Tuesday, March 30, 2010

Harijadi Bonda Tercinta

Harijadi Bonda Tercinta

Bulan Februari yang lalu kami sekeluarga menyambut harijadi Mak, Puan Hajah Siti Roselina yang ke 52 tahun. Aku ke sana Taman Permata selepas Magrib. Sesampainya aku disana, aku pun terus membawa Muhaimin ke kedai kek yang berhampiran dan ayah aku Tuan Haji Hamzah pun menyuruh adik aku  membeli sate.

Selepas mak balik dari menghantar adik aku Cik Nur Hannah ke tempat tuisyen lalu mak pun terus memotong kek dan kami pun bergambar dengan menggunakan kamera dari komputer riba adik aku.

Selepas itu Cik Farah dan Cik Fatimah pun balik dari USM dan membawa coklat. Mereka ke sana adalah kerana Farah masih lagi belajar di USM manakala Fatimah pula berkerja di sana sementara menunggu keluar keputusan peperiksaan STPM.

Selepas itu Azam pula balik dengan membawakan sekotak coklat. 1 1/2 jam pula Mak saudara aku, Puan Roseliah pula datang dan kami pun bersembang dan makan sehingga tengah malam.


Inilah kek harijadi Mak
.

Rakam gambar sendiri dulu. Hahahahaha
.

Kelihatan Puan Siti Roselina Indrayati memegang kek harijadi
.

Bonda tercinta memotong kek
.

Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina bergambar bersama Ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah.
.

Aku bergambar bersama Mak
.

Mak dan Muhaimin
.

Aku bergambar bersama Muhaimin
.

Mak meyuapkan kek pada ayah. Siapa kata orang lama tak romantis? Hahahahaha
.
Muhaimin sedang makan sate
.

Alahai Muhaimin

Alahai Muhaimin

Saja aku belek belek gambar yang ada dalam komputer riba adik aku, tiba tiba aku terpandang akan gambar adik aku Encik Muhammad Muhaimin 16 tahun yang ada dalam komputer tersebut. Gambar tersebut dirakamkan dengan menggunakan kamera komputer riba sahaja.

Tapi apa yang lawak adalah kerana cara Muhaimin menangkap gambar dirinya sendiri dengan pelbagai gaya. Tak apalah janji boleh lepas tekanan dan tapi yang menarik Muhaimin tak tahu pun aku letak gambarnya dalam blog ni sebab Muhaimin seorang yang pemalu. Hahahahaha.


Encik Muhaimin ketika bersongkok
.

Ketika tanpa songkok dan memandang kearah lain
.

Aku pun tak tahu bagaimana Muhaimin buat gambar ni sampai jadi koko kelabu
.

Dengan rambut ala ala pokok kaktus seperti budak bangun tidur tak mandi, hahahahaha
.

Tuesday, March 23, 2010

Berita Gempar

Berita Gempar

Minggu lepas aku jumpa adik aku, Koperal Azil Fikri di Port Dickson. 2 minggu lepas

Aku boleh jumpa Fikri sebab aku ke Kuala Lumpur waktu itu.

Aku ke Kuala Lumpur sebab aku menemani isteri aku berkursus di Menara Hap Seng dekat dengan Menara Kuala Lumpur.

Selapas makan aku pun terus hantar isteri aku ke sana dan aku pun terus ke Port Dickson melalui Terowong Smart dan Tol Sungai Besi dan Lebuhraya seremban. Setelah itu aku pun berjumpa dengan Fikri. Fikri pun mengajak aku pergi memancing udang, aku pun ikut bersama Fikri dan ustaz Kagatnya yang merupakan kaki pancing juga.

Destinasi pertama adalah di Pasir Panjang Port Dickson dan setelah sejam kami di sana kami pun mengubah destinasi ke Sungai Timun.

Semasa di Sungai Timun, Fikri pun menceritakan sedikit tentang rancangannya untuk mendirikan rumahtangga.

"Tahun ni Farah nak kawin lepaih Farah kawin nanti orang pulak nak bertunang dan awal tahun depan orang nak kawin", kata Fikri

"Haaaaaa. Baguihlah macam tu.......................", kata aku.

Hahahahaha Inilah berita gempar yang aku nak cerita akhirnya Fikri mengumumkan hasratnya untuk berkahwin, selepas berbuih mulut ayah dan mak menasihati Fikri...................

Hahahahaha tak gempar pun tapi memang gempar, hahahahaha

Friday, March 12, 2010

Sikap Pengguna Jalaraya di Malaysia - Bahagian 1

Sikap Pengguna Jalaraya di Malaysia - Bahagian 1

Kali ini aku nak tulis blog ini dalam bahasa Melayu daerah atau bahasa Pulau Pinang

Aku merasakan dengan tulisan aku ini tidak mencemarkan bahasa ibunda aku Bahasa Melayu.

.......................................................................

Aku sebenaqnya tak berapa puas hati dengan sikap pengguna jalanraya di Pulau Pinang terutamanya di Bukit Mertajam. Senang cakap aku tak puas sangat kat pengguna kereta di sini. Memang aku pun naik kereta jugak tapi aku tak terlalu biadap macam depa.......

Mereka?? Sapa tu? Pemandu kereta yang mana?

Baiklah aku memang tak puas hati dengan pemandu kereta yang merasakan jalan raya ni bapak depa yang punya naik dan potong sesuka hati macam jalanraya tak dak peraturan. Kadang kadang si depa ni yang naik kereta mewah yang harga sampai ratusan ribu rasa angkuh sangat atas jalanraya ni.

Macam lah aku tak tau kereta mewah depa tu memang mahal, tapi yang aku dapat tau kereta depa tu kebanyakkan kereta yang yang orang lain pakai dekat negara lain dalam setahun atau 2 tahun lepas tu mai kereta tu kat Malaysia tukar tempat duduk pemandu dari kiri terus letak kat kanan atau orang zaman la ni dok panggil "kereta recon".

Cuba hangpa bayangkan pengimpot kereta mewah dari negara asal pengeluar yang dapat AP impot pun kata jualan kereta depa merosot sangat sekarang ni tapi apa yang kita tengok atas jalan berlambak lambak kereta mewah. Kalau hangpa nak tau cuba hangpa pi kat pengedar kereta yang kat tepi jalan. Hangpa akan terkejut tengok kereta mewah berlambak lambak yang tak tak ada nombot plat pun ada bila tanya depa kata "kereta recon" tu tak dak orang beli lagi.

Kalau hangpa tau sebab apa depa beli kereta mewah sebab depa nak tunjuk kata depa tu kaya sangat. Sebenarnya depa tak kaya tara mana pun. Ini adalah strategi untuk bagi orang yakin dengan bisnes depa, cuba bayangkan bila depa bawak kereta mewah pi jumpa pelanggan depa tentu pelangan depa akan yakin dan percaya kat depa. Kalau depa nak jaminan nak pinjam bank tentu depa pi kat mana mana orang kaya dan bawak kereta depa. Tentu bila dah tengok kereta depa, orang kaya tu pun terus yakin dengan depa dan terus jadi penjamin kat bank nanti.

Masa kerja swata dulu, aku ada kawan yang bukak kedai makan yang kita semua tak boleh makan makanan dia. Dia cuma untung bersih dalam 4 ribu sebulan, 1.5 ribu bayar kereta mewah dia, 2 ribu untuk pusing modal niaga dan 5 ratus untuk makan dan minyak kereta. Dia kata dia pakai kereta mewah sebab nak letak depan kedai dia dan nak bagi orang yakin dengan dia. Itu saja.

Baiklah aku nak cerita sikit tentang pengguna jalanraya kat sini. Antara perkara tersebut adalah :-

Signal kereta

Depa ni kalau nak masuk simpang terus masuk dan tak pernah nak bagi signal kereta, kalau nak kata kereta tak ada signal mustahil sangat kereta sampai harga ratus ratus ribu takkan tak dak signal kot? Pernah beratus kali dah masa aku naik motor, sebagai orang yang naik motor aku pun bawak motor kat tepi jalan sebab kita ni kan kecik ja, takkan nak bawak motor kat tengah jalan pulak. Sampai kat simpang aku pun bagi pelan sikit motor aku tak pasai pasai mai kereta mewah dari sebelah terus mai masuk simpang, aku pun brek mengejut sampai bunyi tayar motor. Kurang ajar betul kereta ni masuk simpang tak bagi signal terus masuk nasib baik tak langgar aku dan aku pun hon dia masa aku brek, tapi dia buat tak tau saja. Aku pun terus jerkah dia dengan muka selamba bewak dia pun terus masuk simpang dengan tak rasa bersalah pun.

Cerita yang sama jadi kalau bawak motor nak keluar simpang tiga yang besar, dengan laju depa masuk simpang dengan tak bagi signal pun, aku pun risau nak keluar takut kena langgar pulak. Memang biadap gila, aku ingat depa nak jalan terus lepaih tu depa masuk simpang tanpa apa isyarat. Aku pun tunggu nak keluar simpang jadi macam orang bodo saja dok perati kereta sebab aku nak keluar simpang tu.

Lain pula cerita kalau kereta mewah nak masuk atau keluar simpang. Kalau kita ni naik motor depa keluar atau nak masuk simpang sampai nak langgar kita. Lagi satu cerita ni, dah beratus kali aku tengok depa ni kalau nak masuk simpang tau pulak bagi signal dan lepaih tu terus masuk ja simpang dengan tak tengok kiri kanan lepas tu terus macam nak langgar motor yang ada kat tepi jalan. Memang bodo betul depa ni macam bintang bintang. Depa ingat kereta depa ni kereta mewah ingat baguih sangat ka sampai tak hirau sikap pengguna jalanraya yang lain.

Tak apa nanti aku sambung sat aku nak tidoq sat dah pukul 12.00 tengah malam ni

Kalau ada sapa sapa yang terasa tak pa lah ambik semua lah kat hangpa, aku tak kisah

Tuesday, March 09, 2010

Bukit Mertajam Hujan......

Bukit Mertajam Hujan......

Hujan..........

Syukur Pada Allah SWT

Seronoknya aku................

Bukan sebab apa di Bukit Mertajam dah lama tak hujan..................hampir sebulan...

Walaupun minggu lepas aku berkursus di Perak selama seminggu.............

Seronoknya nanti sejuk kuarters ni nanti................

Aku pula akan pergi kerja naik kereta........ tak apa janji hujan.............

Petang tadi dah hujan sikit tapi sekarang bermula 8.45 dah semakin lebat.....

Aku hampir sakit kepala setiap kali aku berada di luar hampir setengah hari akibat kepanasan yang melampau..............nak buat macam mana dah tugas......

Jika diimbas kembali ketika musim hujan sekitar kuarters memang sejuk dan berkabus ketika pukul 3 pagi dan sekarang ni cuba bayangkan kalau mandi air jadi panas seolah olah aku pasang pemanas air walaupun pada waktu malam.............

Sekarang ni terdengar macam hujan nak berhenti je.................

Apapun aku berharap agar hujan turun dengan lebih lebat lagi sekarang ni........

Hahahahahaha............... apa yang tak berapa seronok sebab harini baru hari Selasa lambat lagi aku nak balik Kuantan Jumaat ni..................terasa hari macam lama lah pulak.............