Tuesday, October 23, 2012

Pengembaraan Azril Azlina di Bukit Tinggi


Pengembaraan Azril Azlina di Bukit Tinggi

Catatan 16 September 2012
Penceritaan kali ini bukan bab makanan tetapi tentang perjalanan kami ke satu tempat yang kami tidak pernah pergi iaitu di Bukit Tinggi Pahang darul Makmur. Penceritaanku bermula disini.....................................

Pada jam 8 pagi Azril dan isteri tercinta terus bersiap dan kami pun bersarapan di luar iaitu di kedai Pak Samad yang terletak berdekatan dengan rumah kami di Kuantan. Sesampainya kami di kedai makan tersebut, kami pun memesan 2 bungkus nasi lemak, sekeping roti canai segelas milo ais, segelas milo panas dan secawan air suam. 5 minit kemudian makanan yang pesan pun sampai dan kami pun makan dengan berselera sekali.

Selepas kami makan, kami pun meneruskan pemanduan kami menyusuri Lebuhraya Pantai Timur dalam keadaan yang masih lagi berkabus dan kedaan lebuhraya masih lagi basah disebabkan hujan malam tadi. 2 jam kemudian kami pun sampai di susur keluar yang menghala ke Bukit Tinggi, kami pun membelok kenderaan kami dan meneruskan pemanduan. Dalam kedaan berhati hati, kami memandu dalam keadaan sederhana disebabkan keadaan sekitar yang berbukit bukau ditambah kedaan jalanraya yang masih lagi basah. Keadaan jalanraya disitu agak sunyi dan dalam 10 mint pemanduan kami kami hanya melihat sebuah kereta sahaja yang turun dari bukit. Setelah agak lama kami memandu dalam keadaan mendaki, tiba tiba kami melihat tempat letak kereta dan kami mengibaratkan yang kami sudah sampai di destinasi kami.

Kami pun memberhentikan jentera buatan tempatan kesayangan kami di tempat letak kereta dan kami pun terus mendaki bukit yang berada dihadapan kami. Keadaan disana agak sejuk dan dari ketinggian tempat kami berada, kami dapat melihat kedaan sekitar masih lagi berkabus. Setelah penat kami berjalanan, kami pun sampai di Perkampungan penjajah Jepun yang terdapat disana. Tulisan yang terdapat di papan tanda tersebut menerangkan pada kami yang kami berada di ketinggian 3500 atas paras laut. Kami pun meneruskan langkah kami sehingga sampai di Kebun Jepun yang disana terdapat puluhan orang sedang bergambar dengan menggunakan baju Jepun atau kimono yang disewa.

Setelah kami meronda ronda dikawasan sekitar, kami pun turun ke tempat letak kereta. Kami pun meneruskan pemanduan sehingga kami sampai di kawasan yang dinamakan “Colmar Tropicale”. Menurut beberapa kenalan Azril yang pernah berkerja disana, nama tempat tersebut dinamakan begitu disebabkan binaannya yang sama seperti binaan di kampung Colmar yang terdapat di negara Perancis. Selepas sampai di “Colmar Tropicale” kami pun meletak kenderaan kami di tingkat atas bangunan yang disediakan dan kami pun meronda ronda dikawasan sekitar.

Kedaan sekitarnya agak menarik disebabkan bangunannya yang agak unik dan tidak pernah dilihat oleh kami sebelum ini. Setelah melangkah masuk didalam kawasan tersebut, kami melihat kesemua rekabentuk dikawasan tersebut adalah seperti rekabentuk Perancis dan tanpa membuang masa kami pun bergambar diantara satu sama lain. Setelah penat kami berjalan-jalan, kami pun terus ke kedai cenderamata yang terdapat disana. Setelah sejam kami sana kami pun pulang ke rumah kami di Kuantan.


Sat kita panjat tangga dulu
.
Bila dah sampai ataih bukit, nampak berkabus lagi
.
Puan Azlina terus mendaki bukit
.
Azril di Perkampungan Jepun
.
 Kesian kat kuda ni nasib baik dia patung
.
 Azril berlatar belakangkan pemandangan bangunan ala Perancis ketika disana
 Depa tengah dok bagi makan kat angsa kat bawah tu
.
Puan Azlina berhadapan menara bangunan
 Isteri tercinta di hadapan pintu masuk
.
 Kita sandaq sat dah letih jalan ni
 Ambik gambaq dulu sebelum balik
.
Puan Azlina dihadapan air pancut