Wednesday, May 25, 2011

Azril Azlina @ Zoo Melaka

Azril Azlina @ Zoo Melaka

Catatan 02/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan isteri tercinta di negeri Melaka. Setelah Puan Azlina berkursus di sebelah siangnya dan waktu malam kami dihiasi dengan lawatan ke tempat menarik yang ada di negeri Melaka, antara tempat yang sempat kami lawati adalah Zoo Melaka. Kami tertarik untuk berkunjung diwaktu malam adalah disebabkan kami ingin menikmati keadaan zoo tersebut dan fauna yang ada disana ketika malam menjelma.

Perjalanan kami bermula pada jam 7.40 malam dari Hotel Emperor terus ke Ayer Keroh Melaka. Destinasi pertama kami adalah di medan selera yang terdapat disana, seperti biasa kami akan memilih makanan yang kami jarang makan dan yang tidak terdapat di tempat kami. Setelah makan kami terus bertolak ke Zoo Melaka. Kami sampai disana agak awal disebabkan tempat letak kereta masih lagi kosong. Setelah kami membeli tiket kami pun masuk ke dalam zoo tersebut dan alangkah terkejutnya kami pabila mendapati begitu ramai pengunjung yang sampai disana.

Rupa rupanya mereka semua berkumpul disitu adalah untuk menunggu kenderaan khas untuk membawa penumpang mengilingi zoo tersebut. Azril dan Puan Azlina turut serta dengan ratusan pengunjung yang lain untuk menaiki kenderaan tersebut. Setelah 5 kali kenderaan tersebut berulang alik barulah sampai giliran azril dan isteri tercinta. Apa yang menarik ketika berada diatas kenderaan tersebut Azril dan isteri tercinta diceritakan tentang haiwan haiwan setiap kali kami melintasi kandang haiwan tersbut. Selain itu pemandu kenderaan tersebut akan menyuluh lampu kearah kandang haiwan tersebut.

Tiba tiba pemandu memberhentikan kenderaan tersebut dan kami pun disuruh turun bagi melihat harimau dan singa yang terdapat disana, pemandu tersebut memaklumkan pada kami agar naik semula ke kenderaan tersebut setelah 10 minit. Azril dan isteri tercinta pun mengambil peluang untuk mengambil gambar tetapi apakan daya gambar yang kami ambil semuanya gelap gelap sahaja. Cuba bayangkan Azril yang berkulit gelap bergambar diwaktu malam, terus tak nampak.

Azril dan isteri tercinta berjalan jalan dan membaca penerangan tentang haiwan yang ada  disana dengan tiba tiba kami disapa oleh petugas zoo tersebut yang memaklumkan pada kami tentang haiwan tersebut dan dia terus menerangkan pada kami tentang jenis dan habitat asal haiwan tersebut. Ikhlas Azril cakap memang baik perkerja tersebut dan Azril terlupa namanya, jika tidak tentu Azril akan letak namanya disini. Setelah itu kami pun menaiki kenderaan khas yang disediakan dan kami pun sampai di tempat dimana kami beratur tadi. Sebelum kami turun pemandu memberitahui kami bahawa terdapat pameran haiwan yang diawet di bangunan zoologi. Kami pun terus kesana setelah 15 minit kami pun pulang semual ke hotel.

 Puan Azlina ketika dihadapan pintu masuk Zoo Melaka
.
 Nampak sedap tak ikan tu kalau bakar tentu lagi sedap
.
Comelnya isteri tercinta ketika memakai topi tersebut :)

No comments: