Tuesday, October 29, 2013

Azril dan Makanan

Azril dan Makanan

Mungkin ada yang berkata, macam dah tak ada tajuk dah nak letak ka? Tapi itulah kenyataannya, benda yang paling sedap didunia adalah makanan.

Ketika di satu majlis yang berlangsung di rumah Abah Mentua di Felda Jenderak Utara. Cuba bayangkan kesedapan ayam masak pedas yang berada dalam periuk tersebut, memang tiada ayat dapat diucapkan apabila dapat makan ayam yang masih lagi panas dan sedap.

Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan kambing golek. (Sedap aih tak tau nak habaq....)
Cuba bayangkan daging kambing yang masih lagi baru dibakar dengan dengan ramuan yang cukup dan dipanggang sehingga masak kesemua daging tersebut. Apabila dipotong ia akan mengasilkan bau yang cukup mengasyikkan dan semasa ia dimasukkan didalam pinggan ia akan menyebabkan air liur hampir hampir jatuh... Cuba bayangkan daging yang 3 suku masak tersebut yang berwarna merah jambu tersebut dimasukkan didalam mulut dan kesedapan mula terasa apabila mengunyah daging tersebut yang menyebabkan masa hampir hampir terhenti apabila menikmati daging yang sedap tersebut. (meleleh ayaq lioq aku bila dok bayang)