Friday, August 25, 2006

Kereta Pertama Aku

Kereta Pertama Aku

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T yang memberikan kehidupan dan dengan kehidupan ini akhirnya aku dapat memiliki sebuah kereta Proton Gen 2 1.3cc. Kereta yang amat aku idamkan walaupun 1.3cc, aku tak kisah asalkan ia Proton Gen 2.

Semasa pelancaran proton gen 2 pada tahun 2004 aku hampir setiap malam termimpikan kereta tersebut, akhirnya syukur pada Allah, aku dapat juga memiliki sebuah proton gen 2 pada 24-Jun-2006.

Nasib baik ada Bank Rakyat melalui Biro Angkasa gaji aku dipotong sebanyak RM 508.00 sebulan. Hahahaha

Aku nanti nak bawak mak, ayah dan adik adik pergi berjalan jalan naik kereta aku nanti. Satu Malaysia pun boleh pusing.

Selain itu aku berterima kasih pada mak dan ayah yang mendoakan aku siang dan malam.

Sewaktu pos ini ditulis baru sehari aku dapat kereta, malam tadi aku dah bawak mak dan ayah pi ronda ronda.