Wednesday, May 07, 2014

Kisah Floria Putrajaya 2013 dan Makan Daging Sedap

Kisah Floria Putrajaya 2013 dan Makan Daging Sedap

Catatan 30 Jun 2013
Setelah tamatnya kursus Puan Azlina di bandaraya Kuala Lumpur, kami pun bersiap untuk pulang ke Kuantan. Semasa dalam perjalanan tiba tiba dialog yang menggembirakan pun bermula.

Azlina : Esok kan kita dua cuti takkan kita nak balik terus je

Azril : Hmmm, apa kata kita pi jalan jalan. Habaq mai nak pi mana jom kita pi.

Azlina : Abang, apa kata kita pegi Pesta Bunga kat Putrajaya, ayang teringin sangat nak pegi sana

Azril : Macam menarik saja. Jom kita pi makan, dah lapaq dah ni

Azlina : Abang teringin nak makan apa ?

Azril : Abang macam nak makan daging saja, nasi daging ka? Apa apa saja pun tak pa janji ada daging bakaq, cakap pun dah terlioq ni.

Azlina : Apa kata kita pi makan stik, sebab kawan ayang kata kat "Laman Grill" stik dia memang sedap.

Azril : Oh ya ka, sedap tak stik kat sana?

Azlina : Memang sedap, banyak kawan ayang kata sedap, sebab tu diaorang selalu pi sana.

Azril : Ok kalau macam tu, apa kata kita pi makan kat sana, lepaih tu kita pi pesta bunga.

Setibanyanya kami di Restoran Laman Grill Shah Alam, perkerja restoran tersebut memberitahu kami yang tempahan di restoran tersebut telah pun ditutup dan jika kami ingin mengunggu besar kemungkinan dalam 2 jam lagi. Pada masa yang masa perkerja restoran tersebut mencadangkan pada kami untuk ke restoran kedua yang terletak di Taman Putra Kajang.

Tanpa berlengah lagi kami terus pergi ke Taman Putra Kajang dan 40 minit kemudian kami sampai disana. Kami pun masuk ke dalam restoran tersebut dan disambut mesra oleh perkerja restoran tersebut dan mempelawa kami duduk. Setelah meneliti menu makanan selama 5 minit, kami terus memesan stik yang kena dengan selera kami. Seperti biasa, kami akan memesan satu hidangan daging lembu dan satu hidangan daging kambing, ini memudahkan kami bertukar tukar hidangan nanti. Sejam kemudian, hidangan kami pun sampai dan kami makan dengan sungguh berselera dan setengah jam kemudian, kami pun meninggalkan restoran tersebut.

Setelah habis semua urusan yang perlu diselesaikan, kami bergerak menuju ke Precint 2 Putrajaya. Setibanya kami disana, berlaku kesesakan lalu lintas disebabkan hari ini merupakan hari terakhir Floria Putrajaya dan pada masa yang sama perasmian penutup akan dijalankan pada jam 9 malam nanti. Tanpa berlengah lagi kami terus meletak kereta di bahu jalan setelah mendapat izin dari pihak berkuasa yang mengawal lalu lintas dan kami berjalan kaki sejauh 0.5 km untuk sampai ke pintu masuk Floria Putrajaya.

Tiada ayat yang dapat digambarkan apabila kami sampai disana, ini adalah kerana gandingan ribuan flora disatukan dan dihias dengan begitu menarik sehingga keadaan tepian air di Precint 2 menjadi sangat indah. Setelah agak lama di tepian air, kami terus ke puluhan balai pameran yang terdapat disana. Memang indah dan menarik dan kami mengambil masa yang agak lama untuk mengahayati keindahan disana. Sejam kemudian, kami pun keluar dari kawasan balai pameran dan menuju ke gerai jualan bunga-bungaan. Setelah membeli beberapa buah pokok bunga, kami pun pulang ke rumah kami di Kuantan.

Sementara tunggu daging siap kita ambik gambaq dulu
Lama lah jugak nak tunggu sampai lemon tu pun dah jatuh tenggelam
Tudia dah mai dah daging kambing panggang, punya sedap tak tau nak habaq
Latar belakang hijau tu adalah rumput yang ditanam secara menegak
 
Comei aih....

Bunga yang dibeli terus ditanam dalam pasu

No comments: