Thursday, May 08, 2014

Ulang Tahun Kelahiran Muhammad Azril bin Hamzah yang ke 33 tahun

Ulang Tahun Kelahiran Muhammad Azril bin Hamzah yang ke 33 tahun

Pada bulan Ogos 2013 yang lalu Azril menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 33 tahun...

Ini kek saya Azlina yang belanja
Tak sabaq sabaq dah nak makan kek ni
 
Terima kasih sayang sebab belanja abang makan celoq celoq kat Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan

Wednesday, May 07, 2014

Kisah Floria Putrajaya 2013 dan Makan Daging Sedap

Kisah Floria Putrajaya 2013 dan Makan Daging Sedap

Catatan 30 Jun 2013
Setelah tamatnya kursus Puan Azlina di bandaraya Kuala Lumpur, kami pun bersiap untuk pulang ke Kuantan. Semasa dalam perjalanan tiba tiba dialog yang menggembirakan pun bermula.

Azlina : Esok kan kita dua cuti takkan kita nak balik terus je

Azril : Hmmm, apa kata kita pi jalan jalan. Habaq mai nak pi mana jom kita pi.

Azlina : Abang, apa kata kita pegi Pesta Bunga kat Putrajaya, ayang teringin sangat nak pegi sana

Azril : Macam menarik saja. Jom kita pi makan, dah lapaq dah ni

Azlina : Abang teringin nak makan apa ?

Azril : Abang macam nak makan daging saja, nasi daging ka? Apa apa saja pun tak pa janji ada daging bakaq, cakap pun dah terlioq ni.

Azlina : Apa kata kita pi makan stik, sebab kawan ayang kata kat "Laman Grill" stik dia memang sedap.

Azril : Oh ya ka, sedap tak stik kat sana?

Azlina : Memang sedap, banyak kawan ayang kata sedap, sebab tu diaorang selalu pi sana.

Azril : Ok kalau macam tu, apa kata kita pi makan kat sana, lepaih tu kita pi pesta bunga.

Setibanyanya kami di Restoran Laman Grill Shah Alam, perkerja restoran tersebut memberitahu kami yang tempahan di restoran tersebut telah pun ditutup dan jika kami ingin mengunggu besar kemungkinan dalam 2 jam lagi. Pada masa yang masa perkerja restoran tersebut mencadangkan pada kami untuk ke restoran kedua yang terletak di Taman Putra Kajang.

Tanpa berlengah lagi kami terus pergi ke Taman Putra Kajang dan 40 minit kemudian kami sampai disana. Kami pun masuk ke dalam restoran tersebut dan disambut mesra oleh perkerja restoran tersebut dan mempelawa kami duduk. Setelah meneliti menu makanan selama 5 minit, kami terus memesan stik yang kena dengan selera kami. Seperti biasa, kami akan memesan satu hidangan daging lembu dan satu hidangan daging kambing, ini memudahkan kami bertukar tukar hidangan nanti. Sejam kemudian, hidangan kami pun sampai dan kami makan dengan sungguh berselera dan setengah jam kemudian, kami pun meninggalkan restoran tersebut.

Setelah habis semua urusan yang perlu diselesaikan, kami bergerak menuju ke Precint 2 Putrajaya. Setibanya kami disana, berlaku kesesakan lalu lintas disebabkan hari ini merupakan hari terakhir Floria Putrajaya dan pada masa yang sama perasmian penutup akan dijalankan pada jam 9 malam nanti. Tanpa berlengah lagi kami terus meletak kereta di bahu jalan setelah mendapat izin dari pihak berkuasa yang mengawal lalu lintas dan kami berjalan kaki sejauh 0.5 km untuk sampai ke pintu masuk Floria Putrajaya.

Tiada ayat yang dapat digambarkan apabila kami sampai disana, ini adalah kerana gandingan ribuan flora disatukan dan dihias dengan begitu menarik sehingga keadaan tepian air di Precint 2 menjadi sangat indah. Setelah agak lama di tepian air, kami terus ke puluhan balai pameran yang terdapat disana. Memang indah dan menarik dan kami mengambil masa yang agak lama untuk mengahayati keindahan disana. Sejam kemudian, kami pun keluar dari kawasan balai pameran dan menuju ke gerai jualan bunga-bungaan. Setelah membeli beberapa buah pokok bunga, kami pun pulang ke rumah kami di Kuantan.

Sementara tunggu daging siap kita ambik gambaq dulu
Lama lah jugak nak tunggu sampai lemon tu pun dah jatuh tenggelam
Tudia dah mai dah daging kambing panggang, punya sedap tak tau nak habaq
Latar belakang hijau tu adalah rumput yang ditanam secara menegak
 
Comei aih....

Bunga yang dibeli terus ditanam dalam pasu

Friday, May 02, 2014

Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah di Bukit Mertajam



Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah di Bukit Mertajam

Catatan 1 Syawal 1434 Hijrah

Perjalanan 1 Syawal 1432 Hijrah ini dimulakan pada jam 9 pagi dimana Azril dan Puan Azlina pergi bersolat Aidilfitri di Masjid Sungai Rambai dan setelah habisnya khutbah raya kami pun pulang ke kuarters pada jam 10  pagi. Suasana mulai pilu sedikit ketika kami bermaafan antara satu sama lain setelah itu kami pun bersiap siap. Azril dan isteri tercinta pun bergerak meninggalkan kuarters menuju ke rumah mak dan ayah yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam.


Pada jam 10.30 pagi Azril dan isteri tercinta pun sampai di Taman Permata Bukit Mertajam ketika sampai disana Azril mendapati kesemua adik adik Azril dan adik adik ipar sedang bersiap lalu kami pun makan ketupat dan lemang berserta rendang dan kuih raya. Pada ketika itu juga bonda dan ayahanda tiada di rumah ini adalah kerana bonda tercinta menemani ayahanda tercinta di tempat kerja disebabkan ayahanda berkerja hari ini. Setelah kami bersiap kami pun terus ke tempat keja ayahanda dan bonda untuk memohon ampun dan maaf atas apa kesilapan yang kami telah lakukan sepanjang hidup kami.

Bonda dan ayahanda bermaaf-maafan antara satu sama lain
Romantisnya mak dan ayah
Encik Muhaimin mencium pipi bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina
Encik Azam meminta ampun maaf pada bonda sambil mengucup tangan bonda
Giliran semua orang bermaaf-maafan
Azril dan Puan Azlina bergambar bersama ayahanda tercinta dan bonda tercinta
Puan Farah Zalina dan Encik Mohamed Zuri dan Cik Farhana Zuhaira bergambar bersama ayahanda tercinta dan bonda tercinta
Giliran anak teruna dan anak dara pula bergambar
Dari kiri Encik Muhammad Muhaimin, Encik Azam Hafiz, Cik Fatimah Zahra dan Cik Nur Hannah
 
Manis wajahmu ku lihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat ku lihat
Mesra wajahmu dengan senyuman  
Nur Hannah 15 tahun, Muhaimin 18 tahun, Azril 23 tahun.....
Hahahaha 
Senyum ada makna tu tak tau dia nak baling bola tu kat sapa
Apa benda yang Azam dok cerita kat mak tu
Seriusnya Akbar....
Saya yang kacak.......
Nur Hannah yang periang
Cik Nur Hannah dan Encik Muhaimin
Azril dan Puan Azlina
Bergambar dalam kehijauan suasana
Puan Farah bergambar bersama Puan Hajah Siti Roselina
Dah habih kita ambik gambaq jom kita balik makan keyupat dan rendang
Puan Farah, Encik Zuhri dan anak mereka Farhana
Cik Fatimah Zahra dan Cik Nur Hannah
Azril, Azlina dan Farhana
Farah Zalina dan Zuhri
Azril Azlina


Thursday, May 01, 2014

29 Ramadhan 1434 Hijrah di Taman Permata

29 Ramadhan 1434 Hijrah di Taman Permata

Seawal 6.15 pagi Azril terus keluar dari kuarters menuju ke pasar Bukit Mertajam, tujuan Azril ke sana adalah untuk membeli daging untuk dibuat rendang. Tak dapat Azril bayangkan apabila Azril sampai di pasar, orang telah pun ramai dan kami terpaksa berhimpit himpit untuk membeli barangan yang terdapat disana. Setengah jam kemudian urusan Azril telah pun selesai dan Azril bergegas ke rumah ayahanda dan bonda yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam.

Setelah meletakkan daging di dalam peti sejuk, Azril terus ke tempat kerja. Sesampainya Azril di tempat kerja keadaan agak awal dan sunyi. Tiba tiba Azril terpandang sehelai kertas yang dilekatkan di atas mesin perakam waktu yang menunjukkan bahawa kebanyakkan kawan kawan Azril telah pun bercuti cuma hanya tinggal beberapa orang sahaja. Tanpa membuang masa Azril terus ke meja Azril dan memulakan kerja sehingga sehingga Azril mendengar perkhabaran yang hari ini kami hanya berkerja setengah hari sahaja.

Setelah Azril membereskan kesemua kerja, Azril pun terus pulang ke rumah pada jam 1 petang. Sesampainya Azril di kuarters, Azril terus mengajak isteri Azril ke rumah mak dan ayah di Taman Permata. Setelah sampai disana, kami terus memulakan tugasan kami yang pertama.

Tugasan kami yang pertama adalah membalut ketupat daun palas pada tahun ini keadaan agak meriah kerana ia disertai oleh ramai orang. Antara yang membalut ketupat daun palas pada tahun ini adalah Puan Hajah Roselina, Puan Azlina, Puan Farah Zalina, Puan Shazwani, Cik Nur Hannah, Cik Fatimah, Azril dan Encik Adli Akbar. Setelah 2 jam kemudian, ketupat tersebut berjaya berjaya dibalaut dengan pelbagai bentuk. Apa yang penting ketupat daun palas telah berjaya kami balut dengan gembira.

Setelah kami berbuka puasa, sambil diiringi oleh laungan takbir di radio kami pun terus memasak rendang ayam dan daging. 2 jam kemudian proses masak memasak termasuk merebus dan mengukus ketupat pun selesai dan kami berehat sambil bersembang antara satu sama lain. Setelah jam menunjukkan pukul 11 malam Azril dan Puan Azlina pulang ke kuarters.


Selesaikan kerja dahulu sebelum bercuti raya

Ketupat daun palas dalam pelbagai bentuk. Tak kisah janji sedap

Rendang ayam masih dalam proses memasak
Rendang daging yang masih dalam proses memasak
Azril tolong kacau saja. Ramuan Puan Hajah Roselina dan Puan Azlina yang buat