Tuesday, June 24, 2008

Majlis Akad Nikah Muhammad Azril Bin Hamzah dan Azlina Binti Ahmad

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (…).

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
'''''''''''''''''''''''''
''''''''''
Catatan pada 17 Mei 2008

Walaupun aku dalam sakit akibat pembedahan apendik minggu lepas tetapi aku tetap seronok kerana majlis akad nikah aku akan berlansug hari ini. Perjalanan kami bermula pada awal pagi. Yang turut serta adalah mak, ayah adik adik aku (Nur Hannah dan Farah Zalina), Mak bawa kereta sebab mak tak bagi aku bawa kereta sebab takut kesan apendik akan menjejaskan kesihatan aku.

Tiba tiba waktu dalam perjalanan kami pun telefon Fikri sebab nak tanya Fikri ada kat mana? Tiba tiba Fikri cakap kata dia ada kat Kat Port Dickson lagi. Kami pun pun menuju ke Port Dickson mengambil Fikri perjalanan kami selama 5 jam setengah dan panas yang teramat sangat akibat panas waktu petang tu. Akhirnya kami pun sampai di Port Dickson dan kami pun mengambil Fikri.

Cuba bayangkan sepatutnya perjalanan kami dari Taman Permata nak ke Felda Jenderak Utara cuma dalam 450km saja dan masa sepatutnya diambil adalah 6 jam, tiba tiba tiba kami pun pergi Port Dickson dahulu.

Jumlah perjalanan kami adalah sejauh 700 km dan perjalanan selama 10 jam.
Akhirnya syukur Alhamdulillah kami pun pun sampai dalam pukul 7.00 petang. Setutnya waktu akad nikah aku sepatutnya lepas magrib ditunda sehingga lepas isyak. Berdebar gila gila sampai tak tahu nak buat apa. Muka pun jadi hitam gila sebab berjemur panas dalam kereta. Hahahahaha...

Tapi yang pasti aku tak sabar sabar nak akad nikah. hahahaha

.....................................................................................
Majlis Akad Nikah Muhammad Azril Bin Hamzah dan Azlina Binti Ahmad


Dengan langkah yang sungguh sopan, bakal pengantin masuk kedalam rumah.
'

Aku memperkenalkan diri dihadapan hadirin yang hadir.
'

Cantik betul pelamin kami.
.

Cik Azlina tunduk sambil mendengar khutbah dari Tuan Kadi
.

Saya Mendengar khutbah yang disampaikan oleh Tuan Kadi
'

Bermulanya upacara Akad Nikah

Alhamdulillah Syukur Pada Allah, akhirnya dengan sekali lafaz Azlina sah menjadi isteri aku.

Aku memberikan album yang mengandungi wang mas kahwin pada isteri aku Puan Azlina.
.
Aku mencium tangan Bapa Mertuaku Tuan Ahmad Bin Darus
.
Aku mencium tangan ayah aku Tuan Hamzah Bin Ismail
.
Isteri aku mencium tangan aku, sentuhan pertama isteri tercinta.
.
Aku mencium dahi isteri aku dan mengesahkan bahawa dialah isteri yang amat aku cintai.
.
Isteri tercinta menyarungkan cincin sebagai hadiah perkahwinan kami.
.
Bergambar dihadapan pelamin
.
Sempat berjenaka sebentar bersama isteri tercinta
.
Bergambar diatas katil.
.

Bergambar dekat sikit..... Hahaha
.
Gaya macho seorang suami mendakap isterinya dan gaya jelita seorang isteri mendakap suami tercinta.
.
Isteri aku bergambar bersama mak dan adik adik aku
Dari kiri : Cik Nur Hannah, Puan Azlina, Puan Siti Roselina dan Cik Farah Zalina

Ayahanda Tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail dan Bonda Tercinta Puan Siti Roselina Indrayati Binti Sulaiman menjamah sup yang dihidangkan
..
Sedapnya betul tak Nur Hannah
.

Ayah makan bersama Pak Cik Hussain (saksi akad nikah aku)
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''