Tuesday, March 30, 2010

Alahai Muhaimin

Alahai Muhaimin

Saja aku belek belek gambar yang ada dalam komputer riba adik aku, tiba tiba aku terpandang akan gambar adik aku Encik Muhammad Muhaimin 16 tahun yang ada dalam komputer tersebut. Gambar tersebut dirakamkan dengan menggunakan kamera komputer riba sahaja.

Tapi apa yang lawak adalah kerana cara Muhaimin menangkap gambar dirinya sendiri dengan pelbagai gaya. Tak apalah janji boleh lepas tekanan dan tapi yang menarik Muhaimin tak tahu pun aku letak gambarnya dalam blog ni sebab Muhaimin seorang yang pemalu. Hahahahaha.


Encik Muhaimin ketika bersongkok
.

Ketika tanpa songkok dan memandang kearah lain
.

Aku pun tak tahu bagaimana Muhaimin buat gambar ni sampai jadi koko kelabu
.

Dengan rambut ala ala pokok kaktus seperti budak bangun tidur tak mandi, hahahahaha
.

No comments: