Friday, July 04, 2008

Cuti Cuti Malaysia - Taman Tamadun Islam

Cuti Cuti Malaysia - Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Pada 06/06/2008, setelah aku dan isteri aku pulang dari Pulau Perhentian maka kami pun meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Besut mengambil masa hampir 2 jam setengah dengan perjalanan yang hampir hampir 130km. Setelah sampai disana kami terpegun melihat kecantikan senibina disana.
.
Pada pendapat aku Taman Tamadun Islam merupakan taman tema yang harus dikunjungi oleh semua orang Islam di Malaysia kerana disana terdapat replika masjid dan monumen kesenian Islam dari seluruh dunia. Yang paling menarik adalah ketika disana disetiap replika terdapat penerangan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
.
Antara tarikan utama Taman Tamadun Islam adalah Masjid Kristal, Replika Kubbah As-Sakhrah, Istana Al Hambra dan banyak lagi. Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung adalah basikal dan kenderaan seakan akan bas.


Pintu Masuk Taman Tamadun Islam
.

Replika Masjid Agung Xi'an
.

Replika Masjid Sultan Sulaiman
.

Puan Azlina berada dihadapan Replika Masjid Qul Sharif
.

Waqaf yang disediakan untuk pelawat melepaskan penat
.

Replika Masjid Patani
.

Replika Masjid Badshahi
.

Replika Kubah Al Sakrah
.

Keindahan senibina Islam yang cukup mengkagumkan
.

Aku bergambar dihadapan Kubah Al Sakhrah
.

Untuk pengetahuan semua, pengunjung dibenarkan masuk didalam replika tersebut dan ditunjukkan tayangan video berkenaan Kubah Al Sakhrah dan ditunjukkan sekali batu yang terapung di tengah kubah tersebut. Antara isi kandungan video tersebut diceritakan tentang lokasi Kubah Al Sakhra dan sekarang ini terdapat kekeliruan dimana ada orang menyamakan Kubah Al Sakra dengan Masjidil Al Aqsa.
.
Untuk pengetahuan semua Kubah Al Sakhra bukanlah Masjidil Aqsa walaupun Masjidil Aqsa terletak didalam Al Haram Al Sharif, Masjidil Aqsa terletak tidak jauh dari Kubah Al Sakhra. Didalam video itu juga diterangkan tentang pembinaan Kubah Al Sakhra dimana bangunan tersebut diarahkan dibina pada tahun 685 dan disiapkan pada tahun 691 Masihi oleh Kalifah Abdul Malik Bin Marwan iaitu Khalifah ke lima Kerajaan Islam Bani Ummaiyah.
.
Turut diceritakan tentang Kubah Al Sakhrah pernah dibakar oleh tentera Zionis apabila mereka masuk kedalam kawasan tersebut pada perang dunia pertama. Turut diceritakan tentang pengganas zionis bercadang hendak membina Solomon Temple dan hendak memusnahkan keseluruhan Al Haram Al Sharif termasuk Masjidil Aqsa dan Kubah Al Sakhrah dimana proses penggalian terowong sebelah Masjidil Aqsa giat dijalankan hingga sekarang.
.
Selain iu didalam replika juga terdapat akses interaktif dimana terdapat skrin sesentuh yang menerangkan tentang Taman Tamadun Islam dan Kubah Al Sakhrah.
.



Kalau semua nak tahu bangunan cantik diatas adalah tandas
.

Replika Taj Mahal


Puan Azlina sedang berdiri dihadapan Masjid Sammara
.

Isteri tercinta sedang berdiri di hadapan replika monumen cinta abadi
.

Replika Masjid Sheikh Lutfalla
.

Replika Masjid Muhammad Ali
.

Replika Masjid Negara
.

Replika Menara Kalyan
.

Replika Istana Al Hambra dalam pembinaan.
.

Replika Masjid Besar Agadez
.


Bergambar dihadapan replika Masjid Muhammad Ali
.

Aku bergambar dihadapan Replika Makam Abu Nasr Parsa.
.

Cantiknya bangunan kafeteria.


Cantiknya Masjid Kristal.
.
Setelah agak lama mengambil gambar dan membaca penerangan di setiap monumen maka kami pun mengambil keputusan untuk ke kafeteria yang menyediakan potongan harga dengan membawavkeratan tiket masuk selepas makan kami ke Masjid Kristal. Seronok betul berada di Taman Tamadun Islam kerana kita dapat mengetahui nilai nilai sejarah yang terdapat di setiap kawasan replika tersebut. Untuk pengetahuan semua, Taman Tamadun Islam merupakan Taman Tema Islam yang pertama yang menengahkan tentang unsur unsur senibina Islam yang melangkaui zaman.
.
Apabila masuk ke Masjid Kristal kami semua terpegun melihat keindahan senibina masjid yang indah dan ditambah dengan ukiran khat. Cermin yang digunakan serta kemilau cahaya dari granit jelas menujukkan kepakaran dalam senibina. Tak lengkap melancong ke negeri Terengganu tanpa singgah ke Masjid Kristal. Betul .
.
Selepas kami habis sembahyang Asar di Masjid Kristal kami pun terus meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan. Pada ingatan kami tersemat ingatan yang mengkagumkan tentang senibina Islam di Taman Tamadun Islam dan kami berhajat nak datang semula nanti.
.
Selamat tinggal TTI dan Pulau Wan Man dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan sejauh 253 km dan mengambil masa selama 6 jam.