Wednesday, November 14, 2012

Akhirnya Peningkatan Sistem Pengendalian Android 4.2 Berjaya

Akhirnya Peningkatan Sistem Pengendalian Android 4.2 Berjaya

Catatan 14 November 2012
Pada 25 Oktober 2012 yang lalu, Azil mendengar berita yang cukup menggembirakan bagi peminat telefon pintar dimana Google akan melancarkan Sistem Pengendalian (Operating System) yang terbaru pada 29 Oktober 2012. Pelancaran sistem pengendalian Android 4.2 turut sama dilancarkan bersama telefon pintar  dan tablet Nexus yang terbaru iaitu telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 32gb dan tablet Nexus 10 32gb. Tetapi apabila Azril melayari internet pada 28 Oktober 2012, Azril mendengar berita yang Google telah menangguhkan kesemua pelancaran tersebut disebabkan taufan Sandy.

Semenjak dari hari tersebut, setiap hari Azril melayari laman sesawang yang berkaitan dengan telefon pintar untuk mengetahui bilakah pelancaran akan datang. Selain itu Azril juga telah mengakses laman sesawang untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai telefon pintar dan tablet dalam keluarga Nexus yang terbaru yang membuatkan Azril hanya dapat menelan air liur sahaja.

Antara yang mendapat liputan paling luas adalah telefon pintar Nexus 4 yang menggantikan telefon pintar Google Galaxy Nexus yang merupakan salah satu telefon pintar yang dapat menyaingi telefon i (iPhone) keluaran Apple. Dari segi spesifikasi alatan telefon pintar Google Nexus 4 memang terbaik dan tidak payah Azril berceloteh panjang tentangnya kerana ia merupakan telefon pintar terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Google selain telefon pintar Galaxy Nexus. Apa yang membuatkan Azril terpaku adalah keindahan rekabentuk dan grafik yang cukup menawan ditambah pula dengan sistem pengendalian Android 4.2 yang terbaru.

Selain itu kelahiran tablet baru dalam keluarga Google Nexus turut sama memeriahkan dunia alatan canggih yang terkini. Sebelum ini Google hanya mengeluarkan tablet Nexus 7 sahaja yang berkeupayaan simpanan 8 dan 16 gb sahaja tetapi kali ini ditambah pula dengan kehadiran 32gb ruang simpanannya. Antara tablet terbesar dalam keluarga Nexus adalah Nexus 10 dimana ruang simpanannnya adalah 16 gb dan 32 gb dan alangkah indahnya jika Azril dapat memiliki kesemuanya. Pada pendapat Azril itu semua tidak penting yang penting adalah bagaimana caranya untuk mengemaskini sistem pengendalian ke tahap Android 4.2 nanti.

Pada 10 November yang lepas Azril menerima satu perkhabaran yang membuatkan Azril gembira adalah kerana Google akan melancarkan telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 dan Nexus 10 serta sistem pengendalian Android 4.2 pada 13 November 2012 nanti. Antara perkhabaran yang membuatkan Azril bertambah gembira adalah Google akan menghantar pemberitahuan tentang pengemaskini sistem bagi pemilik telefon pintar Galaxy Nexus, Google Nexus S dan tablet Nexus 7 selepas pelancarannya nanti.

Akhirnya pada 13 November 2012 telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 dan Nexus 10 serta sistem pengendalian Android 4.2 dilancarkan secara rasmi dan seperti sebelum ini, Azril menunggu dengan penuh sabar pemberitahuan untuk pengemaskini sistem tetapi masih tiada apa apa apa harapan. Dalam keadaan sabar dan masih mengharap, tiba tiba satu pemberitahuan telah dihantar pada hari ini 14 November 2012 dan Azril menjadi amat gembira.........................................

  Pemberitahuan yang dihantar yang membuatkan Azril menjadi ceria
.
 Setelah sistem pengendalian siap ditingkatkan
.
 Kemunculan kacang merah yang comel
Terus menjulang ke angkasa bersama puluhan kacang pelbagai warna yang comel