Wednesday, June 29, 2011

Aku Dah Tahu Dah

Aku Dah Tahu Dah
.
Sejak dari tahun 1938 ia mengajar dan bercerita serta mempuk semangat perjuangan yang tiada batasan sehingga kini. Kali ini ia mengajar aku tentang satu pengetahuan yang aku agak kabur iatu mengenai kamera. Sungguh banyak jasamu wahai Utusan Malaysia. Pengiktirafan 5 bintang dariku untukmu kerana jasamu yang banyak dan pengetahuan yang telah dicoretkan dari dahulu hingga kini.

Baiklah penceritaanku bermula disini.......
2 bulan yang lepas Azril ada terbaca didalam Utusan Malaysia iatu di ruangan mega mengenai cara berkamera yang betul dengan menggunakan kamera kompak dan bagaimanakah hendak menghasilkan imej yang baik dan menarik. 5 minit kemudian, Azril pun terus mencuba teknik yang diajarkan dan keputusannya amatlah memeranjatkan dan Azril terpegun sementara. Hasil yang diajarkan oleh Utusan Malaysia adalah seperti dibawah

Rencana yang diterbitkan di Utusan Malaysia
.
Menggunakan mod dedaun untuk menampakkan lebih hijau
.
Penyesuaian imej agar nampak lebih menarik 
.
Menggunakan teknik mod siang agar dapat merakam imej matahari
.
Penggunaan mod siang dapat memudarkan cahaya matahari dan menampakkan imej lebih terang dari segi warnanya
.
Penggunaan mod makro dapat membuatkan imej yang kecil lebih terang dan tajam
.
.............................
.................
......
.


Thursday, June 09, 2011

Azril Azlina @ I City Selangor Darul Ehsan

Azril Azlina @ I City Selangor Darul Ehsan
Catatan 03/04/2011
Pengembaraan kali ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan Isteri Tercinta setelah pulang dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah dan lawatan ke tempat menarik yang ada disana. Setelah kami meyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan kami pun berhenti untuk makan dan berehat di hentian sebelah yang terdapat disana dan pada pukul 8 malam kami pun sampai di I City. Perjalanan yang sejauh 160 km ditempuh dengan riang gembira walaupun mengambil masa selama 2 jam.

Setelah Azril dan Puan Azlina sampai disana kami pun disirami dengan cahaya dari ribuan mentol lampu yang dihias disana dan kami merasakan seperti kami berada didalam permainan video 3 dimensi. Cuba bayangkan segala-galanya lampu yang terdapat disana, memang menarik kedaan yang terdapat disana. Kami singgah sekejap di beberapa buah kedai yang terdapat disana. Antara  yang dijual disana adalah hiasan lampu yang berkelip dari atas kepala hinggalah ke kaki, memang menarik.Setiap pameran lampu kami lawati kecuali tempat yang dinamakan Dunia Salji sahaja yang tidak dilawati oleh kami disebabkan kadar yang dikenakan agak tinggi.

Inilah dia bola kelip-kelip yang kami beli ketika singgah di kedai berdekatan
.
Isteri tercinta berlatarbelakangkan pemandangan indah disana
.
Gambaq ni dah elok tapi nampak tanganlah pulak
.
Akan ku himpunkan cinta yang kau berikan pada ku, akan ku jaga dengan apa jua cara pun dan akanku balas cintamu dengan cinta yang membuak buak serta doa tanpa putus agar dirimu berasa nikmatnya kehangatan cinta kita
.
Antara spesis bunga manggar yang tidak terdapat di tempat lain
..
Kami ketika di luar Dunia Salji yang terdapat disana
.
Berehat sebentar setelah penat berjalan jalan
.
Kami nak pi sana pulak, nampak macam menarik saja
.
Puan Azlina memegang sayap kuda lampu yang berwarna putih
.
Cuba bayangkan tiba tiba rusa bertanduk lampu ni bergerak tentu pengsan isteri aku
.
Insan yang menawan seluruh jiwa raga dan pemandangan yang cukup indah
.
Bersandar di pokok setelah penat berjalan jalan
.
Setelah 2 jam kami disana, kami pun mengambil keputusan untuk balik ke Kuantan setelah puas menikmati fenomena lampu yang terasa seperti di alam 3 dimensi. Azril dan isteri tercinta pun memulakan perjalanan pada jam 10 malam dan kami pun terus keluar dari Shah Alam dan menuju ke lebuhraya berdekatan. 30 minit kemudian kami pun sampai di Plaza Tol Gombak dan kami pun menyusur masuk ke Lebuhraya Karak. Setelah 1 jam setengah perjalanan, kami pun berhenti Hentian Sebelah Temerloh dan pada masa itu juga Azril merasakan terlalu letih. Dialog pun bermula........

Azril   : Mengantuknya...... huh
Azlina : Abang ngantuk ke?
Azril   : Tak tau lah, tiba tiba rasa mengantuk sangat, rasa macam nak tidoq ni
Azlina : Tak pa lepas semayang nanti kita tidur, nak tidur dalam kereta ke?
Azril   : Ya rasa rasa macam tu lah
Kami pun keluar dari kereta  menuju ke tandas dan surau yang terdapat di hentian tersebut. 
15 minit kemudian .............
Azlina : Abang lapar tak ?
Azril   : Tak pun, awat sayang lapaq ka?
Azlina : Tak ayang rasa ngantuk juga ni. Nak buka tingkap ke?
Azril   : Tak pa kita bukak tingkap sikit, biaq udara masuk lepaih ni kita tidoq.
Beberapa jam kemudian
Azril   : Ya Allah dah pukui 2 pagi ni
Azlina : Ya bang, dah 2 pagi kita tak rasa pun kata masa jalan begitu cepat
Azril   : Jom kita balik.
Azlina : Jom
Setelah sejam perjalanan kami pun sampai di rumah kami di Kuantan. Rumahku syurgaku..

Seharian berada di Kuantan dan pada malamnya seperti biasa Azril menaiki bas balik ke Bukit Mertajam untuk meneruskan kerja. Sehingga sekarang Azril berfikir sampai bila kami nak berjauhan begini............

Tuesday, June 07, 2011

Aku Yang Tak Paham Atau Depa Yang Tak Paham

Aku Yang Tak Paham Atau Depa Yang Tak Paham

Ini adalah satu luahan perasaan tetapi menggunakan bahasa loghat Utara yang indah.

Haritu masa aku dan isteri aku balik dari Melaka 03/04/2011 yang lepaih, macam biasa aku akan pandu qeta kami dan macam biasa jugak aku akan bawak qeta di lorong paling kanan sebab boleh laju sikit. Mana boleh laju sangat kena saman jenoh aku nak bayaq, tapi bukan benda tu yang aku nak mengadu kat sini tapi adalah sikap pemandu lain. 

Cuba bayangkan kat Lebuhraya Utara Selatan dari Melaka menghala ke Kuala Lumpur ada 3 laluan sehala tapi yang jadi masalah ni bila depa yang ada kat laluan paling kanan sekali bawak qeta pelan sangat. Aku memang tak boleh sabaq kalau ada orang bawak qeta pelan sangat kalau kat lorong kanan sebab depa ni menghalang laluan aku. Memang aku tau jalan lebuhraya ni bukan Haji Hamzah yang punya tapi aku pun bayaq tol jugak. 

Apa yang aku heran kat depa ni aku dah bagi lampu depa buat tak tau saja sedangkan laluan kiri sikit tu kosong. Bukan aku saja yang bagi lampu kat depa ni tapi berpuluh puluh qeta dah bagi lampu. Kadang kadang aku menyampah jugak tengok depa ni aku pun teruih potong kat kiri tapi cara ni memang bahaya tapi aku nak buat macam mana. Aku tak kisah kalau depa bawak laju kat laluan paling kanan tapi depa bawak takat 80 km jam saja qeta kat sebelah lalaun kiri aku rasa bawak lagi laju dari depa.

Yang jadi masalah kat laluan kiri ni bila aku potong aku nak masuk kanan pulak tak boleh sebab qeta tadi tu bawak pelan sangat. Aku heran sangat nak kata qeta depa tu buruk, tak pulak si depa yang suka kawai jalan ni bawak qeta semua baru baru siap qeta impot dari negara penjajah lagi. Aku pun tak paham sebab apa depa ni berlagak saja bawak qeta penjajah nak kawai jalan. 

Kadang kadang ada si depa ni dok laluan paling kanan ni qeta lain semua potong dia dari kiri teruih masuk kanan tapi si mangkok ni buat tak tau saja macam tak dak perasaan. Memang sebijik macam iklan radio swasta tu kata. Aku bukanlah bawak laju sangat tapi aku memang menyampah kalau ada qeta kat laluan kana bawak pelan sangat. 

Aku tak kisah kalau lebuhraya tu sesak dengan qeta atau depan qeta depa tu ada banyak qeta lain tapi yang paling aku menyampah bila depan depa tu tak dak qeta nak dekat 100 meter baru ada qeta balik. Tak paham betui aku dengan jenih manusia macam ni. Awat hang rasa bangga ka dok kat tengah tengah halang orang lain potong. Hang tak tau orang dok maki hang sebab hang tu ........

Kalau hang nak bawak qeta hang 110 km/j tak pa aku tak kisah tapi depa ni bawak kurang daripada tu. Aku pun tak paham depa ni beli qeta impot mahai mahai tapi takut kena saman. Woi kalau hang nak tau kalau hang bawak takat 110km/j hang takkan kena saman. Ada otak pakai jangan menyusahkan orang, kita kongsi semua jalan dan lebuhraya dalam Malaysia ni sebaab kita bayaq tol. Ingat lebuhraya ni bukan ayah aku yang punya dan bukannya ayah hang yang punya sebab kita ni semua kongsi benda ni tolong prihatin sama jangan jadi kayu. 

Kalau kat Pulau Pinang situasi yang sama jugak jadi kat ataih jambatan Pulau Pinang, depa suka dok kat kanan sekali lepaih tu bawak pelan kadang kadang pelann sangat bila orang potong kat kiri depa dok tengok kat orang. Dah hang tengok kat aku aku tengok kat hang balik lah awat hang ada aku kisah ka hang sapa. Sepatutnya kalau hang nak tengok kat orang lain hang tengok diri hang dulu dahlah bawak pelan suka menyusahkan orang. 

Qeta kat depan aku tak dak pun qeta lain kat depan dia tapi dia bawak pelan sangat dahlah suka tekan brek. Aku yang tak paham atau depa yang tak paham

Wednesday, June 01, 2011

Azril Azlina @ Taman Seribu Bunga Melaka

Azril Azlina @ Taman Seribu Bunga Melaka

Catatan 03/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan isteri tercinta di negeri Melaka dan lawatan sekitar ke tempat menarik yang ada disana. Antara tempat yang sempat kami lawati adalah di Zoo Melaka dan Taman Botanikal Melaka. Setelah kami keluar dari Taman Botanikal Melaka, Azril dan isteri tercinta terus ke Taman Seribu Bunga Melaka. Apa yang menariknya Taman Seribu Bunga tersebut adalah terdapat ribuan spesis bunga yang terdapat disana.

Setelah masuk ke Taman Seribu Bunga tersebut kami pun terus bergambar dan berjalan jalan memerhatikan keindahan bunga yang terdapat disana. Cuba bayangkan antara kombinasi keindahan bunga yang daun menghijau, memang indah dan seolah olah kami berada di tasik bunga dimana mana sahaja terdapat bunga bungaan yang indah.

Antara bunga orkid yang cantik
.
Bunga yang menarik
.
Inilah dia bunga yang cukup Azril cintai yang dialah merupakan segala galanya bagi Azril
.
Azril berlatarbelakangkan pohon yang cukup menarik
.
Azril masih lagi tersenyum walaupun cuaca agak panas sedikit
.
Azril dihadapan pintu masuk Taman Seribu Bunga 
.
Setelah hampir sejam meluangkan masa bergambar dan menghayati kedamaian alam Azril dan Puan Azlina pun keluar dari taman tersebut dan kami singgah sekejap di kedai cenderamata yang terdapat disana. Setelah itu, kami pun meluncur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan destinasi kami seterusnya adalah.........