Tuesday, June 22, 2010

Terima Kasih Atas Segalanya

Terima Kasih Atas Segalanya

Pukul 8.20 semalam aku ke rumah mak ayah aku yang terletak di Taman Permata. Aku kesana setiap minggu setiap hari Isnin. Selepas habis makan malam aku pun bersembang dengan Mak , Ayah dan adik adik aku, kami pun turut berjenaka antara satu sama lain.

Pada pukul 10.40 malam sewaktu aku hendak pulang ke rumah tiba tiba kesihatan aku terjejas, nasib baik aku masih berada didalam rumah.

Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan umurku dan aku cukup berterima kasih banyak banyak pada Mak dan Ayah yang sanggup menjaga aku sehingga sanggup tidur diruang tamu kerana menjaga aku sehingga kesihatan aku pulih pada pukul 5.40 pagi tadi. Tidak dilupakan adik adik aku yang menolong menjaga aku antaranya Nur, Fatimah dan Muhaimin.

Tanpa mereka aku pun tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.........................