Sunday, March 25, 2012

Hari Ahad Azril Azlina

Hari Ahad Azril Azlina
Catatan 13 November 2011

Bandar Kuantan merupakan bandar yang dimana Azril dan Puan Azlina akan kunjungi seminggu sekali dan kadangkalanya seminggu dua kali. Ini adalah kerana di hari hari Sabtu kami akan ke Bandar Kuantan untuk membeli barangan keperluan harian manakala di hari Ahad pula kami akan ke Terminal bas iaitu Terminal Makmur yang terletak di bandar Kuantan. 

Tetapi kali ini keadaan bertukar sedikit iaitu kami pergi membelibelah pada hari Ahad, ini adalah kerana Azril bercuti pada hari Isnin. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Pasaraya Giant dan kompleks membeli belah East Coast Mall. Tujuan kami kesana adalah untuk membeli barangan keperluan harian dan merehatkan minda disamping mendalami isi hati kami suami isteri yang tinggal berjauhan ini. Di kompleks membeli belah East Coast Mall kami akan mencari kedai makan yang membolehkan kami merehatkan minda dan selepas makan kami akan bercerita antara satu lain..............................

Azril dan isteri tercinta di sebuah restooran di kompleks membeli belah East Coast Mall

Saturday, March 24, 2012

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima
Lokasi : Rahsia
Tarikh : 11 November 2011

 Encik Halim sebagai penyelia ukur memberikan arahan
.
 Azril tengah membetulkan kaki alat
,
Boleh senyum dah lepaih dah betul kedudukan.

Friday, March 23, 2012

Ayah dan Mak Belanja Makan

Ayah dan Mak Belanja Makan
Catatan 08 November 2011

Seperti biasa dan setiap minggu selepas azril balik dari Pahang Azril akan pergi ke rumah bonda tercinta dan ayahanda tercinta pada malamnya, bukan setiap hari Azril ke sana tetapi hari pertama setiap minggu Azril akan ke sana. Jika Azril balik dari Kuantan pada malam Ahad, Azril akan ke rumah mak dan ayah pada malam Isnin selepas pulang dari tempat kerja. Cuma kali ini terdapat beberapa kejutan apabila Azril sampai di rumah mak dan ayah.

Setibanya Azril di rumah mak dan ayah memberitahu Azril bahawa mereka ingin mengajak Azril makan dikedai makan. Lalu dengan seronoknya Azril pun memandu kereta sehingga sampai di Bandar Perda, setelah sampai kami pun turun dari kereta menuju ke kedai makan Nasi Beriani Kapitan. Pelayan restoran tersebut datang mengambil pesanan dan makanan yang kami pesan adalah nasi beriani kambing dan nasi beriani ayam. 10 minit kemudian makanan yang kami pesan pun sampai dan kami makan dengan berselera sekali. Setengah jam kemudian kami pun terus balik ke rumah dan seperti biasa Azril pun terus bersembang dengan mak dan ayah sehingga lewat malam. Setelah habis bertukar cerita antara satu sama lain, Azril pun terus balik ke kuarters...

Kelihatan Ayahanda tercinta dan Bonda Tercinta sedang makan nasi beriani dengan begitu berselera sekali. 

Perjalanan Epik Pesawat Penerbangan Malaysia A380 bermula

Perjalanan Epik Pesawat Penerbangan Malaysia A380 bermula

 

 Ia membawa harapan dan impian jutaan rakyat Malaysia dan ia adalah kebanggan rakyat Malaysia

Thursday, March 22, 2012

Azril Azlina Persediaan Sebelum Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah

Azril Azlina Persediaan Sebelum Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah
Catatan 05 November 2011

Hari ini di 05 November 2011 merupakan hari Sabtu maka Azril pun seperti biasa akan mengambil masa yang lama untuk bangun dari tidur. Setelah bangun dari tidur Azril mendapati kedaan di rumah Abah Mertua agak sunyi dan Azril mencari di sekeliling rumah dan mendapati bahawa tiada seorang pun yang ada di rumah. Tanpa berlengah Azril pun mencapai telefon bimbit dan menelefon isteri Azril dan bertanyakan lokasinya di mana. Puan Azlina pun memaklumkan pada Azril bahawa dia berada di halaman rumah jiran di hadapan rumah.

Setengah jam kemudian isteri tercinta pun balik ke rumah dan dialog pun bermula

Azlina   :   Abang tau tak ayang pegi rumah mak cik kat depan rumah tu dan diorang ajar ayang buat ketupat yang cantik

Azril     :   Oh ya ka, tak pa satgi kita buat ketupat tu. Sayang nak buat apa lagi lepaih ni, kan besok dah raya

Azlina   :   Ayang ingat nak buat kek karamel pula sekarang ni. Selepas makan tengahari boleh kita makan.

Azril     :   Cepat sikit buat kek tu, abang tak sabaq sabaq nak makan kek tu

Azlina   :   Lepas makan tengaharilah abang sebab ayang nak tolong mak masak makan tengahari ni.

Maka selepas kami makan tengahari proses membuat kek pun bermula dan sejam kemudian kek karamel berjaya disiapkan. Memang tidak dapat dinafikan kek tersebut memang sedap dan manis. Setelah makan kek kami semua yang berada disana pun terus membuat persiapan raya dan lain lain lagi.

Akhirnya masa yang ditunggu tungu pun tiba, dimana pada jam 6.30 petang kami pun terus membalut ketupat daun palas. Proses membalut ketupat tersebut dijalankan oleh Azril, Puan Azlina dan Mak Mertua Azril Puan Halijah. Sejam kemudian ketupat daun palas berjaya disiapkan sebanyak satu besen dan proses seterusnya iaitu proses merebus dijalankan selepas Isyak. Selepas habis semua kerja kami pun berborak antara satu sama lain dan terus tidur.

Catatan 06 November 2011

Seawal Subuh 10 Zulhijah Azril pun bangun dan kami kami pun makan pagi dengan hidangan yang istimewa iaitu lemang, roti sorai (roti jala), kek karamel dan ketupat beras (nasi himpit). Setelah kami makan pagi kami semua terus bersiap untuk ke Masjid Felda Jenderak Utara untuk bersolat sunat Aidil Adha. Setelah habis khutbah Raya kami pun pulang ke rumah dan seperti biasa kami pun terus makan ketupat daun palas dengan sungguh berselera sekali.

Catatan 07 November 2011

Hari ini merupakan hari Isnin dimana Azril akan balik ke Bukit Mertajam bagi meneruskan kerja seharian. Cuma hari ini sahaja yang berbeza sedikit, sebelum ini isteri azril akan menghantar Azril ke Terminal Makmur  Kuantan manakala hari ini cuma di Terminal Utama Termerloh. Sebelum ini Puan Azlina akan menghanntar Azril pada waktu malam kali ini di waktu pagi. Ini adalah disebabkan tiket bas pada waktu malam adalah habis dan Azril pula naik di Temerloh disebabkan isteri Azril berada di kampungya.

Selepas kami bersiap kami pun bergerak meninggalkan Felda Jenderak Utara menuju ke Terminal Utama Temerloh. Keberangkatan Azril ke sana ditemani oleh isteri Azril, Mak Mertua Puan Halijah dan Adik Ipar Puan Aizaan serta anak saudara Nur Irfaan. Sesampainya kami disana kedaan agak sesak disebabkan terlalu ramai orang yang berada disana dan Azril pun menuju ke kaunter tiket untuk bertanya tentang bas yang yang akan azril naik nanti. Petugas di kaunter pun memaklumkan pada Azril bahawa bas yang akan Azril nanti akan sampai lambat di Temerloh disebabkan terdapat kekasakan.

Setelah menunggu dengan agak lama, bas pun sampai dan Azril pun mendukung Nur Irfaan naik diatas bas, setelah Azril meletak beg di bangku Azril pun turun semula. 5 minit kemudian Azril pun naik ke atas bas disebabkan pemandu bas telah pun naik dan bahagian letak beg telah pun ditutup. Tiba tiba semasa Azril duduk di bangku, Azril mendengar jeritan budak apabila azril melihat di tingkap, azril melihat Nur Irfaan menjerit dan menangis sambil jarinya tunjuk kearah Azril didalam bas. Puan Azlina dan Puan Aizaan cuba memujuk Nur Irfaan agar tidak menangis. Sehingga bas bergerak meninggalkan terminal Azril dapat lagi melihat Irfaan masih lagi menangis.

Setelah bas bergerak ke Lebuhraya Pantai Timur sehinggalah ke Lebuhraya Utara Selatan dan perjalanan bas akhirnya terhenti di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak selama 40 minit. Perjalanan Azril diteruskan sehinggalah azril turun di Terminal Penang Sentral yang terletak di Butterworth. Setelah sampai Azril pun terus ke rumah mak dan ayah yang terletak di Taman Permata dan 3 jam kemudian Azril pun pulang ke kuarters.


 Inilah dia kek karamel yang sedap tu
.
 Persediaan sebelum membuat ketupat
.
 Inilah ketupat yang berjaya disiapkan oleh kami
.
 Juadah Hari Raya Aidil Adha
.
Nur Irfaan dan mak saudaranya Puan Azlina ketika di Terminal Utama Temerloh

Thursday, March 15, 2012

Azril dan Ais Kisar

Azril dan Ais Kisar
Catatan 04 November 2011
Kali ini Azril akan menulis dengan menggunakan loghat utara yang begitu indah......

Ais kisar atau bahasa Inggerisnya disebut "Ice Blended" atau loghat utara di panggil sebagai Ayaq Aih  Kisaq. Azril memang suka makan ais kisaq kalau Azril pi pasar malam, kalau Azril jumpa orang yang juai aih kisaq tentu Azril beli. Bukan apa suhu badan Azril cepat panaih, bila badan rasa panaih Azril pulak selalu sakit kepala, sebab nak elak sakit kepala Azril suka minum ayaq aih kalau ada aih kisaq lagi Azril suka. Azril suka aih kisaq yang rasa dia masam sikit macam ada perasa limau ka, lemon ka, asam sikit ka, kiwi ka, atau ada yogurt macam aih kisaq yang juai kat Restoran KFC.

Takpa takpa sat Azril nak cerita pasai 4 haribulan sebelaih tahun lepaih haritu, masa tu hari Jumaat Azril pulak masa tu pulak cuti sebab nak raya haji kat kampung isteri azril di Felda Jenderak Utara. Awai hari Jumaat tu lepaih turun dari baih pukui 4.00 pagi Azril pun balik tidoq lepaih subuh tidoq lagi sampai pukui pukui sepuluh baru bangun. Lepaih Azril makan bihun goreng yang isteri Azril masak kami pun keluaq sat nak pi bandaq Kuantan, masa tu Azril teruih pakai baju Melayu sebab teruih nak pi masjid. Lepaih habih 2 urusan kami kat bandaq Kuantan Azril pun terusih hantaq isteri Azril sat kat kompleks membelibelah 'Kuantan Parade'.

Azril pun bawak qeta teruih pi sembahyang Jumaat kat Masjid Negeri Pahang atau Masjid Sultan Ahmad 1 di tengah tengah bandaq Kuantan. Lepaih habih Azril sembahyang Azril pun pi ambik isteri Azril kat kompleks membelibelah 'Kuantan Parade'. Masa tu Azril terpandang papan tanda yang habaq kata ada Restoran Rasa Mas kat sana. Tak pasai pasai Azril jadi seronok sangat sebab Azril memang suka makan ayam panggang kat Restoran Rasa Mas lepaih tu pulak Azril ada pandang dalam internet kata ada iklan ayaq aih kisaq baru kat sana. Azril teruih pi habaq kat Puan Azlina dan ajak isteri Azril pi makan kat sana, lepaih tu kami pi jalan masuk dalam restoran tu.

Pelayan makanan di restoran tu teruih bagi kat kami menu lepaih kami duduk dan sepantaih kilat kami pun terus  pesan makanan yang ada dan seperti biasa Azril terus pesan ayaq aih kisaq yang berperisa buah kiwi. Setelah 10 minit makanan yang kami pesan pun sampai dan kami pun makan dengan begitu berselera sekali. Setelah makan kami pun terus balik ke kampung Puan Azlina di Felda Jenderak Utara. Disebabkan aih kisaq yangtu lah Azril batuk tak berenti sampai sakit rengkong habih. Apa yang pasti Azril memang suka makan aih kisaq terutamanya yang masam sikit, tak kisahlah batuk ka apa ka janji ada aih kisaq tentu sedap....... Sampai dok tulih ni Azril rasa terlioq sedap dok teringat sedapnya aih kisaq.

Tak kisahlah batuk ka demam ka janji aih kisaq ni memang sedap, tak tau nak habaq macam mana.

Wednesday, March 07, 2012

Kisah Kasut

Kisah Kasut

Catatan 01 November 2011

Setelah habis waktu berkerja, dengan cepat Azril pun mengetik kad perakam waktu dengan cepat enjin kereta dihidupkan dan Azril terus ke butik Al Ikhsan Prai yang menjual menjual pakaian dan alatan sukan. Tujuan Azril kesana adalah untuk membeli kasut disebabkan kasut sukan yanng selalu dipakai oleh Azril telahpun rosak. 

Setibanya Azril disana, Azril disambut dengan mesra oleh perkerja jualan disana dan Azril terus mencuba beberapa buah kasut dan tiba tiba Azril terpandang sebuah kasut yang berwarna putih kelabu dan yang bergarisan oren. Tanpa berlengah Azil terus bertanya pada perkerja jualan disana dan memaklumkan pada mereka tentang saiz yang dikehendaki oleh Azril dan 2 minit kemudian kasut dengan saiz yang sepadan dengan Azril pun sampai. Tanpa berlengah lagi Azril pun mencuba kasut tersebut dan Azril dapat rasakan kelainan yang terdapat pada kasut tersebut. 

Setelah bayaran dibuat dengan cepat Azril terus menghidupka enjin kereta utuk balik ke rumah ini dilakukan disebabkan bagi menglekkan kesesakan jalan raya di kawasan Prai apabila jam 6.30 petang nanti. Setelah sampai dirumah Azril pun mencuba kasut tersebut sekali lagi dan Azril rasakan kelainan di tapak kasut. Apabila Azril memijak Azril dapat rasakan tumit Azril diampu oleh span. Setelah agak lama mencuba kasut terssebut Azril pun membelek kasut tersebut dan mendapati bahawa ia tertulis perkataan "AdiPRENE".

Tanpa berlengah lagi Azril pun mencari makna perkataan tersebut didalan internet dan hasilnya adalah :
  • adiPRENE adalah teknologi tumit kusyen yang dihasilkan oleh Adidas, yang membantu untuk mengurangkan kesan yang bahaya yang berulang-ulang pada tumit disebabkan oleh kesan berterusan sambil berlari atau melakukan aktiviti lain. 
  • Teknologi adiPRENE menyediakan penyerapan kusyen dan sokongan optimum yang juga menyerap kesan tenaga kejutan di seluruh badan. 
  • AdiPRENE dikatakan untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan akibat dari tekanan kuat dari seluruh badan

Apa yang pasti Azril cukup seronok apabila memakai kasut tersebut.......................................