Wednesday, September 24, 2014

Azril di Pantai Batu Hitam

Azril di Pantai Batu Hitam

Bila bercerita tentang Pantai Batu Hitam tentu kebanyakkan orang akan meneka ia mendapat namanya dari batu batu hitam yang terdapat disana. Ada kalanya tekaan seseorang tersebut tepat atau sebaliknya, tetapi kebanyakkan orang yang meneka tentang pantai ini semuanya adalah betul. Ini adalah kerana pantai ini terdapat hamparan batu yang berwarna hitam.

Lokasi Pantai Batu Hitam adalah hampir 11 km dari Bandar Kuantan. Keadaan pantainya adalah landai setengah bahagian pantai terdapat pasir yang halus dan setengah lagi terdapat batuan yang berwarna hitam dan kelabu kehitaman. 

Buat pertama kalinya Azril sampai di Pantai Batu Hitam pada 2 Februari 2014, Azril begitu tertarik melihat batuan yang berwarna hitam yang menyelimuti sebahagian dari pantai tersebut sehingga Azril turun ke pantai dan melihat sendiri keadaan batuan hitam tersebut. Apabila air surut, kawasan sekeliling batuan hitam tersebut akan membentuk kolam takungan sementara yang didalam kolam tersebut yang sedalam 1 kaki terdapat pelbagai hidupan laut antaranya ikan dan ketam kecil.

Keadaan pantai ini memang menarik disebabkan keadaan pengunjung yang berkunjung di Pantai Batu Hitam adalah sederhana, disana juga terdapat beberapa gerai makan yang menyajikan makanan laut goreng dan gerai makanan yang lain. Aktiviti pengunjung disini adalah bermain layang layang, mandi laut, mengorek siput, memancing ikan dan menyewa kenderaan pantai yang bertayar besar. 


Keadaan batuan yang terdapat disana
Kalau pijak jaga jaga nanti jatuh sebab licin
Dah 2½ jam dah ada disini, jom balik