Thursday, June 04, 2015

Jalan Jalan Azril Azlina 2014



Jalan Jalan Azril Azlina 2014

Catatan ini merupakan catatan penutup tahun 2014. (Dah tahun 2015 baru nak buat catatan). Tahun 2014 merupakan tahun yang Azril dan Azlina terpaksa mengehadkan waktu berjalan jalan disebabkan banyak faktor antaranya Azril terpaksa menyimpan cuti tahunan disebabkan cuti tahunan Azril adalah sedikit dan beberapa faktor yang lain....(mula mula nak cerita tapi tak payah kot)

Walaupun kami tidak kemana mana, kami akan mencuri waktu untuk dihabiskan bersama di tempat yang menarik. Sebagai seorang paramedik Puan Azlina akan pergi berkursus untuk melayakkan dia membaharui lesen paramediknya dan di waktu itulah juga Azril akan menjadi peneman dan setelah tamatnya waktu kursus, kami akan berjalan jalan di kawasan sekitar.

Selain itu Isteri Azril juga akan ke mana mana yang dirahkan oleh majikannya dan bersedia memberikan khidmat sebagai seorang paramedik di tempat yang akan dijalankan acara sukan dan pelbagai lagi lagi aktiviti dan di waktu itu juga Azril akan menjadi peneman Azlina disana.

Buat masa sekarang Puan Azlina telah menyambung pelajarannya secara jarak jauh dan di hujung minggu Azril akan menemaninya di tempat belajar dan kami akan berjalan jalan dan pergi ke tempat yang kami tidak pernah pergi.

Makanan kegemaran Puan Azlina setelah penat berkerja
.
Masa ni kami ada kat Kula Lumpur sebab Puan Azlina ada kelas dan waktu ni kami pi melawat Puan Fatimah Zahra
.
Ketam teloq masin sedap tak tau nak habaq Resoran Marina Tanjung Lumpur, Kuantan
.
Puan Azlina bersama 3 orang anak saudaranya ketika di rumah ayahnya di Felda Jenderak Utara
.
Kami ketika di Putrajaya, pada masa ni Azlina ada seminar di PICC
.
Sempat juga pi jalan jalan kat KLIA 2
.
Singgah sat kat sini
.
Masa ni Azril ada kat Melaka, sempat jugak jumpa Nur Iris Damia
.
Inilah dia burger bakaq Boss, Lorong Tun Ismail Kuantan
.
Makan di tempat kegemaran kami Restoran Grafa SS15, Subang Jaya
.
Paramedik duduk keletihan dibawah pokok setelah penat memantau acara "Woodball" di Unisza
.
Pantai disebelah jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
.
Tak bawak baju lebih, kalau tidak kita boleh mandi laut
.

Makan udang, sotong dan ikan celup tepung di Restoran Sani, sebelah lapangan terbang
.
Jalan jalan waktu malam Kuala Terngganu
.
Dalam kesibukan jadual tugas harian sempat lagi kami berjumpa Adam Fitri
.
Sedap ayaq ni tak tau nak habaq
.

Mi ni masih berasap lagi. Rasa dia memang sedap
.
Kita makan dulu di Restoran Pok Wan Kuala Terengganu
.
Acara bot layar di Pulau Duyung Kuala Terengganu
.
Menziarahi Puan Fatimah selepas pembedahan lutut dan makan di Planet Ikan Bakar, Jalan Lingkaran Tengah