau nak 'release tension'?

Aku Jawap : Laut dan Pantai sebab dengar deruan ombak cukup menenagkan jiwa dan ditambah dengan bayu pantai sepoi sepoi bahasa cukup mengasyikkan.

Soalan Mereka : Kalau nanti lepas kahwin nanti nak pergi bercuti kat mana ?

Aku Jawap : Mungkin kat tanah tinggi yang sejuk macam Genting Highland atau di Cameron Highland dan pulau yang saya tak pernah pergi sebelum ni. Saya kan suka laut dan saya harap bakal isteri saya pun suka laut.

Soalan Aku : Kerja dah siap ke? Dok tanya saya je. Tak baik curi tulang, makan gaji buta je

Mereka Jawap : Haaaaa. Ok

Wednesday, June 27, 2007

Rombongan jabatan ke negeri Kelantan

Asaalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Tuhan Pencipta Alam yang telah menciptakan alam ini dengan indah sekali. Kali ini aku nak membawakan satu berita yang seronok lah juga hahahaha. Pada 22 Jun yang lalu aku dan kawan kawan pejabat pergi rombongan ke Kelantan. Kebanyakkan staf pejabat termasuk ayah aku pun turut serta ke sana.

Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas persiaran ke Kelantan selepas solat Jumaat. Kami melalui Baling dan seterusnya ke Kelantan. Aku tak dapat ceritakan keindahan alam sewaktu ke sana disebabkan aku kan selalu sakit kepala sewaktu naik bas, maka aku pun memejamkan mata walaupun tak mengantuk. Aku pun tak tau berapa banyak panadol yang aku telan disebabkan sakit kepala.

Pada malamnya kami pun sampai ke Kelantan. Dengan keadaan yang letih aku pun terus masuk dengan keadaan lemah dalam Renaisance Hotel Kota Bharu dan terus tidur. Bestnya dapat tidur. Hahahahahaha.

Tapi tak tidur juga sebab Radzi sms aku dan aku pun lepak sampai pukul satu pagi dengan member sepejabat dalam 20 orang. Hahahaha.

Pada esoknya kami pun terus dibawa berjalan jalan antara tempat yang kami pergi adalah kilang serunding. kami melihat sendiri bagaimana serunding dihasilkan dari daging kotak sehingga serunding itu di pek.

Gambar diatas menunjukkan serunding dikacau oleh Pak Omar rakan pejabat aku. Pak Omar silap kacau sampai serunding tu berasap. Tengok sampai berasap serunding tersebut di buatnya, nasib baik tak hangit. Adegan yang paling best dan tak dapat dilupakan apabila seunding telah siap kami dibenar merasa serunding dalam keadaan panas dan kami pun diberi diskaun untuk setiap pembelian. Setelah merasa rasa separuh kenyang serunding dan cuba bayangkan geng geng mak cik kat pejabat aku beli seunding hampir setengah bas. Hahahaha. jangan marah.

Selepas habis berpeluh di kilang serunding kami pun pergi melawat muzium. Selepas itu kami pun pegi berjalan jalan di Pasar Siti Khadijah.

Masa itu aku dan Radzi pun terus menjelajah dan terus meronda dan sewaktu ronda banyak benda yang dapat dilihat. Hahahaha. Semuanya menarik bangunan, suasana, pesekitaran dan lain lain lagi.

Selepas itu kami pun makan dan terus balik tidur hahahaha.

Pada esoknya pada hari Ahad dengan berat hati kami pun berangkat balik ke Penang. Berat hati ke?? Hahahaha.

Gambar diatas sewaktu aku dan idola aku (ayah aku) bergambar dihadapan bas sebelum balik ke Penang. Macam biasa aku terus masuk dalam bas pejam mata sebab sakit kepala. Yang paling penting kami semua seronok pergi sana.

Assalamualaikum

Thursday, May 24, 2007

Senyuman Satu Sedekah

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)

Huraian

1.Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


COMEL TAK BUDAK NI ? SENYUMAN YANG MANIS. SESIAPA TENGOK PASTI NAK CIUM DAN PEGANG PIPI BETUL TAK ? GERAM TENGOK RASA MACAM NAK PICIT PICIT PIPI YANG COMEL TU. HAHAHAHAHAHA. TAPI APA KAN DAYA SAKIT LAH PIPI AKU KALAU AKU PICIT SEBAB BUDAK YANG DALAM GAMBAR TU ADALAH AKU SEWAKTU BERUSIA 1 TAHUN 2 BULAN.

PERAJURIT TANAH AIR

PERAJURIT TANAH AIR

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Pencipta: Surya Buana

Senikata: Surya Buana

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

GAMBAR DI DIRAKAMKAN SEWAKTU AKU DAN KAWAN KAWAN AKU MELAWAT TUGU PERINGATAN NEGARA. TEMPAT BERSEJARAH YANG MENINGGALKAN KESAN YANG BEGITU MENDALAM DI SANUBARI. SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH ROH PARA PEJUANG DAN NASIONALIS YANG BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN NEGARA BERDAULAT YANG CUKUP KITA CINTAI INI.

Tuesday, April 24, 2007

DERMALAH DARAH ANDA


MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
Dr. Yusuf Qaradhawi :

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32 “

Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.

Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : “ Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : “ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : “ Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah :” Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :” Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

teks asal>>>

التبرع بالدم من أفـضل الصـدقات.
الدكتور يوسف القرضاوي:

من أفضل ما يقدمه أهل المريض وأصحابه له التبرع بالدم له اذا احتاج اليه عند إجراء جراحة أو لإسعافه وتعويضه عما نزف منه، فهذا من أعظم القربات وأفضل الصدقات لان إعطاء الدم في هذه الأحوال بمثابة انقاذ الحياة وقد قرر القرآن الكريم في معرض بيان قيمة النفس الإنسانية « أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فسادا في الأرض فكأنما قتل الناس جميعا ومن احياها فكأنما أحيا الناس جميعا» «المائدة 32»، وإذا كان للصدقة بالمال منزلتها في الدين، وثوابها عند الله، حتى أن الله تعالى يتقبلها بيمينه، ويضاعفها اضعافا كثيرة إلى سبعمائة ضعف إلى ما شاء الله فان الصدقة بالدم أعلى منزلة وأعظم أجرا، لأنه سبب الحياة وهو جزء من الانسان والانسان أغلى من المال وكأن المتبرع بالدم يجود بجزء من كيانه المادي لأخيه حبا وإيثارا، ويزيد من قيمة هذا العمل الصالح أن يغيث به ملهوفا ويفرج به كربة مكروب وهذه مزية أخرى تجعل له مزيدا من الأجر عند الله تعالى ففي الحديث: «إن الله يحب إغاثة اللهفان» -رواه أبو يعلي والديلمي وابن عساكر عن انس كما في فيض القدير 2-287 . وفي الصحيح: «من فرج عن مسلم كربة من كرب الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة» رواه الشيخان من حديث ابن عمر، كما في اللؤلؤ والمرجان برقم 667 .

بل صح عن رسول الله- صلى الله عليه وسلم- أن إغاثة الحيوان المحتاج إلى الطعام أو الشراب له عظيم الأجر عند الله، كما في حديث الرجل الذي سقى كلبا عطشانا، وجده يلهث يأكل الثرى من شدة العطش فملأ خفه ماء من البئر، وامسكه بفيه وسقاه حتى ارتوى قال النبي- صلى الله عليه وسلم- «فشكر الله له، فغفر له» ، قال الصحابة دهشين: أئن لنا في البهائم لأجرا يا رسول الله؟ قال: «نعم في كل كبد رطبة أجر»، (متفق عليه عن ابي هريرة كما في اللؤلؤ والمرجان الحديث 1447) ، ويبدو أن الصحابة كانوا يظنون أن الإحسان إلى هذه المخلوقات لا يقابله أجر عند الله، وان الدين لا يهتم به فبين لهم الرسول الكريم أن الاحسان إلى أي كائن حي فيه أجر ولو كان حيوانا أو كلبا فما بالك بالإنسان؟ وما بالك بالانسان المؤمن؟والصدقة بالدم لها ثوابها الجزيل بصفة عامة ولكن صدقة القريب على قريبه مضاعفة بصفة خاصة لما فيها من توثيق روابط القربى وتأكيد الصلة بين الأرحام، وفي هذا يقول الرسول- صلى الله عليه وسلم- «الصدقة على المسكين صدقة وعلى ذي الرحم اثنتان: صدقة وصلة».

المصدر جريدة الوطن القطرية


Friday, March 30, 2007

Kerana Mu Malaysia


Keranamumu jua Malaysia akan ku korbankan apa saja untuk untuk mu Malaysia....................................................................

Apa gunanya menjadi penduduk Malaysia tanpa semangat patriotik.Pada pendapat aku jika seseorang warga Malaysia tiada semangat cintakan negaranya maka ia dianggap sebagai orang yang tidak layak untuk tinggal di Malaysia.............................................................

Gambar di atas dirakamkan semasa Ulangtahun Kemerdekaan Negara Berdaulat Malaysia yang ke 48 pada 31 Ogos 2005.31 Ogos 2005, Seawal pagi kami sudah berkumpul di Dataran Pemuda Merdeka berhadapan dengan Bangunan Datuk Haji Ahmad Badawi di Butterworth.

Kemudian kami melihat perarakan panji panji masuk ke padang. Di situ jugalah kami mendengar alunan dan kami turut sama menyanyikan lagu Negaraku, Untuk Negeri Kita, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Selepas itu juga kami mendengar bacaan sajak yang mengisahkan tentang pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu untuk memerdekan Malaysia dan sajak yang mengisahkan tentang bertuahnya menjadi penduduk Malaysia yang aman damai dan sejahtera.

Seterusnya kami pun berbaris dan memulakan kawad dengan penuh semangat patriotik yang tidak berbelah bagi dimana pasukan kawad pejabat kami dipimpin oleh Ketua Kontijen kami iaitu Encik Afdal Izal Tan Sri Md Hashim. Kami pun kawad keluar dari padang dan lalu di hadapan khemah VVIP dan seterusnya Ketua Kontijen kami memberi tabik hormat pada Tun Tan Seri Datuk Seri TYT Negeri Pulau Pinang, YAB Tan Sri KM, YB Datuk Seri TKM dan VVIP yang terdiri dari YB Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri dan Datin. Selepas itu kami pun meneruskan kawad sehingga ke belakang bangunan Datuk Haji Ahmad Badawi.Seterusnya kami diberi bekal makanan dan kami pun duduk mendengar penerangan Ketua Kontijen seterusnya kami bergambar kenangan seperti di dalam gambar.

Kemudian kami mengambil tempat semula di dalam Dataran Pemuda Merdeka. Waktu itulah juga kami melihat kontijen kontijen lain kawad dengan beraneka pakaian yang menarik. Kami kemudiannya melihat perarakan yang paling diminati oleh aku iaitu perarakan kereta perisai Tentera Darat.................................................

Tentang gambar pula. Nampak tak aku kat mana...................................

Apa pun aku cukup gembira pada hari tersebut walaupun cuacanya cukup panas.Sekian untuk hari ini. Assalamualaikum.

Hari Ashura


HARI ASYURA

Bersempena dengan hari Asyura yang disambut pada 10 Muharram 1428 bersamaan dengan 29/01/2007 yang lalu Pejabat kami telah menganjurkan Majlis Membuat bubur Asyura. Majlis tersebut disertai oleh semua warga pejabat kami.

Lokasi kawasan dimana berlakunya proses membuat bubur asyura adalah di belakang surau pejabat kami. Aku adalah antara orang terawal yang mengacau dan menggangu majlis tersebut. Biasa lah mula mula aku tolong lepas tu bila dah penat aku pun terus melarikan diri. Secara lansung dan tak lansung bukan melarikan diri tetapi duduk tepi sebab dah penat.

Tapi berlaku beberapa perkara yang tidak diingini semasa proses ersebut berlaku antaranya seperti bubur yang kami kacau hampir hampir hangit nasib baik sempat juga diselamatkan. Tapi antara proses yang paling rumit apabila bubur menjadi pekat, pada waktu itulah jugalah kami terpaksa menguatkan kacauan agar bubur tidak berkerak. Memang kami semua sedikit penat tapi seronok. Lepas episod tersebut aku pun pun duduk di tepi sambil melihat rakan rakan yang lain mengacau bubur tersebut.

Tapi yang paling best sekali adalah semasa bubur tersebut masak. Sedap benar rasanya. Memang puas benar hati kami semua. Yang paling penting tak kira apa jua majlis yang dijalankan semangat kerja berpasukan paling penting dan perlu di amalkan dalam setiap perkerjaan yang dijalankan. Sebagai contoh semangat kerja berpasukan yang kami amalkan ketika majlis membuat bubur tersebut.

Janji Senyum


Janji Senyum


Assalamualaikum....... Didalam diari bergambar yang aku catatkan setiap hari. Tiap tiap hari aku akan menulis di dalamnya. Tidak kira sama ada berita baik atau berita buruk akan kau catatkan didalam diari aku. Bagi aku dengan menulis diari tersebut dapatah aku mengenangkan kembali peristiwa yang lepas yang menyentuh perasaan ataupun peristiwa gembira. Kadang kala dengan memaca catatan yang gembira dapat menenangkan perasaan aku. Biasalah kan……………………………………………………………………………..

Antara catatan diari bergambar tersebut yang tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu aku pergi bercuti atau lebih tepat dikatakan pergi rombongan ke negeri Kelantan pada tahun 2006 selepas aku melancong di negeri Terengganu. Kami sampai di Pasar Siti Khadijah pada pukul 11.00 pagi dan kami pun terus melihat dan mencari barang hendak dibeli. Pada masa yang sama juga pada waktu tersebut aku benar benar dahaga dan lapar. Pada pukul 2.00 petang selepas solat Zuhur kami pun pergi ke kedai makan berdekatan pasar tersebut. Kami pun terus memesan makan dan minum tiba tiba terjadi satu peristiwa iaitu sewaktu sampai giliran kami untuk memesan makanan dan minuman lalu kami terpandang gerai yang menjual air kelapa di seberang jalan. Kami terus memesan makanan sahaja tanpa air. Bermacam macam perkara terjadi sewaktu kami tengah makan antarnya tersedak disebabkan makan sambil bercakap dan kekurangan air.

Untuk mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini terjadi kami semua bertekat menghabiskan makanan kami secepat yang mungkin. Setelah kami makan kami pun terus bergerak meninggalkan kedai tersebut. Perjalanan diteruskan sehingga ke gerai yang menjual air kelapa yang terdapat diseberang jalan. Disebabkan kami semua dahaga disebabkan penat berjalan dan makan tanpa air tadi lalu kami pun terus memesan air kelapa tersebut. Bukan segelas air tetapi air kelapa terus dalam sebiji buah kelapa. Puas hati kami semua setelah minum air kelapa tersebut.

Sewaktu asyik minum air kelapa tersebut aku tidak sedar aksi aku telah dirakam oleh kawan kawan aku. Gambar tersebut seperti di bawah. Kawan kawan aku sempat bejenaka dan berkata “punyalah sedap air tersebut, dia minum sambil senyum dan tutup mata hahahahaha”.
Selepas kami minum dan ronda ronda di sekeliling pasar dan pada masa yang ditetapkan bas pun sampai. Perjalanan kami diteruskan ke sekita seluruh negeri Kelantan. Pada malam nya kami pun dibawa ke pasar Wakaf Che Yeh untuk membeli barang barang dan berjalan jalan. Sekian buat waktu ini.

Sunday, February 25, 2007

Panas Baran


Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof


Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kesan buruk panas baran?Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
Perilaku agresif
Gejala sosial
Emosi
Masalah kewangan/ keluarga
Ego
Tekanan perasaan
Faktor didikan
Bebanan kerja
Faktor persekitaran

10 Risiko Individu Panas Baran
Dipulaukan masyarakat sekeliling
Jiwa kosong (murung)
Hilang pekerjaan/jawatan
Perceraian
Kemalangan
Pergaduhan
Kesalahan jenayah
Melakukan penderaan
Tekanan perasaan
Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)


Thursday, January 25, 2007

Assalamualaikum


Assalamualaikum.
Ni lah di harta pertama yang aku miliki setelah aku mula berkerja.
Cuma warna dia sahaja yang berbeza kerana warna dia hitam.
Motor tersebut aku beli setelah 3 bula berkerja.
Tapi sebelum tu aku naik basikal ja

Tapi selepas 2 tahun motor ni berkhidmat dengan aku aku terus bagi kat adik aku. Untuk memudahkan adik aku pergi ke tempat kerja pulak.

Aku bagi kat adik aku sebab aku dah beli motor baru.