Friday, January 28, 2011

Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur


Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur

Imbasan perjalanan Azril dan isteri tercinta di Kuala Lumpur pada tahun lepas 2010 dan ini juga merupakan salah satu dari pengalaman yang menyeronokkan kami sepanjang disana.

Alkisahnya..........
Perjalanan Azril dan Puan Azlina dari Kuantan bermula pada jam pagi dan dalam tempoh 2 jam kami pun sampai di Kuala Lumpur. Setelah sampai di Kuala Lumpur kami pun mencari papan tanda untuk pergi ke Menara Berkembar Petronas atau KLCC, disebabkan kami memang tidak tahu jalan disana maka terpaksalah kami berpandukan pada papan tanda. Apapun kami berterima kasih pada pihak yang menyediakan papan tanda jalan tersebut.

Sewaktu perjalanan tersebut tiba tiba kami pun ternampak papan tanda KLCC dan kami pun masuk ke simpang tersebut. Setelah kami agak lama melalui jalan tersebut kami pun terus nampak satu lagi persimpangan KLCC dan kami pun terus membelok memasuki simpang tersebut. Tiba tiba kami baru mengetahui bahawa kami telahpun melalui jalan sehala yang menghala ke tempat letak kereta KLCC, disebabkan jalan tersebut merupakan jalan sehala kami pun terus masuk dan meletakkan kad ‘Touch n Go’ kealat pengimbas tersebut dan kami pun terus mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Sekali lagi kad diimbas dan kami pun terus keluar dari tempat letak kereta tersebut.

Azril dan isteri Azril pun berbincang dimana kami hendak rehat dan kami pun mencari hotel berdekatan dan hampir 2 km perjalanan kami pun terjumpa hotel, kami pun mengambil keputusan untuk bermalam disana. Setelah kami mendaftar masuk hotel kami pun terus berehat sekejap bagi menghilangkan penat. Sebenarnya Azril terasa hendak tidur saja tetapi Azril juga terfikirkan bahawa di rumah sendiri pun boleh tidur dan tujuan utama kami disini adalah untuk meronda ronda. Setelah solat kami pun bersiap untuk keluar dan Azril sempat juga menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertanyakan pada mereka tentang status halal restoran hotel tersebut. Jawapan yang kami terima menghancurkan harapan kami untuk sarapan percuma di hotel tersebut.

Setelah keluar dari hotel kami pun keluar meronda ronda dan kami mengambil keputusan untuk ke Shah Alam disebebkan isteri tercinta teringin hendak makan ais kacang istimewa atau air batu campur istimewa disana. Perjalanan kami ke Shah Alam memakan masa agak lama disebebkan kami hanya berpandukan pada tanda jalan dan jalan juga amat sesak dengan kenderaan. Setelah 1 jam peralanan kami pun terus sampai disana. Keistimewaan ais kacang tersebut disebabkan ia ditambah dengan ais krim diatasnya dan ditambah dengan coklat cair menjadikannya lebih lazat dan berkrim. Setelah makan disana kami pun merancang untuk meronda ronda pula di KLCC.

Perjalanan Azril dan Puan Azlina ke KLCC dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama disebabkan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan hari tersebut merupakan hari berkerja maka jalan bertambah sesak dengan ratusan kenderaan. Kesesakan tersebut menyebabkan kami kadang kadang berpandangan antara satu sama lain disebabkan terlalu panjang barisan kereta sehinggakan kami terdiam dan tidak tahu berkata apa apa. Azril baru tersedar bahawa minyak dalam kereta kami hampir hampir habis lalu Azril pun singgah sekejap di Stesen Minyak Petronas dan selepas habis mengisi minyak kami pun meneruskan perjalanan. 

Kami sampai di satu simpang tiga dan kami memberikan isyarat untuk keluar dari simpang tersebut dan tiba tiba terjadi kemalangan 100 meter dari simpang yang hendak kami keluar. Azril dan Puan Azlina begitu terkejut melihat kejadian tersebut dan tidak sampai seminit tempat kejadian telah dikeremuni oleh sekumpulan orang yang keluar dari kedai minyak tersebut. Setelah ramai orang mengerumuni tempat kejadian kami pun meneruskan perjalanan kami.

Selepas kejadian tersebut Azril memandu kereta dengan agak perlahan dan berhati hati dan kami pun sampai di KLCC setengah jam kemudian, setelah sampai kami pun meletak kenderaan di tempat letak kereta yang kami masuk pada siang tadi. Setelah kereta diletakkan kami pun terus menghafal nombor di sana, tujuannya adalah mengelakkan kami tersesat nanti. Kami pun menaiki tangga gerak terus ke tingkat atas dan kami pun terus masuk ke setiap kedai yang ada di Suria KLCC. Memang banyak sekali barangan yang dipotong harganya dan membuatkan kami terasa hendak beli kesemua barang yang ada disana. Tetapi apakan daya kebanyakkan barang disana walaupun telah dipotong harganya tetap mahal.


Setelah kami meronda dan membeli belah kami pun terus ke kenderaan kami dan pulang ke hotel dan tidur. Setelah kami bangun dari tidur kami terus bersiap untuk balik ke Kuantan. Antara perkara yang melucukan pabila kami daftar keluar hotel tersebut dan penyambut tetamu hotel tersebut bertanyakan pada kami kenapa kami tidak bersarapan dahulu. Azril memberikan alasan bahawa kami hendak cepat dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebenarnya kami tidak bersarapan disana disebabkan status halal restoran hotel tersebut. Setelah 2 jam memandu Azril dan Puan Azlina pun sampai di rumah kami di Kuantan.

Ais Kacang atau Air Batu Campur Yang Sedap
.
 Kita duduk dulu..............
.
 Senyumanmu penawar kedukaanku
.
 Azril berlatarbelakangkan hiasan yang ada di Suria KLCC
.
 Keesokkan harinya kami bersiap untuk balik ke rumah
.
Sempat lagi mengambil gambar
.
 Puan Azlina ketika di lobi hotel
.
Azril masih lagi di lobi